Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 31 Oktober 2011

Cerita exsmdso 11~Uji Cikgu

Cerita exsmdso 11 drp 50

 Masa diTingkatan 5sain2 dulu, kelaih kami tu ada jugala beberapa orang kira jaguh juga la macam Kamaruzzaman Sarajol ( LUT), Putra, Man Bashah, Azam dan beberapa orang lagi la...
Cerita dia masa tu period Bahasa Malaysia, kalau tak silap aku cikgu ni cikgu ganti, baru keluaq U mai masok kelaih kami,ajar la dia Bahasa Malaysia...lepaih tu dia tanya sapa2 ada apa2 soalan nak tanya....maka masa tu bangkit la Koperal Kamaruzzaman tanya satu soalan, kalau tak silap dia tanya cikgu tu apa makna.....aku pun lupa juga apa dia tanya tu tapi yang aku ingat berpeluh jugala cikgu tu kena uji dengan sahabat kita ni tak boleh nak jawab,...dengaq kata lepaih kelaih tu menangih juga la dia....Cikgu ni dia ajaq juga la kelaih 5sain3 dll....
Lepaih aku naik Tingkatan 6, aku jumpa lagi cikgu ni...kalau tak silap aku la.. aku dengar jugala dia ada komen bila tengok muka2 yang naik form 6 tu bukan muka2 yang dia sangka akan naik, tapi muka2 wanted yang lain yang dulu rajin dok usik dia masa form 5 ...
Malam tu masa minum kat Pokok Ceri baru Lut cerita pasai apa dia saja nak uji cikgu tu, dia kata cikgu tu adalah mak menakan bekaih makwe dia, dia tak berapa suka Lut kawan dengan anak menakan dia tu (tu cerita dulu ).....hebat jugala kekawan kita ni boleh uji cikgu sampai menangih.....
Itulah satu lagi kenangan yang aku ingat2 lupa,kalau silap tu harap maaf la....

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita asal exsmdso: Ir. Jamal Nasir. Terima kasih kerana berkongsi cerita di sini.

Cerita exsmdso 10~Merapu la hang ( Puisi ).

Cerita exsmdso 10 drp 50


Budak la ni pi tadika
kita dulu terus ke sekolah
macam2 cerita dah dok buka
cerita ke 10-baca pilah

setiap kali ada perhimpunan
tentu ada yang kena tahan
lepas cikgu berucap didepan
kita beredar keluaq ikut barisan

kita beredar keluaq ikut barisan
pengawas2 dok tunggu didepan
kita yang ada salah gelabah sakan
kadang2 pengawaspun tak perasan

kalau tak silap masa tu tingkatan tiga
aku dok gelabah sepanjang masa
dari malam tadi dah tidoq tak lena
bukan apa, pasai tak pakai lencana

bukan aku saja tak pakai lencana
sebelum ini dah banyak yang kena
alasan lencana hilang tah kemana
kadang2 bagitau kata lupa

selasa dulu hilang lencana
ahad depan mungkin ku kena
dok cari jalan nak buat camana
tup-tup Kri Saad muncul bawa idea

Ide 1
dikulit buku ada lencana
lepas gunting boh warna
dari jauh nampak macam sama
sampai dekat, puih,..memang tak guna

lepas gunting boh warna
cari kesang pelekat dipoket
depan pengawas ketaq tak kira
manatau kalau-kalau kena heret

Ide 2
idea ni mai dari kekawan juga
tak dak lencana kertas kalu tak pa
kawan turun perhimpunan kita turun juga
Tapi masuk tandas terus kita bertapa

Satu perhimpunan tu aku tak pakai lencana
otak ligat pikiaq cari idea supaya tak kena
tiba2 idea "selamat" datang menerpa
orang pi perhimpunan aku pi bertapa

lama juga aku bertapa
dalam tandas busuk tak kira
ada sorang pengawas mai menyapa
aku jawab, sakit perut tak terkata

dia kata lepas berak pi keluaq
aku kata kat dia siap nanti aku pi
bila pengawas tu pi keluaq
ketandas lagi satu aku pindah pi

lima minit lepas tu
pengawas tu mai tengok aku
tapi aku dah takdak tangtu
aku dah pi tandas lagi satu

dia ingat aku dah pi perhimpunan
padahal aku pindah pi tandas lain
habis perhimpunan ramai pi jamban
aku selinap keluaq takdak sapa perasan

tak pakai lencana sanggup menipu
sanggup sampai bertapa di tandas
ramai lagi yang buat macamtu
ada yang terkena ada yang terlepas
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.

Ahad, 30 Oktober 2011

Cerita exsmdso 9~ Yang teringin semasa di smdso.

Cerita exsmdso 9 drp 50

Yang teringin semasa di smdso. (Masa tu la..)


  • -teringin nak tukaq pi 4sc2 pasai awek depa cun dari 4sc3
  • -teringin nak makan mi bandung dengan te ais di kantin, dok tengok kawan yang 'kaya' dok order dari pintu dapor
  • -teringin nak main bola kecik dengan geng asri, kami main padang rumput- depa main padang simen
  • -teringin nak tuang sekolah
  • -teringin nak dok asrama- tapi tak pernah apply pun. Takut dgn Pak Chot
  • -teringin nak pi sekolah sultanah bahiyah. Nak tengok depa PJ (masa tu la....laa ni lepas jadi cikgu ni 2 kali dah pi sana...takdan tengok depa PJ jugak..hahahahaha)..
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.

Cerita exsmdso 8~Merentas Desa

Cerita exsmdso 8 drp 50


Rasanya waktu tu tingkatan tiga. Aku ambek bahagian pasai ingat masa tu kategori U15 kita la paling besaq.Manatau kot boleh menang. Piraaahhh!

Laluan merentas desa ikut Jalan Day pi ka kampung depan sana ada bendang ( tepi taman muhibbah kot). Masa lalu kampung tu ada la yg sambaq buah pelam. Masa lalu bendang tu- yang kalut nak menang tak kisah turun bendang pun, selut penoh kasut tak kisah. Lepas tu ada sungai- ada titi kecik, yang takdan main terjun saja, tak ingat dah ada apa dalam sungai tu. Maunya ada kayu disula kita...arwah. Aku main jalan kaki saja bila lepaih sungai tu. 

Lepaih tu kita semua ikut rel keretapi. Hui.. keretapi lalu- ngeri. Macam nak disapunya kita.

Orang lain dah sampai lama dah, baru aku sampai.
Itulah kita masa tu- macam Cik E kata, bukan nak pikiaq banyak....

Sabtu, 29 Oktober 2011

Cerita exsmdso 7~Kalau dah bukan rezeki

Cerita exsmdso 7 drp 50


Masa tu selain makan di rumah awai-awai sebelum mai sekolah kami yang geng dok jauh bukan dan(sempat) makanpun. Kalau yang rajin tu pilah makan di KANTIN tapi waktu tu bagi kami anak-anak kampung ni rasa mahai la sikit,  jadi carila alternatif lain untuk makan yang murah.

Aku masih ingat masa tu ada seorang pelajar yang nampak macam 'miskin' bawak nasi lemak mai juai di sekolah. Nasi lemak buatan makdia tu kalau ikut gred waktu tu sangat sedap -satu bungkus 2 kupang. Laku sungguh. Sat saja habis. Kadang-kadang aku tak dan. Selalunya pelanggan 'istimewa' main orde sehari sebelum.


Yang kedua-kalau hangpa masih ingat masa tu dalam pukoi sebelas lebih ada satu india pakai gerek beca mai dok jual cendoi dengan rojak buah di luar pagar. India ni Muslim ka dak kita pun tak tau. Masa tu main bedai saja. Rojak dia sedap. Cendoi dia pakai ais sagat tonyoh dengan tangan. Masa tu dia parking dekat pokok depan pintu utama (la ni depan pintu tu ada batang balak dengan kapak kot).

Bila tak berapa lama, pengurusan dapat tau ada orang meniaga (kantin repot kot)- depa pun ambik tindakan larang kita makan makanan lain daripada makanan KANTIN. Mula-mula kena warning pelajar tu. Niat baiknya untuk membantu keluarga rupanya buat masalah padanya. Kesian tengok. Kat india tu depa tak warning tapi yang kena warning kami yang dok beli rojak tu. Kami semua yang dok kumpul di tepi pagar tupun stop beli. Kesian woi, tengok india tu dok muka heran pasai apa budak-budak ni tak beli rojak dengan cendoi aku. La ni baru aku tau rupanya cikgu-cikgu ni takut sungguh 'keracunan makanan'. Dua hari lepaih tu dia pun belahhhhh!! Kesian.

Itulah, kadang-kadang kalau dah rezeki kita-sapapun tak boleh usik, kalau dah bukan rezeki kita dalam mulutpun boleh keluaq balik. 

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cerita exsmdso 6~Nasib Baik vs Nasib Malang

Cerita exsmdso 6 drp 50


  • a. Latihan rumah sukan. Nasib baik kali pertama takpi tak kena denda walaupun cikgu bagi warning. Malang bila kali kedua dan seterusnya kena round padang sampai habis waktu rehat. Masa tu Tgk1 .Kami dok jauh cikgu...ada yg dari Lubuk Merbau, Sg Tiang...
  • b. Balik awai- nasib baik bila boleh lari keluaq awai tapi lebih malang bila kena tahan sampai terlepas bas- selepas azan isyak baru sampai rumah- kena jalan pi tunggu bas mara di kepala simpang jalan day.
  • c. Projek kena kebas- seronok nya cikgu puji "projek hang baguih",- tak seronoknya bila kawan dah kebas projek yang "terpuji" tu-projek kuprum tekantimbul tulaaa- sampai kesudah aku tak tau sapa yang kebas. Tak repot cikgupun pasai takut kena. Diam saja. Dok siasat sendiri.
  • d. Mai lewat- takdak nasib baik pasai 2 kali kena tangkap dengan Cikgu Loh, padanla kena pun. Pukoi 10- masa rehat pagi baru usung beg masuk, kononnya masa rehat orang ramai cikgu tak perasan. Kantoi.
  • e. Masa result srp- tak boleh ambek keputusan kononnya aku ada hutang sekolah. Aku kena marah dengan kerani kononnya aku bagitau nama aku salah, dia yang tuleh salah. Aku bagitau namaku LiMehad, dia tulieh Abcdef… Mana ada namaku macam tu. Last-last aku bayaq juga 3.60 harga buku kerja sains paduan. Bayaq pi, nak tau keputusan punya pasai.
  • f. Tgk4. Dengan Kri Saad. Nasib baiknya tak kena tangkap bila kami berdua lompat pagar pi Taman Muhibbah. Nasib malang bila tunggu di bustop Taman Uda satu bas pun tak lalu. Cadang nak lari balik awai jadi dekat pukoi 1 jugalaa baru ada bas. Kami pi beli baju rumah sukan. Warna Ungu. Tak dapat belipun.
  • g. Kena sekeh. Masa tu Tgk3. Kita baru mula mai pagi. Pi kantin berebut beli makanan. Cuitlaa seorang pelajar, ingatkaa kawan kita; nak minta tolong; takdan apa lagipun, pelajar tu paling muka tengok aku. Gamaknya dia tak kenai atau ingat aku nak potong trip dia kut, klekuk sebiji atas kepala aku. Aku belah. minum ayaq paip saja hari tu.
  • h. Berebut nak masuk tengok wayang (kelab wayang gambar) Cikgu Gulam. Cerita Saturday Night Fever. Malangnya tak boleh masuk bila tak celos dah....

Khamis, 27 Oktober 2011

Titi merah (Liverpool)

Titi ni lama dah ni....zaman orang puteh lagi ni. Masa tu  Malaya takdak kilang besi lagi... Lantai dah berapa kali berganti dah. Asai lantai kayu. Laa ni dah ganti lantai besi. Tapi yg lain masih original. Ni laa titi gantung paling panjang dekat sini. Orang Aloq Sekawan kalau nak mai Nat pekan Titi dulu2 lalu kot ni laa (laa ni pekan Nat tu dah pindah dah, buat hari Jumaat pulak. Dulu hari Selasa) Kawan2 yg sekolah kebg. Tajar pon lalu kot ni laa. Kalau yg jauh sikit dr titi ni depa naik pegrhu lintas sungai....masa tu buaya pon ada!

nampak tulisan tu,'TUBEWRIGHT Ltd. LIVERPOOL'

kalau yg tak besa memang gayat.....tergantung saja rapat ke air.


dulu lantai kayu....laa dah ganti kepingan besi

muat2 sebuah kereta saja...
Ada jasa lagi sampai ke laa ni..

Rabu, 26 Oktober 2011

Main Nusut (Aci Nusut, Aci Sembunyi)



Lanjutan entry dr blog http://keriangpulau.blogspot.com/ dgn tajuk 'Main Aci Sembunyi'. Rupa2nya ada persamaan dan perbezaan antara kampong tentang permainan dulu2. Main nusut ni sama saja nusutnya. Orang yg mencari tu dinamakan 'ibu'. Sembunyi   tang mana pon tak pa janji dlm kawasan yg telah ditentukan (tapi ada jugak yg kecoh, lari balik...)...'Giliran mencari dijalankan dengan menyebut nama orang yang dijumpai. Kalau tak sempat  sebut nama disergah dengan perkataan "pah" dan disentuh dengan tangan maka kenalah jadi sekali lagi'. tapi di sini , sebelah sini2, disergah dgn "sed" sambe lari pi sentoh dan jadilah orang tu 'ibu' sekali lagi. 3  kali jadi 'ibu' kena denda....macam2 denda yg terancang dlm minda masa tu nak pekena kawan2...hahahahaha. Kadang2.. bila ingat2, tak patut buat macam tu kat kawan2. Masa tu bukan pikiaq apa, nak seronok saja. (ada 2 jenis main aci nusut ni. 1. Aci 'sed' dan 2. tak aci 'sed'~aci 'sed' yg seronoknya.....boleh pekena kawan2).

Selasa, 25 Oktober 2011

Pesta Kedah

tuju tin, hadiah rokok.

Pesta Kedah...dulu di Kancut tu ada tapak pesta. Masa tu kalau habis musim padi situlah tempat orang kampong perabis duit. Masa tu mana ada kisah pasai judi2 pesta ni....judi baling bola ka, judi tuju kotak rokok ka...macam2 ada. Spare duit saja. Kalau la ni macam expo laa.

Aku dgn Bang Din dan Pak pernah pi sana. Masa tu aku baru darjah 2 kalau tak silap. Dan yg sejarahnya kami bertiga menapak balik dr tapak Pesta ke Kg Aloq Tebuan sejauh 10 batu (17Km) gara2 tak terberebut bas. Tapi dlm perjalanan tu lebih kurang jam 1 pagi tu, masih ada hamba Allah yg mulia hati....boncengkan kami dgn basikal sampai ke Pekan Langgaq. Kami tidoq surau malam tu ( tak tau mana surau tu...agak di Sg Mati kot?). Pagi esok baru tunggu bas MARA. Terima kasihlaa pada hamba Allah yg boncengkan kami tu. Kalau tidak tentu kami menapak terus sampai 10 batu. Entah jam berapa baru sampai...

Isnin, 24 Oktober 2011

Telanjang 7....telanjang di kedai makan!



Hari     : Selasa 18 Okt.
Waktu :  9.30 ptg
Lokasi : Sebuah Kedai Makan di Pekan Baling


Perihal : Minum pagi


Hari ni aku pi nak cabut gigi, dok sakit dah berapa hari dah bila makanan masuk p tang lubang 'ulat' tu. Dulu dah palam dah masa mula2 nak masuk jadi cikgu dulu2 nun. Lama dah. Satu hari tu tengah2 dok mamah lauk, tau2 terkena batu. Luah. Belek2 tengok rupanya palam gigi dah cabut. Tinggal lubang saja laa. Pi buat lain. Tahan seminggu saja, serpih balik. Maklom laa dah nipis. Dokto syor cabut. Tu yg pi nak cabut tu. Rupa2nya hari tu pelanggan ramai. Kena pi esok pulak. 

Aku pon pi makan dulu di kedai makan Kak Nab. Dalam dok makan tu aku perati hujung sana ada satu keluarga dgn 3 anak...agak2 yg kecik tu mungkin 2 tahun kot dan yg besaq tu adalah dalam tingkatan satu ka kalau tak pon baru darjah 6 kot. Pak depa duduk dgn anak tengah dan mak depa dok dgn anak sulong dan adik sekali. Nampak sangat tertib. Si Abang bantu suapkan adik yg kecik sekali tu, yg sesekali jugak akan suap sendiri. Emaknya makan nasi manakala apaknya makan roti canai dan anak2 makan mihun goreng. Apak dgn kopi Onya dan ada lagi 3 gelas tea ais. 
Dalam aku makan sambe dok perati perangai orang...masuk satu lagi keluarga. Kali ni agak ramai. Kak Nab suruh pekerjanya sambung meja. Satu keluarga dgn 5 anak. Yg kecik sekali baru jalan jatuh agaknya....dlm setahun kot. Anak kecik ni depa taruh dlm 'bangku budak'...yg kedua pon kecik lagi. Begitu jugak yg ke 3...setahun sorang laa kot. Cuma yg sulong tu nampak macam dah 15 ke 16 tahun dah. Aku tak kisah laa sapa nak masok mai pon.
Pelayan mai ambek order.Aku terus makan sambe2 belek suratkhabaq Metro yg hanya ada bahagian depan saja tu...Dlm pelayan dok tengah tulis order.....Prangg!!....kerusi terbalik....laa, terkejut aku. Abangnya angkat. Diam sat.....Sat saja aku terasa ada org langgaq kerusi aku...laa, budak 2 beradik tu main ligan dlm kedai. Bangun si abang hambat dan pegang tangan adiknya tu bawa p duduk semula. Sat saja lepas tu aku tengok yg adik sekali tu dah ada bawah meja pulakdah.....bukan meja depa tu, meja satu keluarga lagi tuh....Lepas tu order sampai. Depa pon makan laa....mak ai, penat aku tengok si abang ni. Yg si apak dgn amaknya tu makan buat selamba ja. Yg si kecik tu mak dia bagi satu sudu dan ketok laa dia pon...ketong, ketong....tapi mak dia tak rasa terganggu pon...tak teringin pon nak diamkan baby tu. Yg dua beradik masih masuk bawah meja sana-sini, lari2 dlm kedai...mak dia pangge mai suap satu mulut, dah lari lagi..... Anak ramai kot noo,...takdan kawai!
Aku tengok Kak Nab jeling2....Ada laa 4  5 pelanggan lain nampak macam tak selesa laa...sat2 perati, sat2 perati. Tapi yg aku peleknya mak dgn paknya macam tak dak apa berlakupon...makan relax saja. Yg si abang sulong ni laa kalut dok kontrol...Nampak sangat beza cara keluarga yg pertama tadi dgn keluarga yg kedua ni mengurus.....ish!..aku tak mau nak kata apa...cuma buat komen dlm hati saja laa. Itulah kehidupan. Masing2 dgn cara tersendiri. Aku hanya mampu melihat dan cuba renong ttg diriku dan keluargaku. ( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))

Ahad, 23 Oktober 2011

Nasi apollo ~kukus

Nasi Apollo~ 

Mendapat nama kerana bentuknya..apollo tu perbuat drp aluminium,
digunakan pada Musim kenuri kawin....kerana dapat mengukus nasi dlm jumlah yg banyak dlm satu waktu
Dililit kain yg basah disekeling untuk menahan wap drp terlepas keluar. Dulu sebelom ada gas masak, guna kayu api saja. Sekarang dah guna gas masak dah.

keadaan talam nasi yg disusun di rak dan akan ditudung dgn apollo untuk diwapkan/kukus


Setelah 45 min dikukus...dibuka. kelihatan wap memutih tu. ni kra dah masak dah ni.

Nasi yg dah siap kukus....boleh dihidangkan tanpa kerak.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Musim Timur


Jernih dan suam....sekarang tidak lagi.
Inilah sungai yg selalu aku terjun tiruk tu..


Org kampung aku pangge musim timur pasai angin bertiup dr timur. Kalau ikut belajaq Geografi dulu masa ni Cg Zalilah kata musim monsun timurlaut. Angin ni bertiup pd bulan Nov-Mac........Selalunya waktu ni cuaca kering...Angin timur...ayaq sungai jadi jernih dan berasap waktu pagi2....angin yg sangat kuat dan sejuk. Pi sekolah rajin mandi sebab ayaq sungai panas suam. Walaupon musim lain jarang mandi. Tak lama lagi sampai la musim timur ni.

.Kalau zaman 60an-70an dulu masa ni orang kampung tak buat padi sebab musim kemarau. Tapi laani dgn ada MADA....ayaq depa pam sepanjang masa, boleh tanam padi 5X 3 tahun....Ayaq dok ada selalu dlm bendang. Ni aku nak nostalgia ayaq sungai aloq depan rumah makpak aku masa musim timoq ni. Masa ni semua nampak macam berubah. Ayaq sungai yg keroh boleh jadi jernih...jernih sungguh2, biru. Bukan musim timoq keroh kuning. Dulu kalau pagi2 ayaq sejuk, musim ni ayaq dia suam2...pagi2 nampak berasap. Sapa2 yg ghajin tahan taut di sungai masa ni depa rehat...ikan tak makan taut. Angin pon tak sepoi2 bahasa lagi dah. Menderu2 macam dok tepi laut. Tengah hari pon sejuk. Yg tak besa pakai baju. Musim ni kena cari baju. Kalau nak ukoq sejuknya tahap mana.....sampaikan minyak nyoq dlm botoi boleh beku macam lilin....minyak goreng dlm belanga jadi kepala.

Masa ni yg gila wau mulalaa buat wau, yg tak reti buat, pi laa beli wau kelawaq tu....musim ni jugak ada laa lawan wau terbang.  Tapi....laani walaupon ada musim timoq, ayaq aloq tu dah tak jernih dah, ayaq bendang dah lepas masuk sini. Dulu boleh juga la mandi terjun tiruk, laani nak cebok pon dah tak lalu.

Khamis, 20 Oktober 2011

Burung Perindu

Zaman budak2...60an dan 70an...aku pemburu setia burung2 sekitar kampong. Pagi membawa ke petang dgn terbe(lastik) sentiasa di tangan...buah terbe penoh poket....meronda keliling kampong. Masuk belukar keluaq belukaq.

Burung2 yg dulu sangat mudah ditemui dan sekarang bila sesekali balik kampong dah tak berapa nak jumpa dah.
Ini dia koleksi terbe aku....

Ini burung sasaran terbaik.
Kelicap mayang kelapa.

Sasaran terbaik jugak ni
Merbah

Yang ni jarang sangat.
Tempua

 Burung hantu..pernah jugak laa jadi sasaran mudah

 Burung segan.....selalunya dia yg nampak kita dulu. 
Rupanya yg macam daun kering tu mengelirukan.

 Ini ada lagi. Ciak rumah.

 Ciak Uban....pon makin sukar ditemui.

Yg ni ada sekeluarga dok mai makan belakang dapoq mak. Murai Gila.

 Murai kampong. Yg ni jugak sasaran 'bulleye' nih.

