Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 13 November 2011

Kenduri padi baru

Kenduri padi baru.

Selesai musim kerat padi. Ada yg buat di rumah macam kenduri doa selamat dan kesyukuran. Dijamu dgn nasi beras padibaru tuai. Yg aku nak blogentry ni lain sikit. Cuba baca tengok.....Tok Wan aku ..selalu bila habis musim padi. Dia buat majlis kenduri doa selamat. Masak nasi berasbaru, buat gulai....letak dalam talam. Kemudian bawa pi ke dalam bendang yg dah ambek padi tu....baca doa minta selamat, minta rezeki bertambah....selesai mengaminkan doa, bawak balik nasi tu makan laa dgn anak beranak dirumah....kalau ada tetamu dijamu sekali semua tu. Ada lagi satu jenis majlis ialah masak nasi, kukus pulut kuning, ayam kampong garamkunyit panggang, bertih padi, susu kerbau. Buat majlis doa selamat padibaru jugak. Hampaq tikar di bendang....lepas baca doa, pakat2 makan di situ....Selalunya doa minta rahmat, minta rezeki melimpah ruah dan tanda kesyukuran kpd Allah kerana memberi rezeki kpd hamba2Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan