Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Musim Timur


Jernih dan suam....sekarang tidak lagi.
Inilah sungai yg selalu aku terjun tiruk tu..


Org kampung aku pangge musim timur pasai angin bertiup dr timur. Kalau ikut belajaq Geografi dulu masa ni Cg Zalilah kata musim monsun timurlaut. Angin ni bertiup pd bulan Nov-Mac........Selalunya waktu ni cuaca kering...Angin timur...ayaq sungai jadi jernih dan berasap waktu pagi2....angin yg sangat kuat dan sejuk. Pi sekolah rajin mandi sebab ayaq sungai panas suam. Walaupon musim lain jarang mandi. Tak lama lagi sampai la musim timur ni.

.Kalau zaman 60an-70an dulu masa ni orang kampung tak buat padi sebab musim kemarau. Tapi laani dgn ada MADA....ayaq depa pam sepanjang masa, boleh tanam padi 5X 3 tahun....Ayaq dok ada selalu dlm bendang. Ni aku nak nostalgia ayaq sungai aloq depan rumah makpak aku masa musim timoq ni. Masa ni semua nampak macam berubah. Ayaq sungai yg keroh boleh jadi jernih...jernih sungguh2, biru. Bukan musim timoq keroh kuning. Dulu kalau pagi2 ayaq sejuk, musim ni ayaq dia suam2...pagi2 nampak berasap. Sapa2 yg ghajin tahan taut di sungai masa ni depa rehat...ikan tak makan taut. Angin pon tak sepoi2 bahasa lagi dah. Menderu2 macam dok tepi laut. Tengah hari pon sejuk. Yg tak besa pakai baju. Musim ni kena cari baju. Kalau nak ukoq sejuknya tahap mana.....sampaikan minyak nyoq dlm botoi boleh beku macam lilin....minyak goreng dlm belanga jadi kepala.

Masa ni yg gila wau mulalaa buat wau, yg tak reti buat, pi laa beli wau kelawaq tu....musim ni jugak ada laa lawan wau terbang.  Tapi....laani walaupon ada musim timoq, ayaq aloq tu dah tak jernih dah, ayaq bendang dah lepas masuk sini. Dulu boleh juga la mandi terjun tiruk, laani nak cebok pon dah tak lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan