Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 5 Oktober 2011

Ligan Puyoh Musim Hujan


Musim hujan sebelom tanam padi...kalau dulu harap ayaq hujan saja utk buat bendang. Masa ni binatang/unggas selalunya susah hati nak cari makan. Selalu hujan. Aktiviti aku musim ni tak berapa rancak. Tapi ada beberapa kawan dan abang aku kerap jugak adakan aktiviti dgn geng dia musim2 hujan ni...Ligan burung Puyoh. Seingat aku yg suka sangat aktiviti ni Jori LangDam dgn Mat Tok Oui..depa ni memang gila burung. Depa ni pi la ramai2 dgn geng depa randok bendang yg ada anak padi waktu tu. Puyoh ni selalunya dok dlm bendang ka, nusut2 kat tunggoi jerami ka...puyoh yg basah ni susah sikit nak terbang, dan puyuh pulak bukan jenis burung yg suka terbang jauh. Dia terbang sat saja, lepas tu dia tentu turun tanah..nusup mana2. Jerami ka, rumput ka..atau kadang2 selam dlm ayaq..bila puyuh ni turun, apalagi...hambat laa depa2 ni pon pi sana ramai2..berlari berterabuq ayaq bendang...luka betis kena tunggoi padi dah tak rasa dah...mata dok fokus kat tempat puyoh saja..kadang2 puyoh ni mampus gitu saja bila pakat2 latam dgn kaki. Selalunya tak pernah barbaloi pon. Seronok main hujan saja.
ligan=kejar, nusut=sembunyi

1 ulasan: