Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 3 Oktober 2011

Gagau Ikan Musim Mengerat Padi..

Gagau jgn tak gagau....jaga2 ulaq tu!

Musim menuai/mengerat padi selalunya meriah pd masa dulu. Kalau laa ni pakai mesin padi (jentuai), sat saja 5, 6 relong siap. Tuan bendang tunggu saja ddepan rumah, toke mesin mai hantaq duit setelah tolak semua kos. Dapat la sikit, kata org...toke mesin makan isi, kita dapat kuah saja..huhuhuhu. Dulu.....kerat padi pakai sabit...lagi dulu lagi laa, pakai ketam. Macam pesta waktu tu, berderau, pakat ramai2 ikut giliran. Ada jugak yg upah. Ada yg upah org tempatan, sesetengahnya upah org Kelantan dan Pattani.
Aku selalunya bila bendang tu dah clear, mulalah melilau cari lopak ayaq....sua tangan pi gagau sana gagau sini. Selalu ada ikan Ruan dan Keli bermastautin dlm lopak ayaq tu,. Bukan aku sorang buat kerja nih. Selalunya ada geng masing2. Hari2 ada jadual bendang mana nak pi gagau. Pagi2 dah keluaq, tengahari rembang baru balik...masing2 berkilat..mana taknya. Hanya berseluaq pendek dgn tak pakai baju. Masa tu tak pulak berdengki hang aku, tempat yg geng lain dah gagau pon kami gagau jugak. Selalunya tidak menghampakan. Lepas jugaklah lauk untuk hari tu...(kadang2 tergagau jugak ular).

Macam ni lah selalunya yg kami dapat...

2 ulasan:

  1. Masa tu....balik sekolah saja terus lempaq beg, cari geng p gagau ikan bendang. Itulah aktiviti masa tu. Dpt jugak bantu duit dapoq mak aku..

    BalasPadam
  2. la ni pun anak-anak remaja rajin menggagau..tapi lain pulak yang mereka dapat

    BalasPadam