Cerita exsmdso 27 drp 50
Kiri sekali-Tn Abd Majid
Bila baca cerita kawan-kawan, terpanggil juga nak tumpang tulih. Cerita Mat Wee pakai topeng tu, pada masa yang sama aku pun kena juga dengan Cik Gu Maisaroh.
Antara Subjek yang aku paling meluat adalah lukisan. Hari tu Cik gu Maisaroh suruh lukis topeng. Oleh kerana tak minat aku lukis cincai saja dan sudah awal. Jadi aku sudah tak ada kerja, oleh kerana kertas lukisan tu besar, topeng sebesar muka sahaja, jadi aku ambil berus contiang tepi kertas lukisan.
Bila Cik gu Maisaroh tengok aku dok saja. dia tanya sudah dak lagi. Diminta aku bagi kertas dekat dia. Bila dia tengok kertas ada contiang dia marah, dia suruh aku pakai topeng dan berdiri atas kerusi. Tapi aku berdiri dalam kelas.
Cik gu Maisaroh ini adalah isteri kepada Cik gu Zul. Cik gu Zul baru sahaja meninggal. AlFatehah..
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita asal : Astrologer Abd Majid Abd Wahid."Terima kasih Tn. Prof.", kerana kongsi cerita.Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan