Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 9 November 2012

Main Batu Tujuh (Batu Seremban, Batu Selambut...)


Batu Tujuh atau jugak dipanggil Batu Seremban,  juga dipanggil sebagai permainan selambut atau Serembat di tempat-tempat lain. Selalunya dimainkan pada waktu lapang. Permainan ini biasanya dimainkan oleh budak-budak pompuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan ketui batu yang kecil yg dikutip ditepi2 jalan. Batu yg bersegi2 ni akan jadi bulat kerana terlalu lama dimain. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak tujuh bijik, sebab tu dikenali sebagai batu 7.. Tiada gelanggang diperlukan cuma permukaan rata. Biasanya dimain di bawah rumah atau beranda rumah. Pemain akan dikira menang bila telah cukup bilangan spt 100 (biasanya) atau ikut persetujuan pemain lain.

Permainan ada 2 jenis. Satu timbang sampai had yg dipersetujui dan kemudian satu lagi 'pakok' sebanyak separuh bilangan timbang. Timbang adalah menimbang anak batu menggunakan belakang tangan dan menyambut kembali dgn tapak tangan ke atas (bilangan anak batu yg dapat disambut akan dikira) manakala pakok pulak menimbang dgn belakang tangan dan dan menyambut dgn tangan secara menggenggam ke bawah. ( tak paham pon kot no...hahahahaha!)


Yang kalah kena denda. Dendanya kena penampar. Tampar di tapak tangan. Seorang saja yg akan jadi 'pengalah'. Yg lain semua pemenang. "Pengalah' akan menghulur tangan ( macam nak salam tu) dan akan bersedia utk melarikan tangan/elak bila ditampar. Apabila berjaya mengelak sebanyak 3 kali, denda berakhir tapi akan beralih pulak kpd orang berikutnya sehingga habis pemain. Kalau 5 pemain, maknanya 4 kali lah kena denda dgn mereka yg menang.....pedih woo!!

9 ulasan:

  1. Aku suka main congkak guna buah getah.kadang tu kena pi cari buah getah sampai Ban Juan.naik gerek;jauh tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Sapa ni. Awat tak tulieh nama sikit. Bolehla kenai. (macam dok sembang dlm gelap saja aih..Takpa kotno!)

      Padam
    2. Aku ni kawan hang la,hak sama sama dok naik gerek dalam gelap malam dulu tu.hang tuleh la pasai tangkoi Nyang Li depan pintu ayag tu pula.dalam slot kisah dulu dulu.

      Padam
    3. Oooo..hangka,.Aku dok rasa pon lagu tu...pasai dulu ada hang cakap... Crita tangkoi tu cuba hang tulieh mai sat..lepaih tu aku sambung la... Hang tau ka, ari tu aku dah tulieh nak cari kawan aku yg dok p semayang gharib naik gerek tu,.. tak jadi post lagi pon...bukan apa takut2 ada yg tak setuju...hahahaha

      Padam
    4. Kalau hang ghajin dok tulieh sini...syok jugak aku... boleh jugak la tau perkembangan hang sana.... TQ no.
      Kiyan wai....hahahaha. Kin kaw jamdip.. aroi!

      Padam
  2. ketoi batu segi segi,sampai jadi bulat haha....

    BalasPadam
  3. Tankoi ketam nipah guna buluh ka besi? syok gak ni ayaq mati caqi ketam pekpaq pulak jommm hahaha

    BalasPadam
  4. Tangkoi kat tanjung dawai

    BalasPadam