True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Selasa, 8 November 2011
Wayang Pacak
Wayang Pacak laani hebat.....sambe makan2, minum2 dan rehat2. Skrin besaq, pakai LCD. Dulu duduk atas kasut saja. Ada yg bawa tikaq, pi sekeluarga. Itulah hiburan waktu tu. Tu pon ada lah setahun dua tiga kali. Selalunya main di padang sekolah la... kalau di sini, SK Tajar. Kuasa diperolehi drp generator. Layar kain puteh. Zaman tu elektrik belom menyeluruh. Kampong kami tak dak lagi laa..
Kami macam ada satu cara nak tau van penerangan tu tu nak pacak di mana malam tu. Caranya ialah kalau van tu lalu mai dalam jam 4 petang lebih tu maknanya van tu pi jauh dan tak main di tempat kami. Selalunya sebelah Tanah Merah ka, Pendang ka.. Kalau van tu lalu dalam pukoi 6 gitu...itu tandanya van tu pacak di tempat kami laa. Selalunya kalau van ni lalu kami ramai2 turut tengok dr jauh...ada ka van ni belok masuk padang sekolah.
Macam2 gelagat org yg p tengok wayang pacak tu. Ramainya berjalan saja laa....ramai2 anak beranak. Ada yg bawak tikaq buat lapik duduk. Meriah jugak laa. Ada yg tengok dr depan skrin dan ada yg tengok dr belakang skrin...yg kanan jadi kiri, yg kiri jadi kanan. Selalunya gambaq2 tu diselang2 dgn ceramah Jab. Penerangan ttg dasr2 kerajaan masa tu..masa tu program "bumi hijau" yg selalu diwar2kan.....itulah wayang pacak zaman tu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan