Masa tu kalau tak silap dalam tingkatan 4 pasal masa tu ada marka (awek) dalam kelas. Cerita ini melibatkan ramai pelakonnya saperti Ramlee, Unta, Shal (minta maaf kalau silap), aku dan pelakon utama Lut dan ada heroin nya iaitu ......saspen la sikit. Dalam cerita ni Lut yang plan segalanya.
Pagi lagi aku, unta dan shal bertolak ke Pekan Langgar ke rumah Ramlee dgn menaiki basikal (masa tu mana ada motor). Kira2 berpeluh juga lah nak sampai. Sampai disana Ramlee bagi tau yang Lut dah dua tiga kali mai rumah dia tapi kami tak sampai lagi. Selepas menunggu hampir sejam Lut tak sampai juga jadi kami ambil keputusan meneruskan perjalanan kami. Destinasi kami ialah ke rumah Jaliza di Pekan Bukit Pinang . Yang syoknya orang yang plan tak boleh ikut tapi tak apa lah. Bila sampai di rumah Jaliza orang tua dia tengok semacam saja (masa tu mana ada orang jantan berani pi rumah perempuan) dan kebetulan pulak dia anak imam disitu (kalau tak silap aku la). Si Jaliza ni dah siapkan macam2 kueh untuk hero2 yang pi rumah dia tu. Kami ni apa lagi balun la apa saja yang dok ada atas meja tu (lapar la ooi pasal kayuh basikal punya jauh). Selepas itu kami semua pergi naik ke tangki proses dan simpanan air berdekatan. Aku tak berapa ingat tapi ada seorang lagi budak perempuan ikut serta. Nak naik ke tempat proses dengan basikal tak boleh pasal jalan curam jadi kami tinggalkan basikal kat bawah la. Selepas naik menikmati suasana dipuncak tangki air tu kami pun turun. Yang syoknya bila turun saja kami dapati tayar basikal kami dah tak ada angin dan tempat duduk basikal pun orang cabut. Hero semua cool saja, selepas mencari seat basikal yang diletakkan berselerak dan menolak basikal ke kedai basikal di Pekan Bukit Pinang kami pun pulang. Antara pengajarannya kalau plan sangat2 mungkin tak jadi. Sekian.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal : Tn Hj Yahya Abdul Rahman. Terima kasih kerana kongsi cerita di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan