Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 30 November 2011

Cerita exsmdso 33~PakNon Rashid Terkena

Cerita exsmdso 33 drp 50

KENANGAN DI BRUNEI
Asri (kanan) di tugu minyaknya...

Kisah ni kalau tak silap aku berlaku semasa berada dalam tingkatan 5. Cikgu Pak Non Rashid pada masa tu adalah Guru Pengawas sekolah kita. Dia akan buat meeting untuk semua pengawas pada waktu habeh class 1-2 minggu sekali bergantung pada keadaan. Yang baguihnya setiap kali sebelum meeting dia bagi motivasi dulu pada kami semua agar dapat mengekalkan disiplin yang tinggi disamping dapat menjaga nama baik SMDSO.

Pada suatu hari (semasa dalam meeting), seperti lazimnya dia telah bermotivasi sebagaimana berikut, " Saya akan menyokong 100% semua tindakan yang diambil oleh pengawas-pengawas walaupun kadang-kadang berlaku kesilapan semasa menjalankan tugas"...... dan macam-macam lagi. Hari tu bersemangat sungguh dia memberi ucapan yang berupa motivasi kepada kami. Agenda seterusnya dalam mesyuarat hari tu, beliau telah mengumumkan nama-nama yang telah dipilih untuk dilantik menjadi pengawas yang baru di sekolah kita. Kesemua nama tersebut ditulis oleh beliau dalam sekeping kertas (dipercayai pemilihan nama-nama baru ini juga dibantu oleh ketua pengawas kita waktu tu..). Beliau seterusnya memberitahu nama-nama yang telah diumumkan akan di lantik menjadi pengawas yang baru pada hari perhimpunan. Semua pengawas-pengawas setuju dengan senarai nama yang dicadangkan kecuali aku.

"Boleh saya tengok senarai nama yang ada kat chegu tu"? Beliau seterusnya menghulurkan kertas yang mengandungi senarai nama yang dimaksudkan kepada aku. Aku ambik pen dan potong 4-5 nama (semuanya CINA) dan gantikan dengan sahabat-sahabat kita (semua MELAYU) termasuk MOHA. Semua pengawas yang lain rasa heran, ada jugak yang kata aku nak mampoih dah lepaih ni dengan Pak Non Rashid. Lepaih tu aku bagi balik senarai tu dekat Pak Non Rashid. Dia terus tanya aku pasai apa aku cancell 4-5 nama dan ganti dengan nama yang lain termasuk nama MOHA. Aku kata kat dia, "Kan chegu dah kata tadi chegu akan sokong 100% setiap tindakan yang dibuat oleh Pengawas walaupun kadang-kadang kami buat silap"....... Aku rasa masa tu dia dah "terkancin gigi" tak tau apa nak jawab.....seterusnya memberitahu, "Inilah yang saya mau, seorang yang telah dilantik menjadi pengawas mestilah ada sifat berani dan sikap ini mestilah dicontohi oleh semua pengawas yang lain". (Aku rasa dia memang nak cover line punya niii..)
Dalam hati aku kembang jugak bila kena puji terutama depan pengawas yang lain.

Lepaih meeting semua pengawas bersurai, aku disuruh tunggu kononnya ada hai yang hendak dibincangkan. Hangpa tau apa kata Pak Non Rashid kat aku? "Hang ni betoi-betoi buat malu aku", lain kali hang jangan dok buat dah perangai macam ni dalam meeting", aku terus mengaku dan mintak maaf lepaih tu terus balek. Dalam hati aku, mentang-mentanglah bini dia CINA, ramai sungguh nama-nama CINA dia boh dalam senarai tu. Pasai tulah aku pi potong 4-5 orang ganti dengan nama MELAYU.

Masa tu hangpa tau laa, sikap perkauman kita amat tebal dan macam kata Cik E, nak buat apa pun mana pikiaq panjang, main boh saja........

Pasai ni jugaklah MOHA sahabat aku dapat jadi PENGAWAS SMDSO dan aku amat bangga dapat berbuat demikian.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Ir. Mohd Asri. Brunei DS.

2 ulasan:

  1. Menarik sungguh cerita ini...

    Onwi bin Haji Harun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah kami masa dulu2..Cikgu. Sekarang macam2 rahsia dah boleh dibongkar dah. Bukan apa, hanya sekadar renungan kebaikan.

      Padam