Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 4 November 2011

Cerita exsmdso 15~4 Sains 3 dan 5 Sains 3.

Cerita exsmdso 15 drp 50

Cerita 4 Sains3 dan 5 Sains 3
Guru kelas kami nama Loh mengajar Matematik moden. Bila masuk kelas kami, dia malas mengajar, murid nakal-nakal, masa dia tulis ada yang baling kapur. Selalunya buat kerja sendiri, dia duduk depan buat kerja dia. Dua kali dia nak kena penumbuk, sekali dengan Mat Akhir Ibrahim dan sekali lagi dengan Kri Saad.
Ketua kelas kami Ismail Zakaria, budak baik. Kedatangan dia yang tanda. Mat Khir selalu ugut dia suruh tanda kedatangan mai walaupun dia ponteng sekolah. Mat khir ni cukup-cukup nakal, ada sekali tu dia bawa rokok dalam kelas, cikgu tak dak, dia hisap rokok dibelakang (dia memang duduk belakang sekali sebelah Asri) Mail punyalah merayu suruh dia padam rokok takut cikgu mai, dia buat muka selamba saja. Ada juga sekali tu, dia bawa rokok bidi (rokok india) bahagi dalam kelas, aku, rosjan, salehi ada bahagian masing-masing.

Cek E pun boleh tahan juga, kena tangkap koyak buku gambar burung dalam library, cik gu Radhi penolong kanan rotan dia di makmal fizik, kena serotan, dia suruh cikgu berhenti, sebab sakit, gosok buntut dulu, tunduk balik, kena lagi sampai habis 3 rotan.

Dalam kelas kami ada Kevin Keegan, dia mengulang sebab BM dan geografi dapat 9, subject science dan matematik dia sapu bersih, semua A. Dalam kelas kalau cikgu tanya, jawapan dia, nama Kevin Keegan pemain bolasepak. Aku ada jumpa dia beberapa tahun lalu di Puduraya, dia dah jadi saudara baru, dah kahwin dan waktu tu dia kerja di hospital Seremban.
Ada sapa-sapa yang nak cerita kisah cikgu Baretta. Dulu Rosjan kata kalau dia dapat kredit Mat tambahan, dia akan junjung Baretta bawa keliling satu sekolah.

Banyak lagi kalau nak cerita, tapi cukup setakat ni dulu. 


Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Mohamad Ulwi Hashim. Terima kasih kerana kongsi di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan