1NEGARAKU
Alkisah ini terjadi sekitar kita di form 2 atau 3 , kebiasaannya setiap awal minggu kita ada perhimpunan (semua orang tak suka , pasai masa tu lah cikgu nak check rambut , stokin pakai sebelah , rambut ada ekoq dan macam-macam lagi yg tak kena hehe .)
sebelum cikgu besaq/pengetua nak briefing apa apa , kita semua sama sama nyanyi lagu Negaraku , tapi di satu pagi tu ada suara SORANG SORANG DIA punya kuat nyanyi negaraku , sat sat bunyi kat sebelah sini , sat sat timbul sebelah sana ..hehe , aku dah tau sapa DIA , sebab dia mai nyanyi sebelah aku lepas dia menyelinap tunduk pi tang lain pulak .
Dalam hati aku dia ni memang cari nahas....habih saja Negaraku , dia buat bodo saja , dia ingat dia teror tapi dia kantoi pasai kat belakang sana ada pengawas , hehe ..apa lagi kena pi depan dgn lagaknya dan dapat la habuan .....sapa tu hg pa ingat dak ..apa khabaq saudara Kamarulzaman Sarajul (LUT)..? Hang memang brutal !!!
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: CEO Mohd Roslan (Lan Siam). Terima kasih kerana berkongsi cerita di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan