Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 6 Oktober 2011

Cerita exsmdso 1~Lepaih Bas

macam ni lah van sekolah tu....
tapi warna biru
.


Lepaih bas.
Masa tu tingkatan 2. Sekolah petang. Perjalanan ke sekolah pada masa tu sangat perit. Selalunya kami yang dok jauh ni akan sampai sekolah lewat dan sampai balik pun lewat. Apa lagi kalau tertinggai bas. Waktu mai takdak masalah sangat pasai boleh keluaq awai. Masalahnya waktu balik.

Masa tu bas sekolah Aloqsetaq-Sg.Tiang ada waktu pagi saja.    
Bas pon bukan p sampai Sg. Tiang pon...dia pusing dr stesen bas mara tu ikut jln Datuk Kumbaq round pi Jln Tt Hj Idris saja..Pelajar petang waktu tu kena ikhtiar macam mana nak pi sekolah. Kebetulan ada 3 perkhidmatan bas sekolah persendirian (van) pada waktu tu yang lalu ikut jalan tu. 1 bas Hashim M.Noh, 1 bas Mustafa (Pa Chaang), dan satu lagi bas Pak Ji Lah (langgar- ada lagika Hj Lah ni? ada gelaran dia , tapi dah lupa). Kami akan jadi penumpang salah satu daripada bas tersebut. Aku naik bas Hashim bin Moho Noh (Sim Kacai).

Nak jadi cerita satu hari tu bas tak mai ambek. Dok tunggu cokoh depan pagaq sekolah sampai pukoi 8, sambe borak, sambe mengata ngumpat semua ada. Bila pukoi 8 kami pun pakat jalan kaki pi hujung jalan Day- pasai kami tau bas mara AS-SgTiang ada last jam 8.30.

Dalam dok jalan tu ada macam kelaku. Dalam banyak2 kelaku ada sorang kawan (tak ingat dah sapa) nampak cawan minuman lalu disepak dengan gaya penjaring gol terkemuka. Masa tu kebetulan ada sebuah bas lalu (bas jalan day-as). Bas tu berenti betoi2 depan kami. Tiba2 drebar bas tu turun dan ...pangggg..satu tangan hinggap kat pipi kawan yang sepak cawan tadi. Kawan ni melilau juga. Tak dan tanya apapun, drebar bas ni kata kurang ajaq pasai tahan bas dia pakai kaki. Kawan tu jawab dia bukan nak naik bas tu buat apa dia nak tahan. Dia nak naik bas mara. Dreba bas tu tak kata apapun- lompat atas bas.. masuk gear terus belah, tak pasai kawan tu kena.

Sampai hujung jalan Day tu- ada satu kedai india mamak mi goreng, la ni dah jadi pam minyak petronas. Aku singgahla beli mi mamak tu buat bekal wak balik makan dengan keluarga.

Hari tu lepaih pukoi 9 baru sampai ghumah. Waris dah tunggu di wakaf dengan torclet(torchlight). Kalau takkuat semangat maunya tak sekolah zaman tu. La ni senang- pi balik berhantaq, tu pun malaieh lagi. Tak percaya tanya Sukar No.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan