Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Cerita exsmdso 2~ Spirit of the coin.

Spirit of the coin.
hehehe...ini lah kertas jampi tu...

Pagi itu, Isnin. Tempat kelas 3A bahagian belakang yang dihuni oleh Asri, MatWi, Jan, Cek E , Kri, Matkhir ,Ikram dll yang tak berapa jelas. Pagi tu cikgu entah apa yang tak masuk kelas tu waktu tu, maka apa lagi kelas pun berteraburlaa dengan beberapa meja menjadi tumpuan kawan-kawan. Salah satu meja yang selalu jadi tumpuan selalunya meja geng belakang nilah. Hari tu dengan sekeping kertas yang ada lakaran macam 'kertas jampi' di atasnya depapun mulalah operasi. 

Sejenis permainan berhantu. Tauke dia tau sapa? Asri. Punyalah kalut pakat-pakat tolak syiling tu lepas ramai-ramai jampi panggil roh "orang mati" tu - spirit-spirit of the coin......(macamtula kalau tak silap aku) dengan jari telunjuk letak atas duit tu. Penuh jari atas duit tu. Tapi ramai yang tak berani pasai Asri warning- kalau hantu ni tak mau balik dia ikut hang pa balik rumah- tu yang ramai dok tengok tak berani sua jari. Selalu yang tunjuk berani ni, Asrilaa.Lagipun waktu tu yang pandai sikit omputih ni kalau tak silap Ikram, Asri,Ganeson(?) dan sorang dua yg tak berapa ingat. 

Budak kg macam kami ni......! Yang peleknya roh ni pandai cakap omputih saja. Tu yang aku malas joint tu. Macam Lan jugalaaa dan ramai kawan yang lain- bahasa inggeris cukup leceeee... Tenung pi tenung mai aku dapat jugalaa hapai jampi serapah dia tu..akupun cuba dengan Shauki. Akupun tonyoh sakan dengan dia. Aku tanya hantu tu,-hang reti melayu dak- dalam BI tunggang langgang aku tu, hantu jawab,"yes".Apa lagi akupun tanyalah sesoalan dua. Sampai giliaq Shauki dia balun pi tanya pasai Tok Wan aku, waktu umur macam tu memang kita pantang pasai sebut pak dgn tokwan ni. Panas jugalak.

Dalam seminggu tu penuh dengan aktiviti panggil hantu tu-taktau dari mana dia dapat idea berhantu tu. Depa ni yang jadi riuhnya bila ada Lut, Jan, MatWi- saja buat riuh, pakat tuduh masing-masing yang tolak duit tu, si Asri ni pertahanlaa mana ada tolak duit tu jalan sendirilaa-cuba angkat jari? Bila angkat jari apalagi duit tu pun diam sajalaa. Baru terkena. Yang dok kalutnya ketua kelas kita- Idris.
Maaf! kalau ada yg terganggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan