Cerita exsmdso 28 drp 50
kiri- Tn Abd Majid.
Cerita yang menarik semasa kelas 2A ialah cerita kawan kita Nawidin yang tukar mai kalau tak salah aku dari Perak dengan perniagaan kasut penthernya, yang mana banyak yang terkena tapi aku tak terlibat kerana aku tak ada duit.
Aku pi sekolah bawa 2 kupang sahaja macam mana nak bagi duit kat dia.
Ulwi,
Cikgu Tony ni, banyak kali juga aku kena dgn dia pasai terlebih pandai BI, semua gila kata dia. Dia tabuh bunyi saja kuat, sakit tak macam mana pun. Murid-murid takut dgn dia ni, SukarNo lari p sek teknik sebab takut dgn dia ni. Waktu kelas dia Asri jadi ketua kelas, kena p turut dia kalau ada kelas dia. Kalau mai lambat, jangan ketuk pintu, terus masuk dari pintu belakang dan duduk diam-diam, dia tak marah. Kalau ketuk pintu nak masuk, dia nanti jerit GILAAAA, come here, terus tabuh dgn penumbuk 100 paun dia. Kadang-kadang tu ada murid dari kelas lain yang mai ketuk pintu nak buat pengumuman waktu dia tengah mengajar kami, memang kena jerit GILAAAA dgn dia punya, silap-silap haribulan kena tabuh pula dgn dia.
Student kesayangan dia Asri dan Ikram, depa dua ni kira handallah BI dalam kelas. Yang lain tu macam aku juga termasuklah juri awam kita Limehad. Ramai yang kena dengan dia, aku ingat Zahari Zainol (E Pak Non) kena panggil p depan, tak boleh jawab soalan dia, dia jerkah GILAAA terus tabuh tengah belakang, terhoyong hayang E Pak Non, pucat lesi muka. Bila ingat-ingat balik tergelak aku.
Cikgu Tony ni nama penuh dia Anthony Sibert. Perkataan GILAA memang kegemaran dia, rasanya kalau dia tak sebut gila dalam satu hari, dia sendiri yang jadi gila.
Pada aku dia ni baik cuma dia ni kuat gempar, sebab tu murid takut dgn dia. Dia tabuh tengah belakang tu taklah sakit sangat, bunyi saja kuat sebab dia kembungkan tapak tangan. Aku tau la sebab banyak kali juga aku kena. Limehad, hang besa kena dak, kalau besa kena tu ceritalah sikit.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik. Cerita Asal: Astrologer Abd Majid Abd Wahid. "Terima kasih Tn. Prof.",kongsi cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan