Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kendur Kerbau


Pada masa tu, tahun sehingga '70an boleh kata setiap rumah ada kerbau. Guna untuk tenggala/bajak bendang..ada yg jantan dan ada yg betina. Macam2 jenis kerbau, macam2 nama dok ada. Sapa2 yg takdak kerbau masa tu kena sewa ataupon kena upah untuk tenggala bendang. Kerbau ni kena jaga, bela elok...kena bagi makan. Kena tambat, tak boleh biaq terlepas, apatah lagi musim padi. Masa musim padi nilah aktiviti kendoq kerbau ni dilakukan. Kendoq kebau ni dilakukan di batas bendang..meragut rumput saja...bukan anak padi orang noo..

Kendoq Kebau...ada jugak kendoq lembu, tapi kambing tak pernah tengok la pulak orang kendoq. Aktiviti ini dah pupus dah. Elok laa pupus pon....inilah salah satu kerja yg paling aku 'benci' waktu tu. Kampong2 lain ada ka tak dak aku tak tau sebab zaman bebudak tu pergerakan agak terbatas,..situ2 saja. Tapi setau aku kampong dekat2 tu spt Kg. Aloq China, Kg. Aloq PakNgah, Kg. Aloq Sekawan, Kg. Lubok Keriang ada buat macam ni..Kendoq kerbau ni dibuat waktu petang...pagi2 aku pi sekolah. Petang2 ramai yg turun, nampak merata2 kerbau dikendoq...aku jam 4.30 Pak aku sudah suruh turun dah...

Kategori kendoq kerbau;..ada yg dok di depan kerbau, ada yg dok di belakang kerbau, ada yg dok di atas kerbau dan ada yg nampak kerbau saja, tuan kerbau entah dok mana. Kita boleh perasan kalau kita perati betoi2. Kebau yg cukup terlatih dan betoi2 ghap- boleh kendoq biaq sendirian saja..mantau dari jauh atau kekadang tuan dia dah dok atas belakang dah. Tali hidung boleh biaq dah. Peringkat yg kedua kebau yang nampak dah jinak tapi tak berapa ghap lagi- tuan dia boleh laa mantau secara dekat dr belakang, tali hidung masih kena pegang...tujuan pegang tali ni sebab kerbau ni selalunya curi2 makan pokok padi, masa tu laa sentap tali hidung ni..ajaq! Kategori yg kena dok depan tu kira kerbau tu takdak pengalaman lagi laa. Lepa sikit saja, balas anak padi tu. Tu yg kena dok pegang tali selalu tu. Kena dok depan lagi. Kena kendoq sampai kenyang, lagi tak kenyang tak boleh balik. Nak tau kenyang ka tak..kena tengok perut kebau tu laa..ada petuanya tuh. Selalunya sebelom maghrib masing2 dah tuju jalan pulang. Masa dulu maghrib awai, jam belom diselaras seMalaysia lagi...ada jam semenanjung dan jam sabah/sarawak....Sepanjang mengendoq kebau ni....aku berangan2 saja laa. (Kendoq kerbau adalah aktiviti membawa kerbau keluar ke kawasan bendang untuk meragut rumput. Tali hidungnya dipegang dalam keadaan kendur untuk memudahkan kerbau itu meragut. Itulah asalnya nama 'kendur kerbau'.....dan perut kerbau yg kendur itu juga akan diketatkan.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan