Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 17 November 2011

Cerita exsmdso 22~Curi alat Bengkel?

 Cerita exsmdso 22 drp 50


Alkisah cerita ni berlaku juga kat aku sendiri masa kita di tingkatan satu 1976 dulu juga la,..masa tu subjek seni perusahaan, kita semua kelaih 1A masa tu kena beratur panjang pi ke bengkel seni perusahaan, jauh dekat asrama nu....
Bila sampai dsana, pakat2 bedak/pecah kumpulan la, aku dan beberapa kawan2 lagi kalau tak silap yang mula dgn abjad A sampai K kena bahagian kerja logam....bila sampai dsana cikgu tak mai lagi, jadi murid2 dilarang masuk ke bilik atau bengkel sehingga cikgu mai, mungkin takut barang2 atau alat yang ada kena gabus atau sapu oleh budak2...jadi pakat dok tunggu la...
Dalam dok tunggu tu pun ada la juga kawan2 kita ni yang agak rajin dok pi jengok dan belek alat dalam bilik bengkel tu, amik main la, tapi bila depa nampak cikgu mai depa lari dan depa lupa nak pi letak balik alat yang depa amik tu kat tempat dia,..jadi aku yang tengok ni kononnya nak tolong la, pi ambik dan letak kat tempat barang tu balik....bila cikgu tu mai yang dia nampak ialah aku...jadi bila masuk saja dalam kelaih dia dah beletiar macam2 dan kata ada orang nak cuba curi barang dalam bengkel sambil dok tengok kat aku...aku yang tak makan cabai pun rasala juga pedaih dia...nak jadi orang baik, sekali lagi dah terkena....
Bila cikgu sudah kenen kita macam tu, walhal kita ni dilatih dan diajaq oleh mak kita tak bagi buat kerja2 macam tu dia cukup terasa la...jadi sejak hari tu aku dah rasa tak syok kat cikgu tu walaupun ramai kawan2 lain cukup selesa dengan dia, dia baik bagi chan anak2 murid dia bawa kereta antik dia round satu padang bola pi tolong buat kerja untuk hari sukan tapi aku tetap rasa tak puas hati...dok teperap juga rasa marah tu, terpendam...
Sekali lagi aku jadi mangsa kerana kenakalan kawan2 aku, mungkin juga aku yang bersalah, awat dok pi rajin sangat...tapi itulah nostalgia yang aku ingat sampai lani...
Cikgu ni aku selalu juga dok jumpa dulu, dia rajin naik gerek ada injin kot batas ban mada belakang Taman Uda lalu kot umah kawan kita Syafi Hj Ali tu..aku pun dah tak marah dah kat dia, tegur dia juga habaq kata aku bekas murid dia...Siapakah aku ni tanpamu GURU...tapi lama juga lani aku tak pernah nampak dia...
Baru2 ni masa minum kat pokok Ceri dgn Dr Ahmad Shaltut, Dr ada bagi tau kata, cikgu ni baru2 ni ada admit kat hospital dan dia rioh nak suruh anak murid dia mai jaga dia, Shal pi la kat dia take care dia,...bukan main seronok lagi cikgu kita ni bila ada anak murid dia take care dia macam tu...
Tulah cerita aku dengan cikgu ni Pak Tuan Syed...
Yang baik dari Allah dan yang tak baik tu mai dari diri aku sendiri...
Wallahuallam...
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Ikhlas : Jamal Nasir (Terima kasih Ir. Jamal Nasir krn kongsi cerita blog ni....kalau ada minta lagi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan