Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 31 Mei 2012

Telanjang habis ini kali?

Bagus apa kalau semua benda nak buat boleh kutip derma ja, nak buat surau/masjid dan sekolah tahfiz dah biasa dah...apa kata kutip pulak derma utk buat lebuhraya, buat jambatan, buat flyover, buat airport, buat stadium, sekat sungai buat hidro, dll prasarana, ...jadinyanya tak perlulah lagi utk kutip cukai (sapa2 yg dah derma boleh potong cukai-banyak mana derma, banyak tu potong). HEBAT!!

Jumaat, 25 Mei 2012

LUPA, LUPA...lupa!

Selalu lupa benda yg satu nih. 
Walaupon macam cara yg dilakukan. 
Hari tu, aku kena pi IAB Utara.
Dalam surat tu dah bagi tau,

suroh buat claim kena ada itu ini..
Semua tu boleh sediakan dulu..
tapi yg satu nih...kena jalan dulu baru tau.
Tapi bila sampai sana aku lupa...
Org lain dok isi borang
tergocoh2 aku pi jengok di kereta.
Walaupon aku dah pelekat peringatan yg agak besar...
Kalau dah nak lupa, lupa jugak!




Khamis, 24 Mei 2012

Senyum dan ketawa 'bapa borek anak rintik'

gambar hiasan ihsan Pakcik Google.

Kekadang antara kita sebagai ibu bapa dan juga 'penjaga' anak-anak sering beri pengukuhan dgn senyum dan gelak ketawa. Antara sedar atau tidak kekadang perlakuan tersebut memberi pengiktirafan negatif kepada pelaku, khasnya anak-anak. Kadang2 sebagai ibu dan bapa, kita merasa terhibur dgn perlakuan anak2 itu.
Bagaimana pengukuhan negatif berlaku?
Ketawa dan senyuman ini pada anggapan anak-anak adalah memberi kebenaran kepada individu yg mempunyai kelakuan negatif untuk meneruskannya kerana mendapat perhatian.
Contoh;

  1. Seorang guru tersenyum melihat perlakuan muridnya yg tidak sopan.
  2. Seorang ibu/bapa ketawa girang melihat anaknya merosakkan mainan anak orang lain.
  3. Seorang bapa berasa bangga melihat anaknya yg mengambil risiko yang mengancam dirinya seperti membawa motor laju.
  4. Penumpang bas bersorak apabila pemandu memandu laju dan melanggar peraturan jalanraya.

Senyum, ketawa dan sorak sorai itu adalah perlakuan yg memberi mesej kpd orang berkenaan, bahawa tingkahlaku negatifnya dpt perhatian walaupon sebenarnya salah dan merosakkan. Seterusnya spt memberi sokongan utk terus melakukannya sehingga merosakkan diri dan org lain.

Rabu, 23 Mei 2012

Kursus Profesionalisme Guru - Tanggungjawab sebagai Penjawat Awam

Suka atau tidak anda sebagai penjawat awam! Anda terpaksa lakukan (apa2 arahan yg tidak bercanggah dan dlm kerangka Islam-sebagai penganut) kerana selagi anda masih sebagai "saya yang menurut perintah" maka anda masih tertakluk kepada perintah am dan akta2 berkaitan penjawat awam.
Ada 4 kategori berkaitan dgn 2 kumpulan pekerjaan;
1. Pekerjaan yg penjawat suka buat
2. Pekerjaan yg penjawat kena buat


4 Kategori :
1. kena buat dan suka buat = seronok
2. tak kena buat ttp suka buat = rela
3. kena buat  ttp tak suka buat = paksa
4. tak kena buat dan tak suka buat = lega

Yang suka buat tak pernah menjadi masalah ttp yg kena buat tu yg selalu menyebabkan rungutan dan menimbulkan sedikit masalah. Kalau tak pandai urus mungkin boleh 'marak'.


Isnin, 21 Mei 2012

Bahana teknologi

20 Mei 2012
Lokasi : Kedai  Makan Mamak
Jam : 4.30pm
Aku singgah minum sementara dok tunggu masa nak ambek anak sekolah petang. 
Sambe minum2 sambe perati orang keliling , sambe tengok jugak tv.
Meja berhampiran ada satu keluarga.
Bapa,Mak, 2 anak perempuan dan 1 anak lelaki serta 1 baby yg masih diriba.
1 anak perempuan mungkin F5 atau F4 gitu dan mungkin 1 anak lelaki tu F1 atau F2.
Mak dan Pak rabung bersembang, sesekali jeling2 kat anak remaja, macam bertanya2 sesuatu.
Kelihatannya dua anaknya begitu asyik menerawang entah ke mana dgn telefon bimbit.
Tidak lagi hirau sekeliling, mata hanya asyik perati ke skrin telefon saja.
Sesekali memandang ke depan dgn pandangan hambar tanpa makna..
Tiada komunikasi antara si anak dan Mak Pak........
Masing2 dgn hal SMS sendiri-sendiri.
Kesian...teknologi telah membisukan mereka!





Ahad, 20 Mei 2012

PANTANG LARANG dan negatifnya.

Dalam masa kanak2...ibu bapa meletakkan larangan dan pantang larang utk menyekat, mengasuh dan mengajar serta menanam nilai2 murni yg mereka percayai. Ini merupakan sekatan2 kepada perlakuan  kanak2 yg akan dipatuhi sehingga mereka dewasa. Ada antara larangan ini membawa kesan negatif kepada kanak2 itu. Biasanya larangan ini berbentuk 'jangan' supaya anak itu patuh kepada kehendak ibu bapa.

Pantang larang seperti "jgn menyanyi di dapur, nanti kahwin org tua" menyekat kanak2 perempuan menggunakan egostatnya untuk bersukaria. Sekatan ini mungkin dibawa dlm situasi lain apabila dia berasa takut utk menunjukkan deria gembira secara spontan.

Ajaran bersopan-santun kpd kanak2 spt "jgn menjawab apabila ibu bapa bercakap" boleh menyekat kanak2 drp menyuarakan perasaan hati. 

Rabu, 16 Mei 2012

Satu Alur di Alor Setar!

Gambar hiasan.
Kelmarin 15 Mei, selesai di IAB Utara dan jugak aku ke Alor Star,  singgah makan di KFC berhampiran dengan stadium. Depan meja aku masuk sepasang suami isteri muda dengan seorang anak perempuan yang baru boleh berjalan . Si ibu duduk di hadapan pandangan aku. Bertudung. Berbaju T pendek lengan. Juga mengenakan seluar ketat very low cut. Jenis seluar perempuan sekarang yang berada hanya di atas alur kencing di kawasan tiga segi roma.

Bila si ibu duduk di atas kerusi, bajunya tertarik ke atas, seluarnya melondeh ke  bawah.

Di kepala bertudung,
di buntutnya terdedah satu alur.

Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun Masehi.
Selamat Hari Guru kepada semua guru walaupun guru yang hanya mengajarkan satu huruf. Dari gurulah bermulanya mula kenal bacatulis!


Sabtu, 12 Mei 2012

Taktik menculik budak di pasaraya.

 

Awas !!! Taktik mencolek budak di pasaraya.
Salam semua.
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
  
Artikel ini dipetik dari Blog Us.Nor Amin. Terima kasih http://www.leewantam.com/2012/05/awas-taktik-mencoleh-budak-di-pasaraya.html

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Jumaat, 11 Mei 2012

Cerita pagi Jumaat.


Ihsan PakCik Google.

Hari itu (25/10) jam 8.45am di kantin. Tak dak org lain hanya aku dgn PK 1 (2013 pencen). Dia bercerita ttg Allahyarham Paknya, ttg rindunya yg sangat pada allahyarham Paknya, ttg bacaan Yaasin tiap2 malam lepas solat maghrib yg mesti dibuat, ttg lawatan ke kubur pagi Jumaat lepas Suboh, dan berbicara dgn Allahyarham Paknya..begitu terasa kosongnya yg tak dapat digambarkan. Katanya rindu sesangat nak dengar bapanya menjawab bila dia bertanya.... terasa airmata bergenang......

 Walaupon dah sekian lama berlalu tarikh pemergian Pak, Dia masih terkenang2. Katanya macam insan tu masih ada bersama. Walaupon apa yg dia ceritakan nampak macam dah banyak yg dlakukan tapi dia masih  rasa sangat terlalu banyak kebaktian yg perlu dilakukan dan tak sempat nak dilakukan. Paknya telah pergi dulu. Ceritanya lagi...

Masa mula Paknya pergi dulu dia berazam utk bacakan Yaasin setiap kali lepas solat maghrib...sangat payah nak lakukan. Ada saja halangan. Semasa ke Mekah menunaikan Haji dia berdoa supaya dimudahkan dan alhamdulillah sekarang dia sudah dapat lakukan setiap kali lepas solat maghrib. Dia tetap lakukan walaupon dlm berpemergian, dlm kenderaan dan sebagainya. Setiap kali selepas Suboh Jumaat dia akan ke pusara...mengutip daun2 dan mencabut rumput. Sambil menyedekahkan AlFatihah dan berkomunikasi dgn Paknya. Dgn cara itu, katanya kasih sayangnya kpd Pak sentiasa segar dan tak pernah lekang..Ceritanya lagi.....

Rindu sangat nak dengar suara Paknya memanggil nama dia minta tolong buatkan minuman, cabutkan uban. Kadang2 macam terasa ngiang suara tu masih ada. Dia kata dulu bila balik sekolah dia tanya, " Pak, mak pi mana?...Sekarang tiada lagi tempat nak tanya soalan itu....akhirnya dia katakan padaku..."SINGGAHILAH MEREKA SELAGI ADA CUTI, KUNJUNGI MEREKA BERDUA SELAGI ADA"

Rabu, 9 Mei 2012

Persediaan 10 tahun menjelang persaraan


10 Perkara yg patut dilakukan.
1.      Merangka bajet selepas bersara. Cuba fikirkan berapa kos gaya hidup anda selepas bersara. Dimanakah anda tinggal selepas bersara? Adakah anda ingin mengembara atau melakukan sesuatu hobi? Sediakan bajet persaraan.
2.      Ramalkan jumlah tabungan persaraan yg anda perlukan. Apabila anda tahu kos sara hidup anda selepas bersara, anda perlu menentukan jumlah tabungan persaraan yg boleh membiayai gaya hidup anda.
3.      Mula menabung atau melabur. Setelah anda mengira tabung persaraan yg diperlukan, anda perlu menabung atau melabur untuk mencapai sasaran tabungan dgn pantas.
4.      Jangan melihat pulangan sahaja. Jangan melabur dalam sesuatu instrument pelaburan yg asing bagi anda. Tiada apa yg boleh diperolehi tanpa risiko dan hindari skim cepat kaya. Jika ada org mendakwa sebaliknya, anda mesti berwaspada.
5.  Mula menyediakan dan mematuhi bajet. Anda akan menghabiskan sekurang2nya 20 ke 30 tahun hidup anda tanpa pendapatan. Anda perlu berdisiplin apabila berbelanja. Anda perlu belajar utk hidup mengikut kemampuan supaya apabila anda bersara, anda tidak begitu terkejut dgn hidup baru anda.
6.      Jelaskan hutang pinjaman perumahan anda. Rumah yg bebas hutang akan menjadi aset penting utk anda. Anda telah membebaskan sedikit aliran tunai.
7.      Kurangkan hutang anda. Anda perlu membayar semua hutang anda sekarang dan jgn mengambil lebih banyak hutang, terutamanya yg mengenakan kadar yg tinggi.
8.      Nilai perlindungan takaful anda. Anda perlu mempunyai perlindungan takaful yg mencukupi utk melindungi pendapatan anda dlm 10 tahun akan datang. Ini termasuk mendapatkan perlindungan kehilangan hilang upaya atau penyakit kritikal. Jika tiada, timbangkan pelan bertempoh yg hanya melindungi anda dlm 10 tahun akan datang.
9.      Tinjau sama ada anda boleh mendapatkan sumber pendapatan selepas bersara. Anda mungkin perlu mempertimbangkan pilihan ini sebelum anda bersara. Anda boleh meraih pendapatan dgn menyewa hartanah atau membuat kerja lain selepas bersara.
10. Meramalkan sesuatu yg tidak diduga. Akhir sekali, anda perlu ingat bahawa kehidupan ini penuh berliku. Kadangkala anda memperolehi pulangan pelaburan tidak spt yg dijangka selama beberapa tahun dan terpaksa menanggung perbelanjaan yg tidak diduga seperti kos perubatan. Dgn merancang dan menabung dr awal utk persaraan, anda masih belum terlambat utk membuat perubahan sekiranya perlu.

SELAMAT MERANCANG!

Ahad, 6 Mei 2012

RADIO KUMBANG- main dulu2


Inilah kumbang radio tu!






















Ikat kemas2 kain tu dgn getah tu di sekeling mulut tin. Bahagian terbuka tin tu biarkan ke bawah. Kumbang yg terperangkap tu akan mencari jalan utk melepaskan diri dgn menggetarkan dirinya. Getaran itu akan mengeluarkan sejenis bunyi. Untuk bunyi yg lebih kuat selalunya aku akan cari tin minyak gas/tanah. Letak terbalik biar kumbang tu bersentuh dgn tin minyak tanah tu. Kalau kumbang tak mau 'nyanyi', gerak2kan tin tu. Tapi awas, kumbang ni ada sengat berbisa. Berhati-hati.


LAGI...KLIK SINI

Jumaat, 4 Mei 2012

Sarapan Dadah!


Orang kampong sini, kalau nak berjalan jauh selalunya disarankan ambek sarapan dadah. Terkejut? Loghat orang sini merujuk kepada siap-siap ialah 'dadah', lebih tepat adalah 'dahdah'...tetapi sebutannya mirip kepada dadah kalau tidak diamati dgn teliti.

Dulu sebelom ke sekolah selalu mak pesan macam tu, "Makan dadah, di sekolah sat lagi tak kalut dah nak makan'. Jarang pon boleh sarapan sebenaqnya. Selalunya kopi O saja. Kadang2 kalau ada nasik sejuk lebih semalam boleh mak goreng. Kalau ada pisang tepi rumah tu masak, merasa laa cucoq pisang ka, kodok pisang ka. Nak merasa roti ada laa sebulan sekali. Roti Benggali. Bukannya takdak orang jual tapi tak mampu. Mamak Subedar tu ada sampai mai seminggu sekali hari Rabu. Bukan nak crita pasai miskin tapi crita pasai sejarah!

Pekan Nat Kepala Titi


Masa tu tahun 70an. Masa tu ni lah tempat beli keperluan seharian. Nak ke pasar borong...jauh. Nak turun ke pekan terdekat pon...jauh jugak. Pekan Nat Kepala Titi selalu pada hari Selasa sebelah pagi. Mula dalam jam 9.00 dan mungkin berakhir selepas jam 2.30 petang. Barang jualan rasanya masa tu dgn pekan Nat masa sekarang sama saja. Hasil pertanian kampung, makanan, pakaian dan keperluan dapur. Lokasinya betul2 bersebelahan Sungai Tajar/Pendang.
Hari tu adalah hari pesta bagi penjual dan penduduk sekitar. Selain berurusan dlm perniagaan, mereka dapat bertemu sahabat handai dan sedara mara.
Saya selalu simpan duit belanja sekolah sejak Ahad lagi untuk belanja sini. Sehari 5 sen dan tambah duit saku hari Selasa, dapatlah makan mi sup Morat favorite saya tu. Semangkok 20 sen masa tu. Mahai dah tu!
Laa ni pekan Nat tu dah mati bila berlaku kebakaran. Tapi setelah berhenti lama sekarang telah berubah ke Simpang Titi pulak. Pekan Nat hari Jumaat dan Pasar Malam pd Selasa. Sesekali balik kampong singgah jugak laa.

Selasa, 1 Mei 2012

LESEN RADIO DAN TELEVISYEN



Masa dulu , dlm tahun 60an, 70an begitu. Waktu sepanjang tahun2 ini, memiliki radio umpama memiliki benda mewah. Kena ada lesen. Penguatkuasaannya pulak nampak macam ketat sangat. Banyak cerita2 menarik semasa penguatkuasaan dan pemeriksaan lesen radio ke rumah.
Entahlah, apalah puncanya radio masa tu kena lesen.
Apabila terpecah berita bahawa ada orang yang nak pereksa lesen. Satu kampong akan khabar mengabar kpd jiran2. Masing2 akan mula menyorok radio masing2. Selalunya makpak aku sorok dalam bekas beras saja. Ada sesetengahnya bungkus elok2 dan masuk dalam telaga!
Tahun2 lepas tu org kampong yg ada TV pon macam tu jugak. Kena ambek lesen Radio dan TV RM24.00.
Selalu nya pegawai2 ni memang jenis bertimbang rasa..Depa suruh pi ambik lesen ..Kalau depa mai esok tak dak jugak lesen, baru depa rampas ...(Gempaq la tu....tapi gempaq tu menjadi jugak sebab esok nya berduyun pakcik makcik beratoq di pejabat pos nak bayar lesen...Tambah pulak yang baru beli tv besaq tu..)..tapi kalau kat kampong tu ada jugak orang tua2  sembunyi tv, habarq kata tak dak tv tapi areal dok terpacak elok kat bumbung tu...haha cerita dolu2...lawak jugak...