Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 7 November 2011

Cerita exsmdso 20~Arm wrestling..

Cerita exsmdso 20 drp 50

Teringat pula kenangan semasa d Tingkatan 3. Aku ingat masa tu kelas kita tak ada cikgu jadi apa lagi hingar satu kelas. Masa tu aku masih ingat yang Bang Lebai kita tengah lawan tangan (arm wrestling) kalau tak silap aku dengan Fandi unta. Masa tu ramai lah orang keliling meja memberi sokongan dan kita lupa yang bilik guru besar (arwah pak tuan syed) ada di bawah. Masa dok tengah rancak tu aku dengaq bunyi 'bedebop' kat belakang. Aku terkejut ingatkan sapa2 jatuh tapi rupa2nya Mahmud Malim kena hentam belakang dengan pak tuan. Oleh kerana terlampau bising, kita semua tak sedar masa tu pak tuan syed dengan Omar (ketua pengawas-abang Idris)sedang melakukan rondaan. Kesian kat Mahmud. Kalau Mahmud hisap rokok macam Asri dok hisap la ni aku rasa boleh keluar 'gelema' dari badan dia pasal aku rasa kuat pukulan pak syed tu. (Aku mencadangkan supaya kita semua pada malam ni mensedekahkan al fatihah dan berdoa supaya guru2 kita yang telah meninggal mendapat keampunan Allah swt. Amin..)


Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Tn Hj. Yahaya Abd Rahman. Terima kasih kerana kongsi cerita di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan