22 Oktober 1883.
Seorang mubaligh Perancis ( nama?) tiba di Kuala Kedah pd jam 4.00 ptg. Mencatatkan yg dia ternampak 2 pucuk meriam kecil di atas kota di muara Sg. Kedah yg diawasi oeh 2 pengawal. Kira2 sejam mudik sungai itu, dia pon sampai di 'Loasta' dan disitulah sultan bersemayam. Dia terpesona dgn keindahan bangunan dan taman kediaman Raja Muda di Pumpong, dan jugak istana Sultan yg menurutnya terletak di atas bukit kecil yg ditambak terleta kira2 4 batu dari bandar 'Laosta'.
12 Julai 1886.
Perdana Menteri Kedah, Dato' Wan Muhamad Saman memulakan projek Terusan Wan Muhamad Saman. Pada batu peringatan bertulisan jawi itu sempena pembukaan tersebut bertulis.:
"Sanat 1303, pada 10hb Syawal, kadam Wan Muhamad Saman Ibni Wan Ismail, mulai korek Sungai Korok di hujung Sungai Pengkalan Kundor, tuju ke Gunung Jerai dan muka kualanya di seberang tentang dengan Balai Air Kota Setar ini, tammat".
batu peringatan terusan wan mat saman
7 Jun 1888
Pergaduhan di antara pelombong China telah meletus di daerah Kulim. Tunku Muhamad Saad, DO Kulim akhirnya dapat memadamkan api pergaduhan tersebut melalui bantuan yg diperolehi drp Sultan, Pihak siam dan Inggeris di Pulau Pinang.
? Mei 1890
Raja Siam, King Chulalongkorn melawat Kedah dan tinggal selama 4 malam di Istana Anak Bukit. Baginda menawarkan bantuan membaiki kerosakan istana itu.
30 November 1890
Surat perjanjian antar Baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah bagi pihak kerajaan Kedah dgn Encik Frank Powel dimeterai berhubung tugas Encik Frank Powel untuk mengajar putera2 diraja Kedah.
Ku Din bin Ku Meh bersama ahli jemaah pentadbiran
Upacara rasmi penyerahan kuasa penoh utk mentadbir wilayah Setul dan Perlis kepada Kerajaan Kedah menurut sistem 'Khalung Thesaphiban'. Kedah, setul dan perlis tergolong sebagai 'Monthon Saiburi' atau wilayah Kedah. Dalam tahun itu jugak Tunku Abdul rahman bin Tunku Ismail, pemerintah setul telah mangkat. Sultan Abdul Hamid telah menghantar Ku Din bin Ku Meh, Ketua Penjara Alor Setar menjadi Pesuruhjaya Kedah di Setul.
9 Disember 1897
Pembukaan Sekolah Melayu kampong Baru yg diasaskan oleh Tuan Haji Abdullah Menteri, kemudian diselenggara oleh Tuan Syed Abdullah alMahdali dr Pejabat perbendaharaan Negeri. Guru pertamanya adalah En. Ahmad bin Kerani Maidin berasal dr Singapura.
14 Disember 1898
Perdana Menteri Kedah, Dato' Wan Muhamad saman telah meninggal dunia dan sejak itu jawatan tersebut tidak dilanjutkan. Dalam tahun itu juga sebatang jalan raya dibina selari dgn terusan tersebut.
1899
Perkhidmatan telegraf di sekitar Alor Setar dimulakan.
27 Disember 1899
William Walter Skeat, Ketua rombongan expedisi Uni., Cambridge tiba di Kuala Kedah dr Pulau Pinang kemudian mudik ke Bnadar Alor Setar.
Jun 1904
Upacara perkahwinan diRaja Kedah melibatkan 5 pasangan putera puteri Sultan Abdul Hamid yg mengambl masa 3 bulan. U[acara berlangsung di sekitar Balai besar, Istana Pelamin dan Padang Court.
1905
W.F.J Williamson dihantar oleh kerajaan Siam ke Kedah bertugas sebagai penasihat kewangan. Dr. A. L. Hoops dipinjamkan dr Pulau Pinang utk mengurus dan menubuhkan Jabatan Kesihatan di Alor Setar. Hospital pertama di Alor Setar telah dirasmikan oleh baginda pd tahun 1908.
3 Ogos 1905
Majlis Mesyuarat Negeri yg pertama ditubuhkan bertempat di Balai Besar. YTM Tunku Abd Aziz (Raja Muda) President, Muhamad arifin bin Muhamad Arshad (su sultan), Syed Abdullah alMahdali (peg, penbendaharaan), Haji Muhamad (hakim besar) YTM Tunku Ibrahim (su presiden majlis negeri ) dan W.F.J Williamson (penasihat kewangan)
8 Disember 1908
En. Mohamad bin Iskandar
Sekolah Inggeris pertama diberi nama 'Government English School' telah diasaskan dan guru besar pertamanya ialah En. Mohamad bin Iskandar dr Pulau Pinang. Sekolah itu kemudiannya ditukar nama kepada kolej Sultan Abdul hamid.
15 Julai 1909
Sir W. G Maxwell
Sir W. G Maxwell sebagai penasihat British yg pertama menggantikan penasihat british sebelom ini yg dihantar oleh Kerajaan Siam. Pada tarikh ini juga Kedah diserahkan kepada naungan kerajaan Inggeris. Pada tahun ini juga Sultan meminta J. Gorman, Jurutera Negeri, merancang bandar Alor Setar. Dan tahun itu terbina 3 batang jalan iaitu Jalan Raja, Jalan Pekan Melayu dan Jalan Langgar.
Setem pertama kedah dilancarkan.
15 Oktober 1915
Pembukaan rasmi masjid zahir
1915
Jalan kereta api antara Bkt Mertajam dan Alor Setar dibuka dgn rasminya utk penumpang dan barangan.
1916 - sekolah Arab yg pertama mengikut sistem pendidikan moden diasaskan oleh Tn Hj Wan Sulaiman Wan Sidik bertempat di Limbong Kapal, Alor Setar. Diberi nama Madrasah Hamidiah.
Tn Hj Wan Sulaiman Wan Sidik
1917 - Jalan kereta api dibina menghubungkan Alor Setar dan Bukit Keteri di Perlis.
14 Julai 1925
Perasmian
Jambatan yg menghubungkan Jalan Raja dgn Jalan Sungai Korok telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Abdul Hamid.
1932
Perpindahan Pekan Rabu ( dulu pekan nat) ke tempat yg ada sekarang dr tapak asalnya di Tanjong Chalee.
13 Disember 1941
Tentera jepun mara dr utara setelah menawan Jitra drp askar British dan India. Mula tarikh tersebut mulalah pemerintahan Jepun di Kedah dgn Mejar Genera Sukigawa Seiji menjadi Gabenor dan K. Shibaa selaku penasihatnya. K. Shibaa adalah seorang perisik Jepun di Alor Setar yg menyamar sebagai ahli perniagaan sejak 1936.
Mej. Jen. Sukigawa K. Shibaaa
>>>>>>>>>........Ringkasan 4 Klik SINI
Info yang menarik..maklumat berguna
BalasPadam