Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 17 Oktober 2011

mengeLAU ikan musim hujan...


Mengelau depan gelong air...Musim hujan bila padi nak mula berbunga dan sesetengahnya dah mula masuk susu. Masa ni ikan dalam bendang pon dah mula besaq. Dah dekat 3 bulan dah umoq padi pada masa tu. Umoq ikan pon mungkin lebih kurang tu jugak dah la...kurang2 pon dah setengah kilogram berat. Selalunya mengelau ni ikan ruan saja. Ikan lain tak menangkap...mengelau ni selalunya waktu hujan laa...pakai bok kail buluh, mata kail buat sendiri...(saiz berapa ha..kalau beli...12 kebawah kot..). Tengah2 hujan tu laa dgn kelubung guni baja yg dipotong buat macam topi tu..meredah hujan cari tempat gelong ayaq. Tang ni selaluinya ikan ruan akan bermain ayaq. Org kampong aku pangge masa ni ikan naik.. Selalunya di sebelah bawah gelong ayaq tu...di situ laa aku sua bok kail umpan katak minyak tu. Acah2 dekat ayaq..Kalau ada ruan gerenti menangkap punya. Malasnya bila ulaq pon menangkap jugak kadang2....Puas hawin baru terlepas...hawin sampai rabit mulut.

"Mengelau" merupakan satu cara mengail ikan haruan dengan mengoncat atau menggedik umpan di atas permukaan air di tebing-tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan. Ikan haruan yang marah pada mangsanya akan menyambar umpan tersebut. Selalunya mengelau sungai depa guna umpan anak ayam yg diikat di atas mata kail ( laa ni kalau ada orang mengelau dia dah guna umpan burung lang mainan)...kesian dok siksa ayam tu. Anak ayam tu akan diacah2 pd sarang ikan tu...ibu ikan tu sangkakan ada musuh yg nak kacau..dia pon sentaplaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan