Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 12 Oktober 2011

Telanjang 6~ diLahirkan semula



Hari     : Sabtu pada satu tarikh yg dah luput
Waktu :  4.30 ptg
Lokasi : Sebuah Kedai Makan di Pekan Baling

Perihal : Minum petang bersama anak bini.  Masa ni 'Bakri' masih ada. Sapa2 yg ada di Baling masa tu memang kenai dgn 'Bakri' ni...dia selalu merayau2.
Anak dan bini aku tak berapa gemar pon makan di kedai mamak ni. Tapi aku saja yg lebih. Lagipon kari dia kaw2....tu yg buat selalu singgah tu. Aku tengok 'Bakri' selalu ada makanan dan ayaq minum. Nampak macam ada orang yg bagi. Hari ni baru aku tau bahawa ada satu orang yg selalu bagi makanan kepada 'Bakri'. Orang ni drebar teksi dr Sungai Petani, seorang India agama Hindu. Bila dia singgah ke Baling dan jumpa dgn 'Bakri' dia mesti bagi makanan. Hari tu dia singgah makan dan dia juga belanja 'Bakri'.....katanya dia sangat berterima kasih kepada 'Bakri' kerana sanggup menanggung 'penyakit' dan tidak terkena kepadanya. Entahlah, itulah kepercayaannya. Mereka percaya pada kelahiran semula. Orang yg 'penyakit' tu dilahirkan semula dan kena pd 'Bakri'. (Sekurang2nya 'Bakri' dapat jugak makan free, selalunya dia hanya dapat rokok saja).( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan