Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 1 Ogos 2012

O..Mak hang, hantu!!- Ramadhan 12


Masa sekolah rendah dulu...tahun2 tu kalau ada masjid pon satu, satu...jauh2. Masa tu di kampong aku surau takdak lagi. Jadi Tarawih dibuat di rumah...selalunya rumah tokguru yg jadi sasaran..atau rumah yg agak luas..
Masa itu, aku pon macam budak zaman laa jugak. Rajin pi saja, tarawih bukan buat sangat pon.....ada laa satu dua rakaat, lepas tu selebihnya main. Masa tu mercun tak semewah zaman la..
Teringat satu masa tu, tarawih di rumah Bang Ya Nyang Som. Dgn dua tiga kawan..BangCik, Aruah Eni. Kami pakat2 nak mengusik makcik2 yg mai tarawih. Apa yg kami buat adalah kelubung kain dan menyorok dalam hutan mengkuang hujung jalan. Tak tau pulak macam mana dlm gelap tu boleh pi masuk dlm hutan mengkuang. Dari jauh nampak laa cahaya torchlite. Depa mai dah!
Satu, dua, tiga......hahahahaha, hehehehehehe...kami serentak berlari keluaq menyekat makcik2 tu.
O mak hang hantu!, o hang hang hantu!....puk pak...puk pak....kami tiga sekawan kena belasah dgn torchlite makcik2 tu....Dan jugak laa kena dua tiga das atas belakang sebelom cabut lari..Ha ha ha..padan muka!
Satu lagi catatan tentang Tarawih dulu2...klik SINI untuk baca.

1 ulasan:

  1. Salam.

    Rupanya kita berada di dalam petak yang sama, jo ban Klong Tok.Mk.Tualang.Kedah.
    Tidak sangka kita bertemu di sini...semoga berjaya...amiin.

    BalasPadam