Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 23 Disember 2016

Nikmat Allah.

Pagi tadi, Jumaat 23 Dec. 2017.
Singgah sarapan nasi lemak di Sri Mahani.
Sebelah aku datang duduk dua merpati 'pencen' sejoli. Bersarapan. Tengok dgn nasi dan lauk yg diambil dlm pinggan tu...aku beliak mata berbanding dgn aku. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan mereka selera berbanding dgn aku. Mereka dsh lama meninggalkan aku ketika aku terkial2 menghabiskan sarapan. Mungkin aku terlalu memilih 'selera' jadi Allah telah mengehadkan selera aku.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Subjek Pendidikan Agama Islam perlu ditaraf semula.

Setelah sekian lama subjek Pendidikan Agama Islam dijadikan subjek wajib belajar dan wajib ambil dalam SPM, maka tiba masanya subjek tersebut ditarafkan semula sebagai subjek wajib merit untuk semua permohonan ke IPTA, atau memasuki pekerjaan sebagai penjawat awam atau sebagai salah satu syarat untuk memohon biasiswa. Memartabatkan begini akan membuatkan pelajar akan lebih memberi tumpuan untuk mencapai gred yang lebih baik...
Contoh : 
Memohon pekerjaan kerajaan wajib lulus PAI, atau memasuki IPTA kena ada sekian sekian gred...dll , atau apa2 lah yg boleh memartabatkan subjek tersebut berbanding sekarang hanya digunakan utk kursus dan pekerjaan berkaitan dgn agama Islam sahaja.

Jumaat, 14 November 2014

Nazir oh Nazir!

... macam ni...
harap2 benda ni berlaku pd thn2 70an dulu2 
(sedap aih dok mengata ngata nih... hahaha)
Alkisahnya;
,..... lawatan nazir ke sekolah, minta GB senaraikan guru yg 'culas' utk dipantau, tp GB kata semua mereka dah bertukar sebab naik pangkat.. Nazir ingin tau bertukar kemana.... hehehehe... GB telah melakukan jawapan kejutan... Guru2 tersebut naik pangkat jadi NAZIR..
.
Harap2 cerita ni tidak ada kaitan dgn yg masih hidup. Sedih aih kalau lagu tu.

Khamis, 16 Oktober 2014

Guru dan kerjaya guru.

Aku.
Aku mula2 jadi guru dulu rupanya silap... aku nak belajar segala... tu yg tahu.. sebab kalau aku tak buat silap pi dok tanya, pi dok cuba buat... tentu la ni aku senang duduk...
SEMUA AKU KATA, 'AKU TAK RETI'
hehehe
Itu saja silap aku dulu2...

Jumaat, 10 Oktober 2014

Bajet 2015


bunga gula manis yg sekejap, biskut yg tidak mengenyangkan!


SYAIR BAJET 2015

Nukilan taiptulis oleh :
yahyaisa
Segamat Johor

Telah didengar dengan tekun,
Sedari jusa sampai pekebun,
Lunaknya bajet bila disusun,
Menanti khabar buahnya rimbun.


Bajet dikata mesra rakyat,
Setelah diteliti dengan cermat,
Semua pihak beroleh manfaat,
Nelayan di laut petani di darat.


Belanja mengurus bertambah besar,

Pembangunan negara juga disasar,
Harap dapat pulangan besar,
Tumpuan pembangunan di luar bandar.


Isu pertahanan diberi perhatian,
Membeli kelengkapan jaga sempadan,
Keselamatan negara perlu pertahan,
Untuk tangani segala ancaman.


Pendidikan negara tidak ketinggalan,
Jumlah terbesar dalam perbelanjaan,
Membina insan menjadi keutamaan
Bakal pemimpin masa hadapan.


Ramai boleh miliki rumah,
Tidak terkecuali pendapatan rendah,
Jangka pinjaman turut ditambah,
Mesra idaman aspirasi ummah.


Cukai barangan tidak akan dihapus,
Pengurangan subsidi bukannya rakus,
Untuk menampung perbelanjaan mengurus,
Defisit negara perhatian khusus.


Penjawat awam tidak kempunan,
Mendapat bonus setengah bulan,
Kerana jasa serta sumbangan,
Bantu negara dalam pembangunan.


Kedai rakyat akan bercambah,
Harga barangan cukup murah,
Boleh belanja dengan berhemah,
Dapat BR1M nilai bertambah.


Pendapat umum diambil kira,
Walaupun ada yang tidak gembira,
Bila dinamakan bajet mesra,
Kerana rakyat masih sengsara.

yahyaisa

Segamat Johor
10102014