Landing Time
Masa tu tingkatan 4sc3-
Kejadian berlaku di kelas 4A4. Petang tu lebih kurang jam 2.30 begitu, semua pelajar pagi dah balik. Aku turun dari kelas jalan nak pi tunggu bas. Jumpa Kri Saad dok tepi kelas 4A4 tu. Dia ajak sembang dalam kelas tu pasai bas selalunya agak lewat. Sambil sembang-sembang tu aku baringlaa atas meja yang susun dua tu. Tengah hari boleh letak belakang sat pun jadilah. Sambil tu kami sembang pasai nak pi Cathay A/staq, waktu tu tengah main filem "Cubit-Cubitan-Elvy Sukaseh. Tengah dok rancang baguih punya tiba-tiba timbul choih mai Tuan Pengetua dengan rotan dok ditangan. Dia ronda buat apa pun tak tau padahal semua pelajar dah belahdah.
"Amboi sedapnya landing", Hang pi balik, yang dok landing atas meja tu ikut saya ke pejabat,:". Kri Saad slow ja belah. Aku pun pelan-pelan jalan ikut Pengetua dari belakang.(Pengetua ni dah tak ingat- Dia mai selepas Pak Ya Long, tapi dok sat saja). Pelajar sesi petang semua pakat perati. Aku masuk bilik dia dan itu pertama kali aku dok di smdso masuk bilik Pengetua. Aku ingat piidah hari ni pedih punggung.
…………………………………………………………………………………………..
Aku keluaq ikut satu lagi pintu(rupanya ada lagi satu pintu),jauh dah aku berjalan baru aku dengar suara Krisaad pangge, "hang mai kot mana?". Rupanya dia dok tunggu aku."Kena berapa das",. Nasib agak baik aku hanya di khutbah tentang pelingkup harta kerajaan saja sambil dok acah rotan saja. Ada la khutbah dalam 20 minit sampai terlepas bas. Hari tu kensel tengok wayang. Tapi sehari dua lepaih tu kami pi tengok filem tu- seronok! Kri saad bagitau dia lepaih tu minat kat elvy sukaseh punya pasai dibalunnya tengok 4 kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan