Lanjutan entry dr blog http://keriangpulau.blogspot.com/ dgn tajuk 'Main Aci Sembunyi'. Rupa2nya ada persamaan dan perbezaan antara kampong tentang permainan dulu2. Main nusut ni sama saja nusutnya. Orang yg mencari tu dinamakan 'ibu'. Sembunyi tang mana pon tak pa janji dlm kawasan yg telah ditentukan (tapi ada jugak yg kecoh, lari balik...)...'Giliran mencari dijalankan dengan menyebut nama orang yang dijumpai. Kalau tak sempat sebut nama disergah dengan perkataan "pah" dan disentuh dengan tangan maka kenalah jadi sekali lagi'. tapi di sini , sebelah sini2, disergah dgn "sed" sambe lari pi sentoh dan jadilah orang tu 'ibu' sekali lagi. 3 kali jadi 'ibu' kena denda....macam2 denda yg terancang dlm minda masa tu nak pekena kawan2...hahahahaha. Kadang2.. bila ingat2, tak patut buat macam tu kat kawan2. Masa tu bukan pikiaq apa, nak seronok saja. (ada 2 jenis main aci nusut ni. 1. Aci 'sed' dan 2. tak aci 'sed'~aci 'sed' yg seronoknya.....boleh pekena kawan2).
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan