Cuba perati ukiran di masjid ni...ada ukiran bercirikan Siam ( Masjid dekat Tobiar, Pendang)
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Jumaat, 2 September 2011
Celaru, Sapa aku nih?....
Balik raya hari tu...aku terpikiaq lagi macam dulu2....tapi aku pon tak pernah la pulak nak selesaikan. Dalam kad Pengenalan dok tulieh bangsa Melayu..tempat lahir Tualang...tempat tinggal/alamat Kg Alor Tebuan. Yg dok heran pasai apa suku sakat aku boleh kata kalau yg dah lajak 40an ke atas tu semua cakap dan tutur bahasa ibunda Siam. Sembang mana2 pon pakai bahasa Siam ni lah....tambah pelek lagi bahasa ni tak dak la pulak huruf tuliehnya dan tak sama pon dgn bahasa org Siam di sempadan nun.
Mana tak pelek kalau di rumah aku tu kami bertutur dua2 bahasa tu bergilir2....dalam rumah tu kami ada 6 orang...mak, pak, abang, aku , adik 1 dan adik 2. Dgn Pak kami semua cakap bahasa Melayu walaupun kami semua tau cakap siam ( mungkin Pak train kami sebab nak masuk sekolah melayu kot). Dgn Mak kami semua cakap Siam...kami 3 beradik cakap Siam tapi dgn adik 2 kami cakap Melayu. Kalau jumpa satu keluarga...menantu2 makpak kami celaru habieh. Puak2 kami ni cakap Melayu kena belajaq lebih pada org yg ngaku Melayu tu. Masuk sekolah baru la nak praktis cakap Melayu...tu pon ada jugak cikgu2 yg balun cakap Siam jugak dgn kami..hahahaha...Datuk, nenek aku tidak lancar berbahasa Melayu (tokwan aku dulu boleh baca tulisan Siam). Malah ramai di kampungku pada suatu masa dahulu iaitu ketika aku kanak-kanak dan remaja., ada di antaranya tidak dapat menguasai langsung bahasa Melayu. Tetapi mereka menguasai bacaan al-Quran macam biasa tiada cacat celanya . Kalau ada cacat dan cela pun masih sama dengan kualiti yang dikuasai orang lain yang fasih berbahasa Melayu. Berbahasa Siam tidak mengurangkan kemahiran mereka membaca al-Quran. Kalau yg pandai dan cekap pon kalu diamati masih ada pelet/telo Siamnya tuh....tak caya mai kita sembang....Tapi laa ni dah nak pupus dah...anak2 generasi X dan Y dah tak tau dah...dah tak diajar...mungkin bila habis generasi last 70an tu....bahasa ni pon ikut habis jugak gamaknya.....Ada sapa2 nak buat kajian?....mungkin ramai puak2 ni yg boleh bantu. Aku takdak jawapan lagi...Kalau ada maklumat baru nanti aku sambong.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
khon ban juan
BalasPadamSalam Tanpa Nama, Khai lau nii...
BalasPadam-Jo klongto... kan ke'BanLing...plai dean lop ban.
Menurut orang tua tua dulu yang pernah aku tanya,depa kata asal usul keturunan kita yang cakap siam ni dari SURATTANI salah satu wilayah di Thailand.cakap pun sama,
BalasPadamDulu yg dok rajin crita asai-usui ni Bang Kasim Kak Bedah ( Kasim Longarq ). Aku ghajin jugak la dok pi langut dengarq crita dia... Alfatihah utk roh dia!
PadamKalau dilihat pada jalur2 sejarah, pengaruh bahasa siam ni adalah dari zaman kerajaan langkasuka dimana jajahan takluknya hingga ke segenting kera. Apabila kerajaan siam menakluk kembali krrajaan kedah, rakyat taklukan langkasuka ini yang memang berbahasa Thai, telah lari tutub ke Selatan. Didapat dilihat, pertuturan bahasa ini jalurnya hingga ke Pdang Rengas, Perak.
BalasPadamSalam Li Mehad. Kalau hang ada pesbuk hang join la grup sejarah realiti negara Kedah. Sebelum perang musuh bisik pu hang bulih tau. Kat Tolang tu pun ada makam kerabat raja dulu2. Adik beradik belah mak aku kat Alork Senibong pun semua speaking. Masa kecik2 kalu pi makan kenuri kok belah tu aku ni dok langut ja la...haram tak paham.
BalasPadamKalau tak pun hang google la cari sejarah realiti negara Kedah.Ada undang2 negara Kedah pun yg baru2 ni dicetak oleh DBP.