Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 11 September 2011

MBMMBI

PPSMI (Klik utk pengumuman terbaru KPM) dimansuhkan pd 8 Julai 2009 (softlanding) digantikan dgn MBMMBI (Memartabatkan BM dan Memperkukuh BI). Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yg sepatutnya, sesuai dgn kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan (per: 152, PP). Memperkukuhkan BI bermaksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yg wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu peringkat nasional dan antarabangsa.

TUJUAN MBMMBI sangat jelas krn BM merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina negara bangsa utk mencapai hasrat 1M. Begitu juga BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yg perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu utk bersaing di peringkat global.

12 Strategi di perkenalkan untuk mencapai matlamat MBMMBI.
> Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
> Asas Berbahasa ( Back  Basic)
> Penggunaan BM standard merentas Kurikulum
> Teknologi Maklumat dan Komunikasi dlm Pembelajaran & pengajaran
> Program Bacaan
> Guru BM berkualiti
> Persekitaran Pembelajaran yg kondusif
> BM bahasa ilmu dan komunikasi
> Kolaborasi A/bangsa Kursi BM di Universiti Luar Negara: dan
> Syarat Layak Masuk Inst. Pengajian Tinggi

MANAKALA Strategi memperkukuh BI meliputi perkara berikut;
> Penambahan masa PnP BI
> Tranformasi kurikulum BI di sek.rendah
> Asas berbahasa (Back to Basic)
> Didik Hibur-Modul Language Art
> Elemen Sc & Math dlm bahasa Inggeris
> Penetapan Model Bh. Inggeris
> Tranformasi Kurikulum BI sek. menengah
> Sumber PnP - Makmal Komp.,
> Guru : Contact Time berkualiti
> Perkongsian dan Jaringan Guru; dan
> Kepimpinan Sekolah

KPM percaya dgn pendekatan ini, kita akan dpt memartabatkan BM, memperkukuhkan BI dan meningkatkan keupayaan murid utk menguasai ilmu sains dan teknologi yg amat penting utk masa depan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan