Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 31 Oktober 2011

Cerita exsmdso 11~Uji Cikgu

Cerita exsmdso 11 drp 50

 Masa diTingkatan 5sain2 dulu, kelaih kami tu ada jugala beberapa orang kira jaguh juga la macam Kamaruzzaman Sarajol ( LUT), Putra, Man Bashah, Azam dan beberapa orang lagi la...
Cerita dia masa tu period Bahasa Malaysia, kalau tak silap aku cikgu ni cikgu ganti, baru keluaq U mai masok kelaih kami,ajar la dia Bahasa Malaysia...lepaih tu dia tanya sapa2 ada apa2 soalan nak tanya....maka masa tu bangkit la Koperal Kamaruzzaman tanya satu soalan, kalau tak silap dia tanya cikgu tu apa makna.....aku pun lupa juga apa dia tanya tu tapi yang aku ingat berpeluh jugala cikgu tu kena uji dengan sahabat kita ni tak boleh nak jawab,...dengaq kata lepaih kelaih tu menangih juga la dia....Cikgu ni dia ajaq juga la kelaih 5sain3 dll....
Lepaih aku naik Tingkatan 6, aku jumpa lagi cikgu ni...kalau tak silap aku la.. aku dengar jugala dia ada komen bila tengok muka2 yang naik form 6 tu bukan muka2 yang dia sangka akan naik, tapi muka2 wanted yang lain yang dulu rajin dok usik dia masa form 5 ...
Malam tu masa minum kat Pokok Ceri baru Lut cerita pasai apa dia saja nak uji cikgu tu, dia kata cikgu tu adalah mak menakan bekaih makwe dia, dia tak berapa suka Lut kawan dengan anak menakan dia tu (tu cerita dulu ).....hebat jugala kekawan kita ni boleh uji cikgu sampai menangih.....
Itulah satu lagi kenangan yang aku ingat2 lupa,kalau silap tu harap maaf la....

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita asal exsmdso: Ir. Jamal Nasir. Terima kasih kerana berkongsi cerita di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan