Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 30 Disember 2012

Masjid Dingin Hawa



Sepengalaman singgah beberapa tempat solat di masjid yg beraircondition ni telah menunjukkan bahawa kesan baik yg nyata adalah tidak ada lagi jemaah Jumaat yg lepak2 atas motor, duduk2 atas tembok dan berdiri2 bawah pokok teduh semasa khutbah. Semua macam ada rasa nak masuk ke dalam masjid. Kalau dulu masjid masih ada ruang kosong masa khutbah dah dibaca, tetapi sekarang kalau lewat sikit dah penoh....apa tidaknya, kena dok luar, panas.

Jumaat, 21 Disember 2012

Haji Hadi Perdana Menteri ke 7

"PRU 13 baru selesai. Keputusan penuh diumumkan. Tengah malam tu jugak angkat sumpah dijalankan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengangkat sumpah sebagai PM ke 7 Malaysia. Beliau menang dan partinya jugak menang banyak kerusi parlimen. Sekonyong2nya lagi, beliau bukan mewakili PR tapi mewakili PAS yg bersekongkol dgn UMNO yg masing2 sepakat menolak BN dan PKR+DAP". Sekonyong2, aku terjaga waktu terdengar azan Asar. Aku tertidur rupanya. Mimpi nyata atau mimpi ngeri?

Isnin, 17 Disember 2012

Kawan Rakan

Jarang2 boleh jumpa. Masa aku balik kampong dia tak balik. Masa dia balik aku pulak tak balik. Masa aku tak balik mungkin jugak dia pon tak balik. Aku yg dekat ni kerap jugak la balik. Dia yg jauh tu sesekali saja balik dlm setahun. Nasib saja kalau nak boleh berjumpa pon. Dok tunggu aku nak sampai tempat dia, entah bila nak sampai pon tak taula walaupon niat tu tetap ada dan dah lama dah ada. Cuma masa dan keadaan masih tak izin lagi. Ni la kawan aku dok bonceng gerek tua pelantaq besaq pi terawih dan semayang malam dulu2. Aku takdak gerek, dok tumpang dia sajala. Lagipon dia lalu kot tu, dok heran apa...sampai depan rumah, dia 'phewwett' saja aku dah sedia. Keluaq sebelom maghrib balik jam dua tiga pagi. Wahab, takdak dah kot lani gerek tua tu no...kalau ada boleh aku 'carry' hang pulak!

Cerita berkaitan SINI.

Jumaat, 14 Disember 2012

Makan Perut Budak

Hehehehe...( gelak sat dulu ).. Setiap kampong tentu ada 'pengusik budak' dgn macam2 gelarannya, masa tu bunyi usikan yg terkenal ialah 'makan perut budak dan hindu potong kepala'. Waktu budak2 dulu aku memang takut sunggoh dgn dia ni. Tapi depa yg lain relax la pulak. Nampak macam bersunggoh2 nak 'makan perut' aku, tambah lagi dgn muka dan matanya yg merah seram tu. Sora pon kuat macam gergasi. Bila jelir lidah, merah macam darah ( air pinang lah tu, org dulu suka kunyah sirih pinang)....hahahahaha. Selagi tak 'teriak' selagi tu dia dok usik. AlFatihah utk arwah Mahmud (Mud Lok Plam). Seronoklah kotno usik budak2... hihihi

Khamis, 13 Disember 2012

Combat Kubang kerbau

Masa tu tv hitam putih lagi. Cerita kegemaran,... Combat. Amerika vs Jerman. Kami pon apa lagi...masa2 cuti,..berkombat la. Tepi rumah pusaka TokWan tu ada la sikit padang utk kerbau meragut (laani padang tu dah hilang, dah ada rumah dah situ..rumah mak). Di situ adalah  beberapa kubang kerbau. Masa kemarau kubang tu kering. Dalam kubang tu lah kami berkubu. Satu kubang sorang. Gumpal2 tanah liat tu, kemudian tuju kat kawan dlm kubang lagi satu...konon2 bom tangan la tu. Sesekali tahi kerbau kering pon jadi bom! Seronok ka? Masa tu seronok laa...budak2.

Rabu, 12 Disember 2012

SJKC

 Dengan berbekalkan 2 blok bangunan, satu kantin yg bersambung di hujung blok kayu yang dah agak usang. Semua tanahnya diturap simen dgn hanya sebatang tiang untuk gantung mulutgol bola keranjang. Kalau pon ada pokok, hanya pokok pagar sekeliling yang dijaga rapi seorang tukang kebun swasta yang waktu paginya dan tengaharinya menjaga lalulintas. Yang pasti mereka sentiasa ada DEWAN. Dari situlah mereka menjana wang!

Rabu, 5 Disember 2012

Berat Mata Memandang,.......


Tidak salah berkongsi, cuma berpada2 dan sekadarnya!
Kita selalu update status kita sedang makan apa, makan di mana, makanan pula nampak sedap belaka. Murah atau mahal, kita terlupa yang mungkin ada kawan kita yang sedang mengikat perut, dan hanya mampu tengok saja gambar makanan kita tu.

Macam tu juga, kita selalu upload status kita bercuti ke mana, berjalan ke mana, beli apa, dan upload pula gambar2nya. Kita terlupa, mungkin ada kawan2 kita yang tidak mampu pergi bercuti atau membeli apa yang mereka mahu kerana tanggungjawab dan desakan hidup yang hanya Allah dan mereka saja yang tahu.
 Berpada-pada. Mungkin mereka menyembunyikan wajah sebenarnya utk tidak menghampakan kegembiraan kita....... (mungkin kotno!)

Isnin, 3 Disember 2012

Janggut bulu Jagung

Masa mak minta tolong bukakan 'selimut' jagung. Ada rambut jagung yg kunin keemasan tu. Rambut/bulu tu yg diambek dan dikepit dibibir bawah. Biar berjuntai2 macam janggut hero crita opera china tu. Hihihihi...kadang2 buat mengusik adik yg masih kecil. hehehe...hahahaha! Syok ka? Masa tu budak2 lagi, syok la kot..

Subang kulit Jering SINI

Pengaruh panggilan nama siam/khon Thai di kalangan Melayu cakap Siam

Nama panggilan selalunya jarang sama dgn nama dalam kad pengenalan/passport. Penduduk Melayu  Kg. Alor Tebuan dan kampong sekitarnya yg bercakap Siam mempunyai nama Melayu yg direkodkan pd kad pengenalan sahaja. Nama panggilan selalunya adalah singkatan pd nama tersebut yg selalunya diambil pd sebutan penghujung nama : Contoh, Halimah akan dipanggil Mah, Saripah dipanggil Pah, Muhammad akan dipanggil Mad, Yahya akan di panggil Ya...(kadang2 ada la gelaran pd hujung nama utk membezakannya dgn yg lain).
Pengaruh nama Siam kepada panggilan nama2 Melayu ini dapat dikesan pada penggunaan sebutan huruf awal pada nama, sekiranya perempuan akan dimulai dgn bunyi huruf 'I' dan sekiranya lelaki akan dimulai dgn bunyi huruf 'E'....Cth; Lelaki,..Ghozali >Li akan dipanggil Eli, Nordin >Din akan dipanggil Edin, Shaari>Ri akan dipanggil Eri, Awang akan dipanggil Ehwang.... manakala cth perempuan spt Halimah> Mah akan dipanggil Imah, Saadiah>Diah akan dipanggil Idiah, Zainab>Nab akan dipanggil Inab. ( Kami adik beradik lelaki semuanya dipanggil Edin, Eli, Echon dan Edo..hihihi). Dan masih ada penduduk tua yg bernama pengaruh Siam spt Ebau, Enui, Eting, Isau,....tertulis pd kad pengenalan/surat beranak. 
 (Contoh nama Khon Thai : Eh Dam, Endin Yat,.. Ehkhiau dll...)
Tapi orang sekarang mereka tiada lagi begitu... Khon Thai pon dah berubah nama jua!

Ahad, 2 Disember 2012

Jalan Pakai Mulut

Pagi tadi, tarik pintu pagar nak keluar pi beli suratkhabar. 
Nampak sekor siputbabi merayap 'balik rumah' agaknya.
Siputbabi tu pelan2 jalan lenggok2 sungut ( dia merungut ka dak, taktau pulak).
Walaupun pelan jalan,..tapi perut tak pernah lapar, jarang jumpa siputbabi yg kurus.
Kalau tak sempat sampai rumah, sorok saja mana2 bawah daun ka, batang kayu burok ka..
Lama jugak aku perati siputbabi tu..
sesekali macam dia perasan aku dok perati dia....
Aku ingat lagi, ada org tua pernah cakap,"siput jalan pakai mulut, sebab tu tak sesat"..
Kita  manusia, kalau "Segan bertanya, sesat jalan". 
Tapi zaman sekarang makin ramai yg tak mau jawab soalantanya. Takut sesat.
Zaman laani ada mulut tapi tak mau tanya pon tak sesat dah sebab dah ada GPS!
GPS tu apa?.... Guna Pon Sesat!

Untung jadi siputbabi ni bandingkan dgn siput lain.. jarang dengar kena potong ponggong!
Kalau siput lain dah lama kena sedut.
Tapi jgn silap parking cengkerang tu, terpijak nanti penyek terus!

Disember bulan cuti

Pergi mana2 pon ramai dari biasa, kenderaan dan manusia merata2
Lebuhraya pon banyak kereta, banyak bersiar2, laju yg menggila2, pandu pelan yg gila
Jalan kampong pon banyak motor, budak2 cuti sekolah
Sungai yg keroh dan laut cemar pon penoh manusia, mandi free
Pasar basah pon dah sempit, nak jamu anak cucu balik bercuti
Pasaraya pon dah macam musim raya, cari persiapan sekolah
Kedai kopi bukan saja ada kopi malah ada macam jenis minuman tu pon penoh dgn manusia
Kenduri kahwin makin meriah, menambah bilangan ahli keluarga
Binatang nak lintas jalan pon susah hati... silap lintas 'mati katak'.
Aku yg sesekali balik kampong pon tambah sesakkan jalan walhal setiap minggu aku boleh balik!