Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 26 Disember 2011

Telanjang 11~di RnR PlusXpress


Hari : Rabu 21 Dec. 2011
Waktu :  10.25 am
Lokasi :  RnR PlusXpress
Perihal : Perjalanan menuju ke destinasi ziarah makpak di kampong. Singgah di RnR kerana anak nak buang air. Oleh sebab nak singgah buang air saja maka aku pon park laa keta paling hampir dgn tangga turun ke RnR tu. Park pon belakang keta orang lain saja. Aku tunggu dlm keta sementara  anak turun ke tandas. Selalunya lot parking paling hampir tangga/lorong ke RnR adalah untuk OKU. Lot tu memang kosong. Aku dok melengung dlm keta tunggu anak. Tiba2 masuk satu keta park di petak OKU. Mencakaq jugak bunyi break. Turun dua anak muda 1Malaysia. Laa…apa pulak kategori OKU 2 mamat 1Malaysia ni. Sorang yg turun sebelah kiri bercakap dengan telefon dan pemandunya nampak sihat bugaq saja. Tak tau laa pulak kalau dia bisu. Nasib baik selama aku tunggu anak dan sampai kami belah takdak OKU yg nak park disitu pon…Mamat 2 orang ni OKU jenis apa? Sapa tau….?
(Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan