Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 3 November 2011

TEBUAN-ALOR.: MBMMBI

MBMMBI~Boleh ka buat macam yg PAGE minta tu?

Memanglaa apa yg PAGE minta tu baguih dan apa yg ibu bapa yg sokong PAGE kata tu pon baguih ttg guna balik PPSMI ( klik untuk pengumuman terbaru Menteri Pelajaran) tu. Tapi kami yg dok di sekolah, yg paham realiti sekolah, yg paham suasana sekolah, yg paham ttg budak2 dan yg nak jadi pelaksana akan ni dok rasa....penin nak buat nih. Depa minta kita kena ajaq anak2 depa ikut pilihan depa....depa nak sekolah bagi pilihan, kalau anak depa nak belajaq dalam BI, cikgu kena ajaq dlm BI, kalau anak depa nak belajaq dlm BM, cikgu kena ajaq dlm BM. Jadi ada 2 kumpulan dlm sekolah tu. Satu kumpulan BI, satu kumpulan BM. Yg nak penin mula2 sekali ialah pengetua/gurubesar....sebab laa ni nak cukupkan kaota guru opsyen BI saja pon dah cukup penin, apa lagi nak cari guru sc dan math yg boleh BI..Org no. 2 yg nak penin adalah guru jadualwaktu. Nak kena susun satu kelas tu dgn 2 guru, 1 kelas kena pecah 2. Kalau tak mau buat macam tu apa kata kalau kita buat 1 sekolah tu ajar sc dan mat dlm BI dan sekolah jirannya tu ajar sc dan mat dlm BM. Masalahnya kalau sekolah hanya ada satu tu saja ditempat tu. Kesianlaa kat waris yg nak hantaq pi 10 KM jauhnya hanya kerana sekolah tu tak tawarkan sc dan mat dlm BM. Kalau dah jadi macam tu, tentu ada PIBG yg minta supaya sekolah tu buat 2 opsyen....jadinya balik asal jugak. Sebenaqnya boleh buat benda macam yg PAGE minta ni kalau semua 'prasarana' cukup malah berlebih2.....sebab guru2 ni adalah manusia yg tak pernah kata tak buat demi kebaikan anak didik. Bukan tak mau buat tapi laa ni nampaknya belom 'cukup tangan'....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan