Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 30 November 2011

Cerita exsmdso 35~Gelinte Kuku

Cerita exsmdso 35 drp 50
Kopiah putih...Ir. Jamal

Cerita ni mulanya masa aku dan kawan2 aku berada di dalam tingkatan 2B 1977, masa tu kalau tak silap kami ni geng dok bahagian belakang dan separuh belakang,Tok Guru kami masa tu kalau tak silap Shukri Mat Zain.....
Masa tingkatan 2 tu ada satu cikgu cina, Mrs Leong kalu tak silap, dia ni pakai seksi ajaq matematik, kita masa tu baru baliagh, mana boleh tahan dok tengok sangat...hang tengok aku, aku tengok hang , sekali dengan Tuan Presiden (tukang supply buku) kita sekali la, dia pun kira salah sorang Tok Guru juga ...
Tok Guru shukri pakat ajaq kami, dia kata bila cikgu seksi tu masuk mai ajaq kita tulih kat depan, kita pakat gelinte kuku ibujari dan niat kata macam gelinte ...... cikgu tu la, pastu kita pakat2 tengok la apa reaksi cikgu tu,....
Rasa aku la, menjadi juga ilmu Tok Guru bagi tu pasai masa cikgu tu mengajaq dia nampak gelisah semacam saja, tak senang nak mengajaq, mengeliat lepas tu bila selesai tulih di papan hitam, dia minta excuse nak pi bilik air sat.....kami geng belakang ni pakat senyum saja la......
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Tn Ir. Jamal Nasir.  Perunding VE Sdn. Bhd. Terima kasih kongsi cerita..

Cerita exsmdso 34~Team Bola Spurs 2

Cerita exsmdso 34 drp 50
Pakai kain pelikat..Ir. Jamal
Nostalgia ni masa aku dudok d Tingkatan 2B bila terjunam jatuh dari 1A dengan beberapa kawan2 aku yang lain.. macam pak ya,meli dan beberapa orang lagi la...
Duduk di tingkatan 2B ni yang syoknya ialah bila mai period pendidikan jasmani, pakat bederu lari pi padang hoki nak main bola, kelaih kami waktu tu kira hebat juga la pasai ada Apek, Asri Mat Zain, Man Salim, Izham Khalil, Aziz, Pak Ya dan beberapa orang lagi la kaki bola ni...
Syoknya kami tubuh pasukan kami masa tu, pakat pi pakat mai nak boh nama apa, last sekali man salim cadang boh nama ..`Spurs 2 '..pasai masa tu team Totanham Hotspurs tengah dok naik, jadi pakat setuju la boh nama tu, kira pulun la mai belatih tiap2 hari sabtu pagi pakat pulun di padang hoki, aku yang dok kampong pun pulun mai,bubuh baju dengan kasut pa dalam bag, orang ingat kita nak pi study la, naik baih free pasai pakai kad bulanan, turun mai kat simpang jalan day, jalan kaki pi sekolah pulun belatih...lepaih tu tumpang gerek pi umah Man Salim, mak dia belanja laksa, kadang2 kerabat gerek pi umah Izham Khalil pekena Nasi sekali, masa tu nak pi umah Izham kena naik perahu tambang, titi tak dak lagi..tengahari baru naik baih balik kampong...
Aku ingat lagi kami masuk leg bola yang geng man salim buat kat padang sekolah kita..Spurs 2 jadi Johan...aku tumpang sekaki la partner dengan Asri Mat Zain jadi right back..syok masa tu bukan pikiaq apa sangat...
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.

Cerita Asal: Ir. Jamal Nasir. Engineer di  Perunding VE Sdn. Bhd. Terima kasih kongsi. Lamadah dok bertungkuihlumuih dgn jln ketapi letrik AS-Bworth tu...bila nak siap ni...

Cerita exsmdso 33~PakNon Rashid Terkena

Cerita exsmdso 33 drp 50

KENANGAN DI BRUNEI
Asri (kanan) di tugu minyaknya...

Kisah ni kalau tak silap aku berlaku semasa berada dalam tingkatan 5. Cikgu Pak Non Rashid pada masa tu adalah Guru Pengawas sekolah kita. Dia akan buat meeting untuk semua pengawas pada waktu habeh class 1-2 minggu sekali bergantung pada keadaan. Yang baguihnya setiap kali sebelum meeting dia bagi motivasi dulu pada kami semua agar dapat mengekalkan disiplin yang tinggi disamping dapat menjaga nama baik SMDSO.

Pada suatu hari (semasa dalam meeting), seperti lazimnya dia telah bermotivasi sebagaimana berikut, " Saya akan menyokong 100% semua tindakan yang diambil oleh pengawas-pengawas walaupun kadang-kadang berlaku kesilapan semasa menjalankan tugas"...... dan macam-macam lagi. Hari tu bersemangat sungguh dia memberi ucapan yang berupa motivasi kepada kami. Agenda seterusnya dalam mesyuarat hari tu, beliau telah mengumumkan nama-nama yang telah dipilih untuk dilantik menjadi pengawas yang baru di sekolah kita. Kesemua nama tersebut ditulis oleh beliau dalam sekeping kertas (dipercayai pemilihan nama-nama baru ini juga dibantu oleh ketua pengawas kita waktu tu..). Beliau seterusnya memberitahu nama-nama yang telah diumumkan akan di lantik menjadi pengawas yang baru pada hari perhimpunan. Semua pengawas-pengawas setuju dengan senarai nama yang dicadangkan kecuali aku.

"Boleh saya tengok senarai nama yang ada kat chegu tu"? Beliau seterusnya menghulurkan kertas yang mengandungi senarai nama yang dimaksudkan kepada aku. Aku ambik pen dan potong 4-5 nama (semuanya CINA) dan gantikan dengan sahabat-sahabat kita (semua MELAYU) termasuk MOHA. Semua pengawas yang lain rasa heran, ada jugak yang kata aku nak mampoih dah lepaih ni dengan Pak Non Rashid. Lepaih tu aku bagi balik senarai tu dekat Pak Non Rashid. Dia terus tanya aku pasai apa aku cancell 4-5 nama dan ganti dengan nama yang lain termasuk nama MOHA. Aku kata kat dia, "Kan chegu dah kata tadi chegu akan sokong 100% setiap tindakan yang dibuat oleh Pengawas walaupun kadang-kadang kami buat silap"....... Aku rasa masa tu dia dah "terkancin gigi" tak tau apa nak jawab.....seterusnya memberitahu, "Inilah yang saya mau, seorang yang telah dilantik menjadi pengawas mestilah ada sifat berani dan sikap ini mestilah dicontohi oleh semua pengawas yang lain". (Aku rasa dia memang nak cover line punya niii..)
Dalam hati aku kembang jugak bila kena puji terutama depan pengawas yang lain.

Lepaih meeting semua pengawas bersurai, aku disuruh tunggu kononnya ada hai yang hendak dibincangkan. Hangpa tau apa kata Pak Non Rashid kat aku? "Hang ni betoi-betoi buat malu aku", lain kali hang jangan dok buat dah perangai macam ni dalam meeting", aku terus mengaku dan mintak maaf lepaih tu terus balek. Dalam hati aku, mentang-mentanglah bini dia CINA, ramai sungguh nama-nama CINA dia boh dalam senarai tu. Pasai tulah aku pi potong 4-5 orang ganti dengan nama MELAYU.

Masa tu hangpa tau laa, sikap perkauman kita amat tebal dan macam kata Cik E, nak buat apa pun mana pikiaq panjang, main boh saja........

Pasai ni jugaklah MOHA sahabat aku dapat jadi PENGAWAS SMDSO dan aku amat bangga dapat berbuat demikian.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Ir. Mohd Asri. Brunei DS.

Selasa, 29 November 2011

Cerita exsmdso 32~Asri pekena Pak Non Rashid.

Cerita exsmdso 32 drp 50

Aku bukan lah pelajar yg outstanding…senyap, penakut pun ada…takut langgar peraturan sekolah. Tp suatu pagi sebelum perhimpunan Asri mai kelas aku, dia kata Pak Non Rashid pilih aku jd Pengawas sekolah, satgi nama hg depa panggil hg p terima ‘Neck Tie’. Aku kata aku tak mau jd. Dia kt nama dah naik, x boleh tolak. Aku ingat dia klentong…tp dlm perhimpunan betoi nama aku kena panggil…dan aku jenis x brani ni. P naik jg lah ambil ‘Tie’. Perasaan aku bercelaru macamana nk bg tau bapa aku…pasai nk kena kluaq blanja tambahan…kena beli kasut hitam, baju biru, seluar putih.

Dalam hati aku kata….Dajai Asri pekena aku hari ni jd Pengawas sekolah. Nanti member semua benci aku tak mau dok dekat takut kena tangkap. Sedangkan aku bukan berani nk tangkap orang…badan pun sekeping aje. Rupanya dia bukan pekena aku sorang…dgn Cikgu Pak Non Rashid pun dia pekena…dia citer apa pasai aku tak taulah sampai Pak Non Rashid termakan ‘HASUTAN’ dia…

Akhirnya, setelah sekarang barulah aku perasan…sifat dia ‘Convincing Power’ terserlah dlm kerjayanya harini…Hg mmg terra ‘convince’ org. TAHNIAH PENGIRAN ASRI.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: En. MohaRazif. Penemu EmSea Marketing Sdn. Bhd.

Cerita exsmdso 31~Chanan Din kena buli..

Cerita exsmdso 31 drp 50
Moha
  Aku selalu balik lewat…kadang2 lepak umah Asri bersama Chanandin…main bola bwh umah dia. Asri selalu buli Chanan. Aku makan nasi ‘sia’ (mangkuk tingkat) kat umah dia pasai mak & ayah dia keje. Rupanya ayah dia Cikgu Mat kawan bapa aku…cikgu juga. Aku selalu studi dgn dia kt bilik blkg umah dekat dapur…p tuisyen pun sama-sama (Cikgu Fuad).

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal. En. Moha Razif. Penemu EmSea Marketing Sdn Bhd.

Sabtu, 26 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433




HIJRAH haruslah difahami sebagai 
berpindah 
dari suatu keadaan tidak baik 
kepada keadaan yang lebih baik.

Kenduri Cukur Rambut


Hari     : Jumaat 25 Nov 2011
Waktu :  8.30 pg-4.00 ptg
Lokasi : Lorong Damai, Kepala Batas

Perihal : Majlis Kenduri Cukur Rambut 'orang baru'

Nampak makpaknya seronok. Wan dan Tok  gembira...senyum memanjang. Tok Wan dan Tok Nek lagi bergembira kerana dah bercicit lagi. Tetamu2 lagilah gembira. Lepas sedikit doa selamat dan cukur rambut 'orang baru', dijamu dgn nasi daging cicah ayaq asam. Kerabu pucuk betik. Gulai ikan Talang Nanas. Gulai ayam+kentang. Air sirap sarsi. Selamat menjengah dunia buat Muhammad Nadim Kauthsar.

Jumaat, 25 November 2011

Pistol Jari Basikal

Pistol Jari Basikal popular pada masa budak dahulu.  Bahan yang diperlukan ialah jari basikal, kepala skru jari basikal, paku saiz setengah inci, getah urat dan belerang kepala batang mancis. Caranya dimasukkan belerang mancis yg dikupas ke dalam lubang kepala jari basikal. Setelah hampir penuh masukkan paku ke dalam lubang tersebut. Selepas itu diketuk seperti menukul paku. Ianya mesti diketuk di atas batu atau simen supaya ianya meletup. Bunyi seperti bunyi pistol jugak laa..KLIK SINI

Khamis, 24 November 2011

Sekolah Tempat Mula Baca Tulis

Sekolah Kebangsaan Tajar


Sekarang
Pintu masuk

Tahun 70an...bangunan rendah yg selalu kena bah.


Sekolah Umum Tajar..1930

Batch Pertama.


Bermula pd tahun 1930. Dulu diberi nama Sekolah Umum Tajar..lepas tu nama Sekolah Melayu Tajar. Masa tu kelas dewasa.....Lepas tu lepas merdeka dapat bangunan kayu yg macam bangsal tu (tiada la pulak jumpa gambar) dan nama ditukar ke Sekolah Kebangsaan Tajar. Lepas tu tahun 70an dapat lagi bangunan batu tingkat2 tu, ubah nama lagi ke Sekolah Rendah Haji Idris...kemudian menjadi Sekolah Kebangsaan Haji Idris...kekal sampai sekarang.

Kenduri dulu-dulu




Inilah masa nak rasa lauk daging....kalau tak tunggu raya saja laa
Inilah masa nak makan lauk ayam- org kampong dlm pakatan pakat2 bawak ayam sorang sekoq.

Yg perempuan bawa sia yg diisi dgn gula atau beras. Balik nanti ada laa balas. 
Aku dulu memang tunggu nasik sia ni.

Rabu, 23 November 2011

Semangat Padi

jelapang MakTeh Isau.

Cerita dulu2 - Zaman padi semusim. Masa ni semua masih tradisional. Bendang dikerjakan dgn kudrat manusia dan kerbau. Ini dulu, sekarang dah pupus dek zaman dan kefahaman mengenai Islam yg menolak dgn sendirinya upacara seperti ini. Konon nak minta semangat padi terus kekal untuk menghuni jelapang. Dibuat pada hujung musim dan selalunya bila hasil tuaian telah mula merosot.
       Mula2....ditanda kawasan tu dgn menyelak perdu padi jadi macam lorong utk memisahkan antara padi pilihan dan yg bukan. Selalunya adalah dlm 50 perdu gitu. 3 hari lepas tu, tuan bendang pi laa ketam beberapa tangkai padi tu dan diletakkan di atas seperdu padi yg disimpul kemas. 3 hari lepas tu padi yg diletakkan itu dibawa balik dgn berkelubung kain sambe menyebut2 minta semangat padi ikut balik. Masa berjalan balik tu pantang tak boleh bertegur dan bercakap dgn sesiapa pon sampailah ke jelapang untuk menyimpan padi tersebut. Padi itu diletakkan betul2 ditengah2 jelapang. Padi yg selebihnya tu diketam seperti biasa dan disimpan saja untuk menjaga semangat jelapang...Berkesan ke tidak, tak tau laa pulak.

Mualaf minta ehsan


Dulu ada satu makloh Cina....satu tahun ada laa 2 3 kali mai rumah. Semua rumah dia pi. Bawa satu karung kain bekas tepong. Setiap rumah yg dia singgah,...lepas bagi assalamualaikum!..dia akan mula baca Surat AlFatiha dari awai sampai abih dgn telo dialek Cina dia. Habis baca AlFatiha dia akan tunjuk praktikal cara2 ambek wuduk, lepas tu dia buka karung beras dan huloq mai kat kita. Masa tu mak aku tuang laa secawan beras kat dia. Dia minta sedekah beras saja. Org kampong pulak ada petua...kalau nak sedekah beras tu jgn tuang bagi habis beras dlm cawan tu, kena bagi tinggai sikit sisa...kot2 lain kali dia mai boleh sedekah lagi...alhamdulillah rezeki tak pernah berkurang. Dengaq ceritanya makloh di orang Pekan Langgaq.

Selasa, 22 November 2011

KENDURI KAWIN DULU vs KENDURI KAWIN SEKARANG


nasi apollo

Dulu masak gotong royong di kedohok
Laa ni masak pakai "katering"entah dr mana  
Dulu mai kenuri bawa sia tingkat
Laa mai kenuri bawa "angpau"

Dulu makan beridang
Laa makan ala burfe/ala carte
Dulu dok balai makan bersila
Laa dok khemah makan berkerusi meja

Dulu kenuri sehari semalam
Laa ni kenuri jam 11 sampai 5 petang
Dulu sanding 5 pagi
Laa ni sanding 1 tengah hari

Dulu pakat bawa bahan mentah serba sikit
Laa ni adik beradik pon payah nak huloq
Dulu balik tuan kenuri sedia bunga teloq
Laa ni macam2 dah penoh satu beg
Dulu ada jiran sekampong hantaq kuih bertalam2
Laa ni sendiri buat laksa dgn buboq kacang
dulu takdak sapa2 bagi surah Yaasin...



Isnin, 21 November 2011

Cerita exsmdso 30~ Cikgu Mad Baharin kata," Gila...,"

Cerita exsmdso 30 drp 50
Asri Ahmad, Moharazif

Aku kelas Sains 1 dan Asri Ahmad kelas Sains 3. Kita ada sorang lg Asri Md Zain kelas Sains 4. Tp aku mula ghapit dgn Asri Ahmad ni waktu tingkatan 3A…pasai main bola kecik. Aku mmg geng belah dia. Bae pun…lwn geng Mie Tokwan, Shafi, Lut dll yg dah x ingat…Pasai bola kecik ni banyak kenangan. Berebut gelanggang dgn geng satu lg…KUDA & the Gang. Asri slalu lari kluaq kelas dulu lah nak book padang. Aku simpan bola seghalat. Slalu kena marah dgn mak pasai kasut cepat huih…tp lani game ni dah di iktiraf dunia dan dinamakan FUTSAL, Cuma dulu bola kami terlalu kecik sampai aruah Cikgu Mat Bahrin kt kami gila…lari sana, lari sini ligan bola kecik…org tgk x nampak bola. Depa ni ligan menatang apa tak tau.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal. Tn. Moha Razif. Penemu EmSea Marketing Sdn Bhd. Terima kasih tuan.

Cerita exsmdso 29~ Hakim for Skodeng.

 Cerita exsmdso 29 drp 50

Semasa kelas 3A, waktu yang paling sibuk adalah waktu pagi sebelum mula kelas waktu pertama. Bagaikan pasar ikan.

Ada yang bersendirian

Ada yang kerumun keliling meja

Ada yang sapu sampah

Ada yang cuci tingkap

Ada yang tiru homework

Ada yang jadi hakim

tetapi hampir tidak ada yang study

Yang kerumum keliling meja itu biasanya membawa berbagai cerita. tetapi ada juga yang kerumun tu tengah dok salin homework daripada kawan-kawan yang rajin, biasanya yang satu buku disalin oleh 4 ke 5 org. Antara yang rajin buat homework ialah Dr Shaltut, Idris, Ikram Mat Saad, Ir Asri, Moha, Chanan. Aku termasuk dalam golongan penyalin.

Golongan yang menjadi hakim pula BERKUMPUL di koridor belakang memerhati cikgu turun kereta dengan pelbagai pakaian. Masa itu cik gu mana ada yang pakai tudung. Sapa yang selalu buat kerja ini tentu ingat.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Asrologer Tn. Abd Majid bin Abd Wahid (Prof,.)


Ahad, 20 November 2011

Cerita exsmdso 28~ Penaboh 100lb Anthony Sibert.

 Cerita exsmdso 28 drp 50
kiri- Tn Abd Majid.
Cerita yang menarik semasa kelas 2A ialah cerita kawan kita Nawidin yang tukar mai kalau tak salah aku dari Perak dengan perniagaan kasut penthernya, yang mana banyak yang terkena tapi aku tak terlibat kerana aku tak ada duit.

Aku pi sekolah bawa 2 kupang sahaja macam mana nak bagi duit kat dia.

Ulwi,
Cikgu Tony ni, banyak kali juga aku kena dgn dia pasai terlebih pandai BI, semua gila kata dia. Dia tabuh bunyi saja kuat, sakit tak macam mana pun. Murid-murid takut dgn dia ni, SukarNo lari p sek teknik sebab takut dgn dia ni. Waktu kelas dia Asri jadi ketua kelas, kena p turut dia kalau ada kelas dia. Kalau mai lambat, jangan ketuk pintu, terus masuk dari pintu belakang dan duduk diam-diam, dia tak marah. Kalau ketuk pintu nak masuk, dia nanti jerit GILAAAA, come here, terus tabuh dgn penumbuk 100 paun dia. Kadang-kadang tu ada murid dari kelas lain yang mai ketuk pintu nak buat pengumuman waktu dia tengah mengajar kami, memang kena jerit GILAAAA dgn dia punya, silap-silap haribulan kena tabuh pula dgn dia.
Student kesayangan dia Asri dan Ikram, depa dua ni kira handallah BI dalam kelas. Yang lain tu macam aku juga termasuklah juri awam kita Limehad. Ramai yang kena dengan dia, aku ingat Zahari Zainol (E Pak Non) kena panggil p depan, tak boleh jawab soalan dia, dia jerkah GILAAA terus tabuh tengah belakang, terhoyong hayang E Pak Non, pucat lesi muka. Bila ingat-ingat balik tergelak aku.
Cikgu Tony ni nama penuh dia Anthony Sibert. Perkataan GILAA memang kegemaran dia, rasanya kalau dia tak sebut gila dalam satu hari, dia sendiri yang jadi gila.
Pada aku dia ni baik cuma dia ni kuat gempar, sebab tu murid takut dgn dia. Dia tabuh tengah belakang tu taklah sakit sangat, bunyi saja kuat sebab dia kembungkan tapak tangan. Aku tau la sebab banyak kali juga aku kena. Limehad, hang besa kena dak, kalau besa kena tu ceritalah sikit.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: Astrologer Abd Majid Abd Wahid. "Terima kasih Tn. Prof.",kongsi cerita.

Cerita exsmdso 27~ Topeng Cikgu Maisaroh

 Cerita exsmdso 27 drp 50
Kiri sekali-Tn Abd Majid

Bila baca cerita kawan-kawan, terpanggil juga nak tumpang tulih. Cerita Mat Wee pakai topeng tu, pada masa yang sama aku pun kena juga dengan Cik Gu Maisaroh.

Antara Subjek yang aku paling meluat adalah lukisan. Hari tu Cik gu Maisaroh suruh lukis topeng. Oleh kerana tak minat aku lukis cincai saja dan sudah awal. Jadi aku sudah tak ada kerja, oleh kerana kertas lukisan tu besar, topeng sebesar muka sahaja, jadi aku ambil berus contiang tepi kertas lukisan.

Bila Cik gu Maisaroh tengok aku dok saja. dia tanya sudah dak lagi. Diminta aku bagi kertas dekat dia. Bila dia tengok kertas ada contiang dia marah, dia suruh aku pakai topeng dan berdiri atas kerusi. Tapi aku berdiri dalam kelas.

Cik gu Maisaroh ini adalah isteri kepada Cik gu Zul. Cik gu Zul baru sahaja meninggal. AlFatehah..
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita asal : Astrologer Abd Majid Abd Wahid."Terima kasih Tn. Prof.", kerana kongsi cerita.

Sabtu, 19 November 2011

Cerita exsmdso 26~Wig PakTuan Syed Seni Perusahaan

 Cerita exsmdso 26 drp 50
Geng Di Skudai, JOHOR.
Tn. Ramli dan Tn. MK.

" Semua orang ingat kot Pak Tuan Syed Mansor ada volkswagen (?) jeep rugged terbuka (yg tak ada dinding) dan bumbung kanvas saja.

Dia mai sekolah pakai kereta rugged ni.

Bawa kereta boleh tahan laju juga dalam kawasan sekolah.

Pak Tuan syed kita ni juga rambutnya kurang sangat-sangat. Rasanya ada satu ketika tu, dia pakai rambut palsu (wig).

Jadi, nak jadi cerita pada satu hari, dia tengah memandu kereta tu dalam kawasan sekolah, sikit punya laju rambut palsu wig dia tu tercabut sikit... nasib tak melayang....

kelam-kabut dia tekan brake, berhentikan kereta dan perbetui rambut dia...

dia sempat juga toleh kiri-kanan tengok sapa yang nampak...

Rasanya ramai juga pelajar-pelajar yang ternampak insiden tu..."
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.

Cerita Asal: Ir.Mohd. Khir Mohamad, Chairman, IEM Southern Branch,( Terima kasih kongsi cerita exsmdso)

Cerita exsmdso 25~Penampar Cikgu Tahir.

Cerita exsmdso 25 drp 50.
Matwee (baju hitam) semasa diBrunai DS

Bila baca cerita LanSiam tentang cikgu-cikgu tu, aku teringat satu alkisah. Tahun 1977, waktu tu dalam kelas 2A yang aku ingat, masa mata pelajaran lukisan, cikgu Maisarah cutting sempoi gurunya. Aku tak berapa minat sangat mata pelajaran lukisan ni dari dulu-dulu lagi.
Pada hari tu, aku tak bawa water colour, memang aku tak ada pun water colour, tak pernah beli, sebab aku tak mampu beli. Kena berdiri atas meja, mula-mula dalam class. Aku macam protes dia sebab rasa tak puas hati, aku memang tak ambik subject tu dlm SRP. Cikgu Maisarah naik angin, dia suruh aku angkat meja ke kerusi (tak berapa ingat) letak di luar class depan pintu depan. Dia bagi topeng yang murid-murid buat, suruh aku pakai dan berdiri atas meja di luar tu. Berdirilah aku sampai habis mata pelajaran tu. Murid yang lalu dekat class tu tengok aku semacam saja. Rasa malu adalah, tapi sikit saja, yang banyaknya rasa geram dekat cikgu tu.
Bila class habis aku kena angkat meja tu bawa masuk balik dalam class, waktu nak letak meja tu, aku lepas geram, aku hempas atas lantai saja, bunyi berdentum, terkejut cikgu maisarah sampai terjatuh barang yang dia pegang. Dia mai dekat aku, marah dekat aku, aku lawan cakap dia, dia lagi marah, aku lagi kuat lawan cakap dia. Dia terus keluar class. Puas hati aku, geram dah boleh lepas, mulalah rasa seronok dan bangga diri sebab boleh lawan cikgu dan cikgu boleh belah keluar class, macho konon.
Tapi... keseronokan dan kemachoan tu tak lama, ada student mai turut, katanya cikgu TAHIR nak jumpa di bilik guru, berderau darah aku. Aku pun turun dan p ke bilik guru jumpa cikgu Tahir. Dia tengah duduk atas kerusi, aku berdiri betul-betul depan dia. Dia tanya pasai apa aku lawan cikgu Maisarah, baru buka mulut nak jawab, tak sempat jawab pun, paanngggg penampar naik muka, paaannng sekali lagi, lagi sebelah muka kena penampar. Dia bagi aku tambang pi dan balik. Sakit, tebal rasa muka, lekat lima jari sebelah muka, campur dua dah jadi sepuluh jari. Malu rasanya dengan cikgu-cikgu lain yang dok tengok aku, tapi rasa malu tu skit saja, marah dan geram lagi banyak rasanya, nak lawan balik rasa tak mampu, badan aku kecik waktu tu, nak tumbuk dia balik takut kalah, aku cuma mampu dok diam saja. Cikgu Tahir marah aku lebih kurang dan bagi aku warning. Aku terus balik ke kelas dgn hati yang sedih, sayu, marah dan geram dekat kedua-dua orang cikgu ni.
Kemarahan aku tu, lama juga dok ada dalam diri aku ni, sampaikan aku berfikir kalaulah aku jumpa kedua-dua cikgu ni jatuh longkang ke, accident ke, kalau dah nak mati pun aku tak akan tolong. Perasaan tu aku bawa sehinggalah aku dah kerja. Aku marah sangat sebab aku tak mampu nak beli water colour waktu tu, aku orang kampong yang dhaif. Keduanya aku memang tak nak ambil subject tu waktu SRP. Aku ambil subject ugama.
Perasaan marah aku dengan kedua-dua cikgu tu dah tak ada lagi la ni, kalau aku jumpa depa, aku akan minta maaf dan dengan bangga bagi tau yang aku ni adalah bekas anak murid depa.
Selepas kejadian tu, aku terus tak pandang dah subject lukisan ni, tapi terpaksa belajar, apa nak buat. Sampailah sekarang ni, aku tak suka sangat dengan lukisan-lukisan ni. Naik tingkatan 3A, cikgu Zainol ajar lukisan, buat orang lidi. Aku belajarlah sebab terpaksa.
Bagitulah alkisahnya, yang kena rotan, luku kepala, pulas perut, jentik telinga dll tu aku dah tak berapa ingat sangat tapi penampar naik muka tu sampai sekarang ni aku masih ingat.
Inilah kehidupan, pengalaman membuat kita lebih dewasa dan berubah kepada yang lebih baik. Lihat kesalahan diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain. Muhasabah diri.
Cerita Asal: Mohd. Ulwi Hashim. ShahAlam ( Terima kasih MatWee. Kongsi cerita)

Jumaat, 18 November 2011

Cerita exsmdso 24~ Tuan Syed Seni Perusahaan.

Cerita exsmdso 24 drp 50
Nii pasai Cikgu Pak Tuan Syed kita. Tahun lepas banyak kali jugak dia masuk bilik bedah. Masaalah batu karang dalam buah pinggang dan saluran kencingnya. Alhamdulillah dah settle lepas 3-4 kali pembedahan. Itulah setiap kali masuk dewan bedah dia mau anak murid dia yang bagi bius dan jaga dia. Alhamdulillah kerana dapat berbakti kepada seorang guru.
Mungkin kawan-kawan ingat masa Form 3 dulu Pak Syed ada bagi soalaan percubaan SRP seni perusahaan. Dia kata akan bagi hadiah kepada mereka mereka yang mendapat markah tertinggi. Tertunggu -tunggu jugak hadiah apa yang Pak Syed nak bagi...rupa-rupanya PISANG..Kalau tak silap pisang bunga dan pisang tu pulak yg ditanam didepan rumah dia. Dah tuu seorang sebiji saja..Hampeh. Seni perusahaan ni favourite ahli astrologi kita..Pak Majid..segala pahat, ketam semua dia tau..patutlaa la nii dok kontrol mesin cetak...Nota: Pak Majid toke Percetakan Siaran A/S..
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal : Dr. Ahmad Shaltut Othman, Const. Intensivist, Department of Anaesthesia & Intensive Care, Hosp.Sultanah Bahiyah.
Terima kasih Dr., kerana kongsi cerita di sini.

Cerita exsmdso 23~Halim dpt gelaran Pak Aji

 Cerita exsmdso 23 drp 50.
Baju Kunin-Halim Pak Haji


BAGAIMANA HALIM DAPAT GELARAN PAK HAJI
Aku kelas Sains 1…bukan pasai pandai pun. Pi kelas masalah aku suka mengantuk…leena. Lainlah Bae dan Art Pak Ein (Azhar Ibrahim). Cikgu kelas kami…cikgu Mat Ghani. Dia selalu bagi perhatian kepada depa dua orang tulah. Aku duduk sebelah Thanasegaran, depan aku Azim dgn Bae, belakang aku Halim Pak Haji dgn Shukri Md Zain (Lubok Merbau).

Boleh kata tiap hari ni..HPH suka dakwah…maklumlah dia mai dari Daerah Yan, Sg. Limau…citer pasal solat dan agama. Secara jujur aku banyak terkesan dengan dia…dan aku lekat sembahyang pun pada ketika tu hasil bersembang dgn dia.

Satu hari, HPH bagi cadangan kita pakai ketayap lebai mai sekolah. Aku tak jd pengawas lg waktu tu. Aku dengan Art Pak Ein sambut cadangan tu. Dan kami pun nekad esok nk pakai lebai mai sekolah. (Razali Lebai Awang…Bang Bai pun tak pakai lebai mai sekolah)

Esok tu aku pun bawalah lebai putih yg boleh lipat tu…pagi-pagi seghelom atas kepala rasa malu pun, ada segan pun jugak. Maklumlah budak-budak pompuan dok tengok…Suzana, Zakiah, Salmah, CT Mariam, Che Tom dsbnya. Tiba-tiba HPH sampai kat kelas bukan setakat pakai lebai…rupanya dia balun SERBAN. Lega aku. Taklah segan sangat. Kami 3 orang pun selamba je jd Tok Lebai dengan Tok Haji waktu tu…

Entah waktu bila…ketika mana pun tak tau. Tiba-tiba cikgu disiplin, Pak Non Rashid lalu kut kelas kami…kelam kabat aku dgn Art Pak Ein lipat lebai masuk poket. HPH selamba je buat tak heran.

Pak Non Rashid masuk dia panggil…’Mana yg td pakai lebai mai keluaq depan…’ Bila kami sampai dekat dia…dia tanya ‘Pakai lebai buat apa?’ Aku dgn Art Pak Ein jawab ‘Takdak cikgu saja jaaa…’ Dia tanya HPH lak…HPH tegas jawab memang dia nk pakai. Nu semua kelas dok tengok…Pak Non Rashid kata kalau macam tu pakai sampai tamat sekolah. HPH sahut cabaran tu dgn mengenakan SERBAN sepanjang persekolahan & sejak itu kami panggil dia HALIM PAK HAJI….

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asal: En. Moha Raziff. CEO EmSea Marketing Sdn Bhd,..Terima kasih kerana kongsi.