Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 7 November 2011

Cerita exsmdso 19~`panggg'...satu penampaq jepun free2.

Cerita exsmdso 19 drp 50

Jamal bercerita;
Masa mula2 masuk sekolah dulu, aku ni budak kampong, mai pun dari sekolah kampong macam kawan2 yang lain juga sorang dua tu, camna tak taula ada nasib baik jawab pun kena kut bolehla masuk kelas 1A sekali dengan kawan2 aku yang mai dari sekolah pekan macam Asri, Moha, Chanan Din, Pak Ya,...dan geng Langgar macam Mat Wi. Meli, Mat Saad, Lut dll.
Takdir kata setelah pakat2 pilih tempat aku ni dok sebelah Moha, maka pekenailah diri aku ni sekian2 dari sekian2, dok dibelakang kami pula Fauzi Basir kawan Moha satu sekolah Halim...
Duduk tepi Moha ni, masa yang aku lega sikit ialah masa Bahasa Inggeris, bukan apa boleh tanya dulu jawapan nak isi tempat kosong tu, boleh la jawab kira lega la...macam kawan2 aku yang mai dari sekolah kampong lain juga...Cikgu B.Inggeris masa tu kalau tak silap nama Cikgu Khor atau apa tak tau aku pun dah lupa...

Cerita dia satu hari masa cikgu Khor ni tengah dok mengajaq, Fauzi Basir ni nakai sikit, dia suka usik kami macam2, kebetulan masa cikgu pusing depan dia kacau aku dgn Moha, kebetulan masa tu aku pusing belakang, cikgu ni dah tengok, apa lagi dia pun panggil la aku pi kedepan dia,..`panggg'...satu penampaq jepun free2 aku kena, unyi sepi satu kelaih, tebai muka aku tak kira dah la, senyap2 aku mai dok tempat balik, dalam hati macam2 aku sumpah kat cigu tu, bukan apa pasai aku rasa aku tak salah tapi aku sorang saja yang kena, Fauzi yang dok kacau aku selamat, demi kawan2 aku terpaksa jadi mangsa....geram sungguh masa tu rasa macam nak tumbuk balik cigu tu..tapi aku ni pelajar baik juga, tak la nakai sangat sampai tera tu dan aku pun tak berani sama....cuma geram saja la...tapi aku tetap sabaq, nasib baik juga la ada Moha lepaih tu boleh la `fill in the blank'....

Lama lepaih tu selang berapa tahun aku dapat tau kata cikgu tu pun lumpuh sebelah tangan....dalam hati aku masih ada lagi rasa geram tu, padan muka cikgu tu sapa suruh tampaq aku sangat dulu, rasa marah tu dia mai juga, tapi dalam hati kecik yang lain kesian juga kat dia pasai dia tu cikgu aku juga walaupun aku tak pandai Bahasa Inggeris ni, siapalah aku tanpamu Guru....whatever you are and what you did to me in the past, all become my very valuable experience that I still remember till today..Thank you SIR...
Dan aku pun dapat tau yang cikgu kita ni dah pun tak dak dah....
Itulah diantara pengalaman aku masa mula2 masuk sekolah syed omar dulu...


Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Ir,.Jamal Nasir. Terima kasih kerana kongsi cerita di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan