Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 16 November 2011

cerita exsmdso 21~kisah cikgu

 Cerita exsmdso 21 drp 50

KISAH CIKGU
Cikgu Robert - cikgu mat salleh kelas aku 1D, dia ni mai sekolah pakai basikal racing sj, ajar math , suka cubit perut , perut gelebeh mcm aku dia cukup suka.
cikgu salmah - ajar b.m , hari2 mai sekolah rambut basah , dlm hati dok mengata mandi junub kuat projek.(maaf Lan..aku kena potong yg nih)
cikgu Baretta-ajar add math , masuk kelas terus ajar , dia tak kisah hg reti ke dak
cikgu Maisarah-cutting sempoi , tak syoknya suka denda berdiri atas bangku , malu ooo!!!
cikgu Khor - dia ni pelik sikit . mula mula dia lukis bulat kat papan hitam , suruh kita cium dan dia tembak belakang telinga kita . celaka betoi !
pak chot- ajar sejarah ,masuk kelas sorang sorang baca satu perenggan .
cikgu Tony - kaki kecik sebelah , budak2 ramai takut kat dia . pasai apa tak berapa ingat
ustaz fadzil -ustaz yg paling syok . kalau dia tak mai kelas kita pi cari dia dlm bilik guru . pasai apa dia banyak cona(apa ni Lan?...penerbit) , cerita sgt menarik . dia ada tulis buku... , la ni dah jd doktor , sambung belajar open u .
cikgu Rahimah -cikgu gila bulan , ajar sejarah , suka suka dia nak ajar ke dak . sekali dia tenong , budak2 lari .hehe
cikgu Goon- ajar english , dia suka lukis katon lidi bila nak bagi kita faham .
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: CEO Mohd Roslan Abd Rahman. Terima kasih kerana kongsi cerita di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan