Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 18 November 2011

Cerita exsmdso 23~Halim dpt gelaran Pak Aji

 Cerita exsmdso 23 drp 50.
Baju Kunin-Halim Pak Haji


BAGAIMANA HALIM DAPAT GELARAN PAK HAJI
Aku kelas Sains 1…bukan pasai pandai pun. Pi kelas masalah aku suka mengantuk…leena. Lainlah Bae dan Art Pak Ein (Azhar Ibrahim). Cikgu kelas kami…cikgu Mat Ghani. Dia selalu bagi perhatian kepada depa dua orang tulah. Aku duduk sebelah Thanasegaran, depan aku Azim dgn Bae, belakang aku Halim Pak Haji dgn Shukri Md Zain (Lubok Merbau).

Boleh kata tiap hari ni..HPH suka dakwah…maklumlah dia mai dari Daerah Yan, Sg. Limau…citer pasal solat dan agama. Secara jujur aku banyak terkesan dengan dia…dan aku lekat sembahyang pun pada ketika tu hasil bersembang dgn dia.

Satu hari, HPH bagi cadangan kita pakai ketayap lebai mai sekolah. Aku tak jd pengawas lg waktu tu. Aku dengan Art Pak Ein sambut cadangan tu. Dan kami pun nekad esok nk pakai lebai mai sekolah. (Razali Lebai Awang…Bang Bai pun tak pakai lebai mai sekolah)

Esok tu aku pun bawalah lebai putih yg boleh lipat tu…pagi-pagi seghelom atas kepala rasa malu pun, ada segan pun jugak. Maklumlah budak-budak pompuan dok tengok…Suzana, Zakiah, Salmah, CT Mariam, Che Tom dsbnya. Tiba-tiba HPH sampai kat kelas bukan setakat pakai lebai…rupanya dia balun SERBAN. Lega aku. Taklah segan sangat. Kami 3 orang pun selamba je jd Tok Lebai dengan Tok Haji waktu tu…

Entah waktu bila…ketika mana pun tak tau. Tiba-tiba cikgu disiplin, Pak Non Rashid lalu kut kelas kami…kelam kabat aku dgn Art Pak Ein lipat lebai masuk poket. HPH selamba je buat tak heran.

Pak Non Rashid masuk dia panggil…’Mana yg td pakai lebai mai keluaq depan…’ Bila kami sampai dekat dia…dia tanya ‘Pakai lebai buat apa?’ Aku dgn Art Pak Ein jawab ‘Takdak cikgu saja jaaa…’ Dia tanya HPH lak…HPH tegas jawab memang dia nk pakai. Nu semua kelas dok tengok…Pak Non Rashid kata kalau macam tu pakai sampai tamat sekolah. HPH sahut cabaran tu dgn mengenakan SERBAN sepanjang persekolahan & sejak itu kami panggil dia HALIM PAK HAJI….

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: En. Moha Raziff. CEO EmSea Marketing Sdn Bhd,..Terima kasih kerana kongsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan