Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Sabtu, 30 Jun 2012

Tali Bemban Semat Atap


Dulu mana ada tali rapia. Yg ada tali pokok pisang, tali pokok bemban, tali pokok rotan dan tali pokok mempelas. Semua semulajadi. Org dulu2 dah amalkan 'hijau' lama dah. Tali bemban ni rasa2nya dah pupus. Budak2 bawah 30an rasanya tak akan kenal pon pokok bemban. Nak proses tali bemban ni bukan la susah sangat pon. Mula2 redah paya cari pokok bemban. Pilih yg dah matang. Potong hujung potong pangkal. Bawak bali ke rumah kalau nak selesa. Kalau rajin boleh saja proses situ jugak. Kalau yg agak besar tu belah 6..raut buang empulur (isi dlm batang yg lembut keputihan tu). Ambek kulit yg liat tu, gulung2 dan ikat. Kalau malas tak payah gulung pon tak pa. Bawa pi dlm bendang ka, alor ka...pijak bagi tenggelam dlm selut. Rendam situ sari dua. Tujuannya nak melembutkan tali bemban tu, kalau tak buat gitu bila semat atap, tali tu nak patah2. Jgn lupa bilas utk hilangkan busuk sebelom guna.

Rafeah Kasim 60, sedang menyiat batang bemban.

Tali Bemban ikat semai. Klik SINI

Jumaat, 29 Jun 2012

Parking Lot Tong Sampah!

Awak pernah jumpa parking utk tong sampah? 
Apa, kerusi pon awak pernah jumpa?
Itulah mewahnya Malaysia yg kaya raya,
Majlis Kerajaan Tempatan dah boleh sediakan parking 
bukan utk kereta saja, malah untuk tong sampah, kerusi, timba dan kotak.
Kebanyakan pekan2 kecil Majlis Daerahnya tidaklah kutip bayaran parking.
Awak tau,....
Hari ini rasa macam nak langgar saja kerusi tu.




Kalau parking jugak, inilah akibatnya....

Ahad, 24 Jun 2012

Musim Durian- Cina jarang kena tipu!




Anak bini suka,
makan terus, buat serawa.
Makan dgn pulut tanak, pulut susu.
Tapi.......
Aku selalu kena tipu., 
buah berlubang ditutup dgn kayu.
buah lama kata  buah baru,
potong tangkai bagi nampak baru,
buah kampong kata buah batu kurau.
Kalau dah merekah, ikat dengan getah.,
buah kait kata luruh.
Tapi...
Susah nak tipu Cina,
sebab Cina terus belah dan makan insitu.
Mana berani tipu maa!

Sabtu, 23 Jun 2012

Doktor atau Peguam?



Awak ada anak?
Pernah tanya anak awak, apa nak kerja?
Apa anak awak jawab?
Jangan percaya jawapan tu, main tiru2 saja tu.
Nak tau apa kerjaya anak awak nanti?
Cuba amati anak awak begini....
'Anak yang lambat beri respon bila dipanggil,
apabila dewasa nanti bakal jadi DOKTOR.'
'Anak yang dah beri respon walaupon belum dipanggil,
apabila dewasa nanti bakal jadi PEGUAM'.
Mana satu anak awak?

Semua rumah nyalakan lampu



23 Jun 2012
Jam 1.00am - 3.00am
Tugas SRS.
Rasa lega bila tengok kebanyakan rumah masih nyalakan lampu
Dari jauh lagi dah dengar suara TV
tak macam giliran SRS sudah2, banyak yg bergelap
Untung jugak ada EURO 2012 ni....
Kiranya malam ni ronda cincai2 saja.
Laju2 jalan, suloh lebih kurang.
Jgn2 ramai dah terlelap depan TV...

Jumaat, 22 Jun 2012

Untung sabut sentiasa setiap Jumaat



Orang Islam Malaysia sangat baik. Selalu bagi untung sabut kat aku, tak pernah aku dpt untung batu. Alkisahnya aku tak pernah sampai awal ke masjid utk solat Jumaat.  Adatnya aku takkan dpt ganjaran saf pertama. Untungnya setiap kali bila nak mula solat, aku jarang terlepas ganjaran 3 saf pertama. Terima kasih lah kpd jemaah lain yg bagi peluang tu kat aku. Kalau singgah ke masjid dikala bermusafir jarang lah aku sampai ke saf pertama tu, kerapnya di hujung2 saja pulak!

Khamis, 21 Jun 2012

Seikat sayur kangkung, sepiring jering cambah!



Awak rajin pi shopping? Selalu shopping barang basah utk dapor awak di mana? Sekarang sangat banyak pilihan. Awak pilih saja. Dari petak2 di Pasar Hyper yg sayup mata menjeling, pasar basah yg hanyir, pasar2 malam atau pekan sehari  yg hapak atau sedia menunggu di jeti ikan kuala2 sungai. Apa pilihan awak? Kalau awak tiada pilihan, saya pilihkan utk awak, boleh? Sebelom tu mari lihat dulu siapa yg berniaga tu..kalau Hypermarket tu dah tentu tokehnya dah tidur berbalut wang, cawangan seantero dunia. Pasar basah pon kebanyakan tokehnya berjaya, dah ada lori dan kereta berjenama. Cuba jengok makcik bersila pasar malam atau pekan sehari yg bersila simpuh tu. Sekeliling hanya beberapa ikat kangkung dan ulam2an kampung, termasuklah jering cambah, cabai burung, seikat dua pucuk kaduk, satu dua jantung pisang. Ada keperluan untuk awak beli. Belilah pada peniaga silasimpuh ni yg mungkin menggantikan suami mencari nafkah. Dgn duit awak tu lah mungkin nanti akan ditukarkan menjadi beras sesuap utk anak2. Mungkin sebotol ubat utk sang suami yg menderita di rumah. Bukan si tokeh hypermarket yg menggunakan wang awak utk melancong dan menukar kereta mewah! Setuju sajalah kalau itu pilihan saya utk awak!

Rabu, 20 Jun 2012

BAS JATUH GAUNG


Pagi tu, Sabtu. Sekolah cuti
Selalunya sarapan di kantin sekolah
tapi dah sekolah cuti
sarapanlah gerai nasi lemak
Saya tak ode nasi lemak pon...
Sambil hirup kopi O dgn roti bakar.
Sorang lelaki dlm lingkungan 60an 
agaknya drebar bas pesiaran,
sebab dia turun dr bas pesiaran yg tiada penumpang
mata melilau2 cari tempat duduk
last2 dok sebelah aku..
Banyak yg kami sembang2 pasai bas
yg accident dan junam dlm gaung tu...
kesimpulan yg dia beri..
"cikgu tau tak, kebanyakan yg kena tu India, 
depa tu mabok bila dok di Genting tu"..
Saya sengih saja laa. Mungkin laa kot!

Ahad, 17 Jun 2012

JAWATAN KOSONG



Iklan Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Permohonan adalah dipelawa drp warganegara Malaysia (keutamaan rakyat Negeri Kedah) bagi mengisi.......... Kepada pencari kerja tentulah anda dah biasa dgn ayat ini, JAWATAN KOSONG. Di mana2 tempat senang ditemui. Iklankan dalam media cetak dan media elektronik, gantung banner, tampal di dinding bangunan, flyer terus ke peti surat dll kaedah. Kadang2 pemohon hairan kenapa susah nak dpt jawatan yg diiklankan. Mana nak dptnya sebab jawatan tu memang tiada...baca betul2 iklan tu....JAWATAN KOSONG... kosong maknanya tiada! Mungkin boleh diiklan begini: Iklan Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir.....

Jumaat, 15 Jun 2012

BUAT BAIK BERPADA-PADA?



15 June 2012
Lokasi : Bank, Pekan Baling
(peringatan utk diri sendiri)
Aku selalu pi bank ni. Dan kerap dah jadi. Tapi kali ni nak tulis pulak. Dah geram dlm hati. Cerita begini. Aku ada urusan yg tak boleh buat di ATM. Sampai bank seperti biasa aku akan ambil nombor 'tingtong'..nombor tu 1120 dan masa tu nombornya dah sampai 1118. 7 kaunter semua buka dan semua ada pelanggan. Sekejap tu 'tingtong' 1119. Aku ingat lepas ni aku laa. Tunggu punya tunggu, pelanggan dah silih berganti ke kaunter. Nombor aku tak 'tingtong' lagi pon. Aik, susah jugak kalau hanya sorang dua yg 'baik' kerana ambil nombor giliran sedangkan yg lain main lambai2 saja. Aku terasa sangat teraniaya kerana aku terambil nombor giliran. Kononnya kesiankan orang lain yg dah lama sampai, tak mau potong Q walaupon aku boleh potong Q kerana 'orang' tu dah beri lampu hijau. Rugi di dunia kerana menghabiskan masa tunggu giliran yg dah di potong2...dan mungkin jugak rugi akhirat kerana aku menyumpah seranah dlm hati. (Ya Allah, Kau ampunkan dosa2 ku kerana mengungkit kebaikan aku yg sedikit ini dan aku menyumpah2 kerana tidak sabar dalam menunggu giliran. Aamiinn!)

Khamis, 14 Jun 2012

Kisah Benar-Mangkok pandai baca Yaasin.

Tadi (14 June 2012) Majlis bacaan Yaasin Hari Guru.

( Ini peringatan utk diriku yg juga sering lupadiri kerana aku jugak tidaklah sebaik sebagaimana yg terbaik seperti dikehendaki oleh diri)
Nak cerita ttg Mangkok....Mangkok ni dah ada situ masa aku sampai, aku sampai awal 5 minit sebelom majlis ttp majlis dah bermula lebih awal drp aturcara. Acara pertama, aluan pengerusi..Mangkok ni molanya molek saja situ..Tengah2 Timb. PPD sedap berucap sampai mai Cawan. Lepas senyum2 dan salam sorang dua, Cawan ni menyendeng dok sebelah Mangkok tu. Molalah Mangkok ni potpet2. Banyak kepala berkopiah puteh memaling. Aku ingat tentu kawan lama tak jumpa,,rupa2nya dok tak puashati ttg bolasepak. Sakan jugak bicara Mangkok dan Cawan nih. Aku yg dok jauh 2 depa pon dengaq. Bila Yaasin mola, senyap sat. Bila doa Yaasin dibaca Tok Imam, Mangkok ni buka cerita lagi....Isk..aku hanya jadi Lesung Batu yg berat dan bisu! Aku tak tau jiran2 aku berubah jadi apa. Rupanya aku tidak ada kekuatan utk menegur.


Gambar hiasan dan tidak berkaitan dgn cerita.

Selasa, 12 Jun 2012

MENGAPA CINA?



Kisah kaum Cina dan kaum Melayu
Nampak sama saja tapi banyak yg tak serupa
Apa yg membezakan kaum Cina dan kaum Melayu?
Bagaimana mereka membantu kaum mereka?
Bagaimana mereka melangsungkan kehidupan seharian mereka di kelilingi kaum Melayu?
Kalaulah kaum Melayu dari dulu jugak begitu?
Cuba lihat selanjutnya SINI

Isnin, 11 Jun 2012

Pemikiran Materialistik Golongan Pekerja

Tuntutan dunia sekarang merubah manusia lebih bersikap materialistik. Mengejar wang ringgit demi untuk menjalani kehidupan selesa yg sudah tentulah lebih ke arah keselesaan berbentuk materialistik juga. Maka sesuatu yg tidak mengejutkan apabila ada antara kita sebagai pekerja lebih mementingkan gaji berbanding mengutamakan kepuasan bekerja.










Justeru, tidak menghairankan, seringkali kita mendengar pekerja yg sanggup bekerja sampingan demi wang ringgit berbanding melakukan kerja hakiki dgn sepenuh hati. Mereka sanggup berebut2 sesama sendiri  sebarang kerja sampingan berbanding kerja hakiki mereka yg sememangnya dibayar secara bulanan.
Bagi mereka, apalah gunanya bekerja lebih bagi tugas hakiki sedangkan gaji sama sahaja dibayar. Lebih elok bekerja lebih untuk perkara2 lain yg bukan tugas hakiki mereka. Kononnya dgn cara ini mereka bijak menggunakan peluang sedia ada dgn memerah keringat utk tugasan berbayar, walhal tugasan tersebut bukanlah tugas hakiki.

Jumaat, 8 Jun 2012

PERIGI DAH KERING

Jumaat 8 Jun 2012.
Lokasi depan PC tua yg papankekunci pon dah hilang huruf.

Cerita yg entah keberapa kali disiat2 dr dalam minda.
Memandangkan niat hendak menulis dan mengepos n3 jugak utk jumaat ini, maka terpaksa laa memicit2 jugak mata kekunci yg samar tu. Tak ada apa pon yg nak dicoretkan hanya sekadar mengisi slot ini dengan coret2 yg tak perlu sesiapa pon membacanya. Kenapa? Kerana tidak ada isi dan ilmu yg nak diturunkan pon. Sekadar melepaskan kekusutan minda yg mencari akal utk satu coretan benar yg tak kunjung ketemu. Nasib baiklah datelinenya tidak pernah tiba. Kadang2 telaga kalau dicedok secara kerap pon akan kontang jugak.

Rabu, 6 Jun 2012

Tanam, Tinggal, Tuai.

Hari tu dok sungut. Org rumah aku beli segala sampaikan daun karipole, daun pandan, serai dll herba utk dapur tu. Jadi konon nak bagitau bahawa benda tu boleh tanam sendiri. Nanti tak perlu lagi beli.
Maka mula lah operasi cari 'benih'...peringkat awalnya serai, lengkuas, kunyit, pandan, karipole. Tanam. Dua minggu pertama tu bela dan belai, jirus siram, baja, cabut tumbuhan liar...hari2 jengok. Lama2 dah makin lupa. Dah sampai peringkat Tinggal. Dah naik hutan semula. Peringkat Tuai entahlah bila...Akhirnya jadilah 3T, Tanam, Tinggal, Tuai.... Sampai ke hari ni masih beli serai, daun kunyit, lengkuas dan daun pandan. Masih belom boleh Tuai.

Sinilah dulu ditanam lengkuas, pandan, serai dan karipole. 
Nak nampak serai kena selak dulu semak tu.

PASAR TANI.


Aku rajin turun Pasar Tani. Dulu memang nampak macam betoi Pasar Tani ni utk petani memasarkan hasil tanpa perantara/orang tengah. Dan yg dijual pon hasil2 pertanian. Makin lama Pasar Tani beroperasi, aku pon terus dok pi...maka aku pon nampak perubahan sedikit demi sedikit. Pasarnya makin merebak. Dulu cuma juai hasil tempatan. Kalau buah pon, buah tempatan, kalau ikan pon, ikan yg diternak sendiri.,.ulam2an dan sayur2an. Kuih2 tradisional. Tidak ada kain baju, tidak ada mainan plastik. Pagi tadi singgah lagi. Saya jumpa 'toke' Pasar Tani, tanya dia..hebat hangpa laa. Makin besaq. Dia kata, "yg ni saja pasartani", sambil tunjuk ke arah tapak letak kereta market. "Yg lain tu bukan...tu tumpang cari makan"..
Macam2 ada....dah jadi hypermarket. Dah onestop. Dari sehalus jarum jahit ke sebesar motokar ada di sana! Hebat pasar tani ni. Tahniah FAMA!

Sabtu, 2 Jun 2012

Himpunan hijau menuju Putrajaya..


1 Jun 2012
Jam 4.30pm mula dan tamat bila terlelap mata
Perkarangan stadium dan dlm stadium Darulaman, Kedah.

Patutla berbondong2 pemakai baju hijau menuju ke utara
rupa2nya semua tu nak menuju ke Putrajaya
ingatka lepas berhimpun di Stadium Darulaman
pakat2 konvoi pi Putrajaya pulak....
seronok tu, kalau ramai2 puluhan ribu tu berkonvoi
mau sesak PLUS berpuluh kilometer
mau lengoh tangan mulus penjaga tol menghulur kad tol
boleh cabut skru siku
mau jugak merungut palang tol...letihlaa dok turun naik.
gelak sakan toke PLUS
Rupa2nya
hanya habis kat stadium saja
tak pi mana pon
yg mai dr luar Kedah lagi ada
dr Putraya pon ada!
Yg seronoknya depa
Yg letihnya aku.
pasai dok sedia nak ikut
konvoi pi Putrajaya
"nak pi sorang takut sesat"
Nampaknya kena tunggu lagi.