Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 17 Oktober 2011

Ikan Beras~Mengai anak Kemeraih (ikan beras)


Umpan ulat daun, mata kail dawai buat sendiri....selongkaq rata cari jarum jahit Mak.. Layoq api bagi lembut kemudian bentuk jadi macam mata kail. Ikat dgn benang. Selalunya aku buat mata kail dgn dawai dan guna tali pisang ( carek dr pokok pisang) dan kadang2 tak payah pon mata kail tu. Bok kail cari laa kayu apa2. Umpan ulat..Entah laa ulat apa. Ulat ni cari di belukaq belakang rumah, cari la kat daun2 yg nampak gulung2 tu...buka tengok tentu ada ulat. Ulat tu ada laa sebesaq lidi. Ulat ni laa buat umpan. Cucok kat mata kail atau kadang2 ikat terus pd tali kail...sua pada ayaq yg ada ikan kemeras ni. Ikan ni kalau dapat bukan nak buat apa pon....main saja2. Kadang2 main masak2. Masaklaa ikan ni. (ikan kemeras/ikan beras ialah sejenis ikan kecil permukaan air yg ada titik putih atas kepala)

1 ulasan:

  1. INGAT ZAMAN KANAK2 DULU...MENGIMBAS KENANGAN LALU..MEMANG SYOK SANGAT KETIKA TU.BALIK SEKOLAH TERUS P MENGAIL IKAN BERAS.MASA DULU BYK IKAN NI KAT PARIT BELAKANG RUMAH..SEKARANG NI PARIT TU PUN DAH KERING KONTANG...

    BalasPadam