Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 31 Oktober 2011

Cerita exsmdso 10~Merapu la hang ( Puisi ).

Cerita exsmdso 10 drp 50


Budak la ni pi tadika
kita dulu terus ke sekolah
macam2 cerita dah dok buka
cerita ke 10-baca pilah

setiap kali ada perhimpunan
tentu ada yang kena tahan
lepas cikgu berucap didepan
kita beredar keluaq ikut barisan

kita beredar keluaq ikut barisan
pengawas2 dok tunggu didepan
kita yang ada salah gelabah sakan
kadang2 pengawaspun tak perasan

kalau tak silap masa tu tingkatan tiga
aku dok gelabah sepanjang masa
dari malam tadi dah tidoq tak lena
bukan apa, pasai tak pakai lencana

bukan aku saja tak pakai lencana
sebelum ini dah banyak yang kena
alasan lencana hilang tah kemana
kadang2 bagitau kata lupa

selasa dulu hilang lencana
ahad depan mungkin ku kena
dok cari jalan nak buat camana
tup-tup Kri Saad muncul bawa idea

Ide 1
dikulit buku ada lencana
lepas gunting boh warna
dari jauh nampak macam sama
sampai dekat, puih,..memang tak guna

lepas gunting boh warna
cari kesang pelekat dipoket
depan pengawas ketaq tak kira
manatau kalau-kalau kena heret

Ide 2
idea ni mai dari kekawan juga
tak dak lencana kertas kalu tak pa
kawan turun perhimpunan kita turun juga
Tapi masuk tandas terus kita bertapa

Satu perhimpunan tu aku tak pakai lencana
otak ligat pikiaq cari idea supaya tak kena
tiba2 idea "selamat" datang menerpa
orang pi perhimpunan aku pi bertapa

lama juga aku bertapa
dalam tandas busuk tak kira
ada sorang pengawas mai menyapa
aku jawab, sakit perut tak terkata

dia kata lepas berak pi keluaq
aku kata kat dia siap nanti aku pi
bila pengawas tu pi keluaq
ketandas lagi satu aku pindah pi

lima minit lepas tu
pengawas tu mai tengok aku
tapi aku dah takdak tangtu
aku dah pi tandas lagi satu

dia ingat aku dah pi perhimpunan
padahal aku pindah pi tandas lain
habis perhimpunan ramai pi jamban
aku selinap keluaq takdak sapa perasan

tak pakai lencana sanggup menipu
sanggup sampai bertapa di tandas
ramai lagi yang buat macamtu
ada yang terkena ada yang terlepas
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan