Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cerita exsmdso 6~Nasib Baik vs Nasib Malang

Cerita exsmdso 6 drp 50


  • a. Latihan rumah sukan. Nasib baik kali pertama takpi tak kena denda walaupun cikgu bagi warning. Malang bila kali kedua dan seterusnya kena round padang sampai habis waktu rehat. Masa tu Tgk1 .Kami dok jauh cikgu...ada yg dari Lubuk Merbau, Sg Tiang...
  • b. Balik awai- nasib baik bila boleh lari keluaq awai tapi lebih malang bila kena tahan sampai terlepas bas- selepas azan isyak baru sampai rumah- kena jalan pi tunggu bas mara di kepala simpang jalan day.
  • c. Projek kena kebas- seronok nya cikgu puji "projek hang baguih",- tak seronoknya bila kawan dah kebas projek yang "terpuji" tu-projek kuprum tekantimbul tulaaa- sampai kesudah aku tak tau sapa yang kebas. Tak repot cikgupun pasai takut kena. Diam saja. Dok siasat sendiri.
  • d. Mai lewat- takdak nasib baik pasai 2 kali kena tangkap dengan Cikgu Loh, padanla kena pun. Pukoi 10- masa rehat pagi baru usung beg masuk, kononnya masa rehat orang ramai cikgu tak perasan. Kantoi.
  • e. Masa result srp- tak boleh ambek keputusan kononnya aku ada hutang sekolah. Aku kena marah dengan kerani kononnya aku bagitau nama aku salah, dia yang tuleh salah. Aku bagitau namaku LiMehad, dia tulieh Abcdef… Mana ada namaku macam tu. Last-last aku bayaq juga 3.60 harga buku kerja sains paduan. Bayaq pi, nak tau keputusan punya pasai.
  • f. Tgk4. Dengan Kri Saad. Nasib baiknya tak kena tangkap bila kami berdua lompat pagar pi Taman Muhibbah. Nasib malang bila tunggu di bustop Taman Uda satu bas pun tak lalu. Cadang nak lari balik awai jadi dekat pukoi 1 jugalaa baru ada bas. Kami pi beli baju rumah sukan. Warna Ungu. Tak dapat belipun.
  • g. Kena sekeh. Masa tu Tgk3. Kita baru mula mai pagi. Pi kantin berebut beli makanan. Cuitlaa seorang pelajar, ingatkaa kawan kita; nak minta tolong; takdan apa lagipun, pelajar tu paling muka tengok aku. Gamaknya dia tak kenai atau ingat aku nak potong trip dia kut, klekuk sebiji atas kepala aku. Aku belah. minum ayaq paip saja hari tu.
  • h. Berebut nak masuk tengok wayang (kelab wayang gambar) Cikgu Gulam. Cerita Saturday Night Fever. Malangnya tak boleh masuk bila tak celos dah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan