Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 14 November 2011

Main dulu~ PakYet.


Boleh main dalam kumpulan dan boleh main individu/perseorangan. Cara main yg 'basic' cuma timbang dgn kaki saja. Kira berapa bilangan atau sapa sampai had jumlah dulu...selalunya 100x laa. Lain2 teknik tu cuma reka saja biaq jadi susah dan menyusahkan. Kemudian yg kalah selalunya kena denda, kena jadi pakyet laa. 
Pakyet-buat sendiri. Bulu pelepah ayam, getah kasut jipun utk tapak (ada yg buat dgn getah tiub beskal), paku dan getah ikat barang untuk pelekat bulu ayam pd tapak. Yg baik ati....cari laa bulu ayam yg tanggal sendiri...kalau dah takdapat, ada yg hambat ayam, tangkap dan cabut bulu ayam tu....

Glosari;
Pakyet- sejenis permainan timbang bulu ayam guna kaki.
pakyet- orang suruhan yg terpaksa buat apa saja kerana kalah dlm permainan.

1 ulasan:

  1. pasai main pak yet ni lah,kena 3 rotan dgn cikgu Tahiag di SMDSO dulu.tapi;kalau manusia jadi pakyet lagi haru hahaha.

    BalasPadam