Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 24 Oktober 2011

Telanjang 7....telanjang di kedai makan!



Hari     : Selasa 18 Okt.
Waktu :  9.30 ptg
Lokasi : Sebuah Kedai Makan di Pekan Baling


Perihal : Minum pagi


Hari ni aku pi nak cabut gigi, dok sakit dah berapa hari dah bila makanan masuk p tang lubang 'ulat' tu. Dulu dah palam dah masa mula2 nak masuk jadi cikgu dulu2 nun. Lama dah. Satu hari tu tengah2 dok mamah lauk, tau2 terkena batu. Luah. Belek2 tengok rupanya palam gigi dah cabut. Tinggal lubang saja laa. Pi buat lain. Tahan seminggu saja, serpih balik. Maklom laa dah nipis. Dokto syor cabut. Tu yg pi nak cabut tu. Rupa2nya hari tu pelanggan ramai. Kena pi esok pulak. 

Aku pon pi makan dulu di kedai makan Kak Nab. Dalam dok makan tu aku perati hujung sana ada satu keluarga dgn 3 anak...agak2 yg kecik tu mungkin 2 tahun kot dan yg besaq tu adalah dalam tingkatan satu ka kalau tak pon baru darjah 6 kot. Pak depa duduk dgn anak tengah dan mak depa dok dgn anak sulong dan adik sekali. Nampak sangat tertib. Si Abang bantu suapkan adik yg kecik sekali tu, yg sesekali jugak akan suap sendiri. Emaknya makan nasi manakala apaknya makan roti canai dan anak2 makan mihun goreng. Apak dgn kopi Onya dan ada lagi 3 gelas tea ais. 
Dalam aku makan sambe dok perati perangai orang...masuk satu lagi keluarga. Kali ni agak ramai. Kak Nab suruh pekerjanya sambung meja. Satu keluarga dgn 5 anak. Yg kecik sekali baru jalan jatuh agaknya....dlm setahun kot. Anak kecik ni depa taruh dlm 'bangku budak'...yg kedua pon kecik lagi. Begitu jugak yg ke 3...setahun sorang laa kot. Cuma yg sulong tu nampak macam dah 15 ke 16 tahun dah. Aku tak kisah laa sapa nak masok mai pon.
Pelayan mai ambek order.Aku terus makan sambe2 belek suratkhabaq Metro yg hanya ada bahagian depan saja tu...Dlm pelayan dok tengah tulis order.....Prangg!!....kerusi terbalik....laa, terkejut aku. Abangnya angkat. Diam sat.....Sat saja aku terasa ada org langgaq kerusi aku...laa, budak 2 beradik tu main ligan dlm kedai. Bangun si abang hambat dan pegang tangan adiknya tu bawa p duduk semula. Sat saja lepas tu aku tengok yg adik sekali tu dah ada bawah meja pulakdah.....bukan meja depa tu, meja satu keluarga lagi tuh....Lepas tu order sampai. Depa pon makan laa....mak ai, penat aku tengok si abang ni. Yg si apak dgn amaknya tu makan buat selamba ja. Yg si kecik tu mak dia bagi satu sudu dan ketok laa dia pon...ketong, ketong....tapi mak dia tak rasa terganggu pon...tak teringin pon nak diamkan baby tu. Yg dua beradik masih masuk bawah meja sana-sini, lari2 dlm kedai...mak dia pangge mai suap satu mulut, dah lari lagi..... Anak ramai kot noo,...takdan kawai!
Aku tengok Kak Nab jeling2....Ada laa 4  5 pelanggan lain nampak macam tak selesa laa...sat2 perati, sat2 perati. Tapi yg aku peleknya mak dgn paknya macam tak dak apa berlakupon...makan relax saja. Yg si abang sulong ni laa kalut dok kontrol...Nampak sangat beza cara keluarga yg pertama tadi dgn keluarga yg kedua ni mengurus.....ish!..aku tak mau nak kata apa...cuma buat komen dlm hati saja laa. Itulah kehidupan. Masing2 dgn cara tersendiri. Aku hanya mampu melihat dan cuba renong ttg diriku dan keluargaku. ( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))

2 ulasan: