Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 3 November 2011

Cerita exsmdso 14~ Kebun ayah Kri Saad

Cerita exsmdso 14 drp 50

Tentu kawan-kawan masih ingat kawan kita Sukri Saad orang Telok, Bukit Pinang. Bila musim buah durian, dia akan jemput kita p makan durian di dusun dia. Aku boleh katakan tak pernah tak p. Ramai kawan-kawan yang p makan durian kat dusun dia, kalau tak salah aku Moha, RAR, Azhar Ibrahim, Bae, Bakri, Dr Shal, SukarNo dll pernah p dusun dia di Telok.
Mak dan ayah Kri cukup-cukup baik. Bila sampai di dusun, ayah dia dah longgok buah durian, manggis dan rambutan untuk kami semua makan. Lepas makan, balik rumah mak dia jamu pulut durian lagi, nasi pun ada. Aku masih ingat semua. Dah kenyang mulalah merayau kat kampung tu, zaman tu ada yang naik moto dan ada yang naik gerek.
Ada sekali tu Bae bawa basikal, turun gon pun dia kayuh, macam india baru dapat basikal. Laju jangan kira, apa lagi terbabas, jatuh basikal, menyulur atas batu lada, luka sana sini, tapi yang teroknya tulang tangan dia patah, muka dah pucat lesi. Balik rumah Kri, ayah dia bawa p jumpa tukang urut. Tapi Bae bila balik rumah dia di Langgar, dia p jumpa bomoh urut di Alor Rela (Hj Man Patah).
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Ar. Mohamad Ulwi Hashim. Terima kasih kerana kongsi di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan