Serkap ayam, serkap ikan dan serkap wak2....Yang ni aku memang tak terror, tak pernah dapat pon hasil. Dari mula mencebur diri sampai la aku pencen kerja nih. Lagi pulak aku nih penakut nak masuk hutan yg basah lembap tu. Wak2 ni dia selalu ada di belukaq2 kecil yg basah dan lembap tu..Hutan kecik tepi rumah aku pon ada burung ni..Serkap ni buat dgn buluh yg di belah2 bilah tapi tak bercerai dr batang buloh. Ni kira macam jerat jugaklaa tapi dlm bentuk serkap. Serkap di gantung kira2 2 kaki dr aras tanah dan di ikat dgn beberapa tangkai padi sebagai umpan. Serkap ni selalunya diletakkan pemberat yg dibuat dgn pokok rotan yg dililit keliling serkap (rotan kera...rotan yg tidak berduri,..org sini pengge wai ling). Bila burung wak2 tu tarik umpan padi tu...serkap tu pon jatuh laa.......
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan