kura ke penyu?
Musim timoq...cari telor kura jugak adalah satu aktiviti. Sementelah pulak paya rumbia sebelah rumah makpak aku ada banyak kura. Masa dok sauk ikan kaghin selalu dok jumpa kura ni..Nak cari teloq kura ni kena ada cara. Mula2 nak kena kesan dulu....carilaa tanah yg nampak gemboq sikit..selalunya dekat2 perdu buluh laa. Lepas tu korek laa dgn kayu saja. Nak pakai cangkoi pak tak bagi. Kadang2 kalau dapat tak pernah pon makan...tak lalu pasai mak aku kata 'awat tak makan kura sekali'...hehehehehe tapi ada orang yg selalu terima 'sedekah' kami. Nak tau cerita kawan aku pasai telor kura klik sini (Telor kura)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan