Cerita exsmdso 25 drp 50.
Matwee (baju hitam) semasa diBrunai DS
Bila baca cerita LanSiam tentang cikgu-cikgu tu, aku teringat satu alkisah. Tahun 1977, waktu tu dalam kelas 2A yang aku ingat, masa mata pelajaran lukisan, cikgu Maisarah cutting sempoi gurunya. Aku tak berapa minat sangat mata pelajaran lukisan ni dari dulu-dulu lagi.
Pada hari tu, aku tak bawa water colour, memang aku tak ada pun water colour, tak pernah beli, sebab aku tak mampu beli. Kena berdiri atas meja, mula-mula dalam class. Aku macam protes dia sebab rasa tak puas hati, aku memang tak ambik subject tu dlm SRP. Cikgu Maisarah naik angin, dia suruh aku angkat meja ke kerusi (tak berapa ingat) letak di luar class depan pintu depan. Dia bagi topeng yang murid-murid buat, suruh aku pakai dan berdiri atas meja di luar tu. Berdirilah aku sampai habis mata pelajaran tu. Murid yang lalu dekat class tu tengok aku semacam saja. Rasa malu adalah, tapi sikit saja, yang banyaknya rasa geram dekat cikgu tu.
Bila class habis aku kena angkat meja tu bawa masuk balik dalam class, waktu nak letak meja tu, aku lepas geram, aku hempas atas lantai saja, bunyi berdentum, terkejut cikgu maisarah sampai terjatuh barang yang dia pegang. Dia mai dekat aku, marah dekat aku, aku lawan cakap dia, dia lagi marah, aku lagi kuat lawan cakap dia. Dia terus keluar class. Puas hati aku, geram dah boleh lepas, mulalah rasa seronok dan bangga diri sebab boleh lawan cikgu dan cikgu boleh belah keluar class, macho konon.
Tapi... keseronokan dan kemachoan tu tak lama, ada student mai turut, katanya cikgu TAHIR nak jumpa di bilik guru, berderau darah aku. Aku pun turun dan p ke bilik guru jumpa cikgu Tahir. Dia tengah duduk atas kerusi, aku berdiri betul-betul depan dia. Dia tanya pasai apa aku lawan cikgu Maisarah, baru buka mulut nak jawab, tak sempat jawab pun, paanngggg penampar naik muka, paaannng sekali lagi, lagi sebelah muka kena penampar. Dia bagi aku tambang pi dan balik. Sakit, tebal rasa muka, lekat lima jari sebelah muka, campur dua dah jadi sepuluh jari. Malu rasanya dengan cikgu-cikgu lain yang dok tengok aku, tapi rasa malu tu skit saja, marah dan geram lagi banyak rasanya, nak lawan balik rasa tak mampu, badan aku kecik waktu tu, nak tumbuk dia balik takut kalah, aku cuma mampu dok diam saja. Cikgu Tahir marah aku lebih kurang dan bagi aku warning. Aku terus balik ke kelas dgn hati yang sedih, sayu, marah dan geram dekat kedua-dua orang cikgu ni.
Kemarahan aku tu, lama juga dok ada dalam diri aku ni, sampaikan aku berfikir kalaulah aku jumpa kedua-dua cikgu ni jatuh longkang ke, accident ke, kalau dah nak mati pun aku tak akan tolong. Perasaan tu aku bawa sehinggalah aku dah kerja. Aku marah sangat sebab aku tak mampu nak beli water colour waktu tu, aku orang kampong yang dhaif. Keduanya aku memang tak nak ambil subject tu waktu SRP. Aku ambil subject ugama.
Perasaan marah aku dengan kedua-dua cikgu tu dah tak ada lagi la ni, kalau aku jumpa depa, aku akan minta maaf dan dengan bangga bagi tau yang aku ni adalah bekas anak murid depa.
Selepas kejadian tu, aku terus tak pandang dah subject lukisan ni, tapi terpaksa belajar, apa nak buat. Sampailah sekarang ni, aku tak suka sangat dengan lukisan-lukisan ni. Naik tingkatan 3A, cikgu Zainol ajar lukisan, buat orang lidi. Aku belajarlah sebab terpaksa.
Bagitulah alkisahnya, yang kena rotan, luku kepala, pulas perut, jentik telinga dll tu aku dah tak berapa ingat sangat tapi penampar naik muka tu sampai sekarang ni aku masih ingat.
Inilah kehidupan, pengalaman membuat kita lebih dewasa dan berubah kepada yang lebih baik. Lihat kesalahan diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain. Muhasabah diri.
Cerita Asal: Mohd. Ulwi Hashim. ShahAlam ( Terima kasih MatWee. Kongsi cerita)
Cerita Asal: Mohd. Ulwi Hashim. ShahAlam ( Terima kasih MatWee. Kongsi cerita)
hehe ... panggilan terkenal dari mulut dia " oi beruk makye...", tapi pernah satu petang sy. pening dan sakit perut, cikgu kelas suruh turun rehat kat kantin, cikgu Tahir lalu dan bertanya dgn. nada suara yg. keras,kenapa tak masuk kelas lagi, saya jawab cikgu suruh turun minum.Terkejut saya apabila cikgu Tahir belanja saya minum teh panas dan roti Azan... dan suruh saya rehat saja ptg. tu.
BalasPadamSalam Nan Umaq....hehehehe..roti Azan no...baru teringat...masa tu roti Azan kegha peberit laa noo...lembut dan sedap!
BalasPadam