 Lang Sewah

 Burung Kew....puas kerabat pokok nyoq ambek anak.

Burung pekaka....org kampong aku kata tak boleh makan.
 Sebab dia makan menyambaq.
Tak dak benda lain...kadang2 depa pon kena.

Inilah spesis yg bermastautin di kampong makpak aku...yg selalu jadi sasaran buruan...spesis lain2 tu pon ada, cuma mai bermukim saja sat2. Macam bangau, serindit, punai, entah apa lagi nama........

Rabu, 19 Oktober 2011

Basuh miang di Hatyai.

Gambar hiasan sahaja

Yang ini punya cerita, aku tak terlibat. Aku hanya dengaq cerita drp kawan2 aku yg agak remaja. Kalau nak p depa rancang, dah balik depa bercerita....Aku dengaq saja laa. Masa tu aku pon tak pernah ambek tau depa p sana buat apa. Yg jadi boleh tau sikit2 crita tu bila depa balik mai dok tunjuk majalah tulis Siam dgn gambaq2 tak senonoh tu...... Masa tu mereka dah boleh buat border pas langkah sempadan dah. Aku kad pengenalan pon baru nak pi buat. Depa ni selalunya ambek upah buat bendang laa. Angkut padi ka, mukoi padi ka...apa2 kaa. Kerja dgn padi ni selalunya miang. Nak crita pasai depa suka p basuh miang di Hatyai ni... Susah mau crita laa yg ni. Sendiri mau tau laa kalau dah lintas sempadan tu. (Masa tahun padi semusim dulu tu mana ada penguatkuasa agama macam laa)...Depa istilahkan 'basuh miang'....Laa ni tak dak dah kot aktiviti basuh miang di seberang sempadan..

Selasa, 18 Oktober 2011

Cerita exsmdso 5~Sesat

aku turun sini, patutnya aku pi stesen bas MARA..


 He he he..Sesat pulak dah!
Aku ada satu cerita ringkas. Aku sebenarnya pernah sesat di pekan ASetaq.Turun bas di stesen bas lama, Jln Langgaq.., aku patutnya pi stesen bas MARA tapi aku pi langkah jalan langgaq pi jalan sultan badlishah, sedaq-sedaq dah sampai dekat stesen bas baru di telok Wan Jah nun. Letih juga la menapak balik. Sampai belakang Hankyu Jaya dan pekena ais kacang Tat Bagdad semangkok;..lega. Heran..macam mana boleh terlepaih pi ke sana.
(ke tiga2 stesen bas tersebut sekarang dah bertukar fungsi....stesen bas semua dah pindah ke Kompleks Shahab Perdana)

Isnin, 17 Oktober 2011

mengeLAU ikan musim hujan...


Mengelau depan gelong air...Musim hujan bila padi nak mula berbunga dan sesetengahnya dah mula masuk susu. Masa ni ikan dalam bendang pon dah mula besaq. Dah dekat 3 bulan dah umoq padi pada masa tu. Umoq ikan pon mungkin lebih kurang tu jugak dah la...kurang2 pon dah setengah kilogram berat. Selalunya mengelau ni ikan ruan saja. Ikan lain tak menangkap...mengelau ni selalunya waktu hujan laa...pakai bok kail buluh, mata kail buat sendiri...(saiz berapa ha..kalau beli...12 kebawah kot..). Tengah2 hujan tu laa dgn kelubung guni baja yg dipotong buat macam topi tu..meredah hujan cari tempat gelong ayaq. Tang ni selaluinya ikan ruan akan bermain ayaq. Org kampong aku pangge masa ni ikan naik.. Selalunya di sebelah bawah gelong ayaq tu...di situ laa aku sua bok kail umpan katak minyak tu. Acah2 dekat ayaq..Kalau ada ruan gerenti menangkap punya. Malasnya bila ulaq pon menangkap jugak kadang2....Puas hawin baru terlepas...hawin sampai rabit mulut.

"Mengelau" merupakan satu cara mengail ikan haruan dengan mengoncat atau menggedik umpan di atas permukaan air di tebing-tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan. Ikan haruan yang marah pada mangsanya akan menyambar umpan tersebut. Selalunya mengelau sungai depa guna umpan anak ayam yg diikat di atas mata kail ( laa ni kalau ada orang mengelau dia dah guna umpan burung lang mainan)...kesian dok siksa ayam tu. Anak ayam tu akan diacah2 pd sarang ikan tu...ibu ikan tu sangkakan ada musuh yg nak kacau..dia pon sentaplaa....

Ikan Beras~Mengai anak Kemeraih (ikan beras)


Umpan ulat daun, mata kail dawai buat sendiri....selongkaq rata cari jarum jahit Mak.. Layoq api bagi lembut kemudian bentuk jadi macam mata kail. Ikat dgn benang. Selalunya aku buat mata kail dgn dawai dan guna tali pisang ( carek dr pokok pisang) dan kadang2 tak payah pon mata kail tu. Bok kail cari laa kayu apa2. Umpan ulat..Entah laa ulat apa. Ulat ni cari di belukaq belakang rumah, cari la kat daun2 yg nampak gulung2 tu...buka tengok tentu ada ulat. Ulat tu ada laa sebesaq lidi. Ulat ni laa buat umpan. Cucok kat mata kail atau kadang2 ikat terus pd tali kail...sua pada ayaq yg ada ikan kemeras ni. Ikan ni kalau dapat bukan nak buat apa pon....main saja2. Kadang2 main masak2. Masaklaa ikan ni. (ikan kemeras/ikan beras ialah sejenis ikan kecil permukaan air yg ada titik putih atas kepala)

Mengai Cicak Umpan Kapor Makan...

Inilah saja alat yg perlu. Satu umpan, satu lagi jerat.


Masa tu mana ada racun cicak...masa tu nak hapuskan cicak selain drp lastik/terbe dgn getah..ni lah caranya..mengai cicak dengan lidi umpan kapoq makan. Tak dak sapa dok try dah laa ni. Kapoq makan pon payah jumpa dah. Ni nak crita macam mana buatkerja alah ni....

Gini,
Cicak ni satu kegemaran dia ialah makan teloq labah2 ( yg dlm karung putih besaq tu). Jadi kami pon tipu cicak lah ni. Mula2 kena ada dua batang lidi yg baru (yg lama tak berapa elok sebab mudah patah). Satu lidi buat gelong jerat di hujung yg lembut tu. Satu lagi cari laa kapas ka kabu ka, ada la sebesar kelingking..lumor2 laa kapas ni dgn kapoq makan. Kemudian ikat di hujung lidi lagi satu. Bentuk laa biaq nampak macam teloq labah2.

Cari cicak dgn menggunakan lidi yg ada kapas kapoq tu...Sat saja kalau ada gerenti dia hambat kapas tu. Biaq dia tokak kapas tu,. Bila dia kena dia akan mabuk/pening. Masa tu laa kita jaie dgn satu lidi lagi. Dapat.

Ahad, 16 Oktober 2011

Gam buatan seniri


Gam buatan seniri
Masa sekolah punya crita laa ni...Kalau keja sekolah yg guna gam2 ni kena buat di rumah mula la merapu cipta gam seniri kalau gum paste ( aku pangge gam hingus) habis....

1. Gam batang rumbia~ potong batang rumia yg muda2 tu...yg sebesaq kelinkin tu....tunggu sat bagi dia  melelehkan getahnya...yg terpotong tu bawak balik dan tenyeh laa hujung yg bergam tu pd kertas yg kita nak gam....memang melekat dan pastinya yg tu free. Cuma kena pastikan pokok tu ada dekat2 situ laa.Kalau jauh nanti kering gam tu sebelom sampai rumah. Rumah makpak aku dulu ada laa beberapa rumpun yg depa dok bela......buat atap. Rumah makpak aku waktu tu pakai atap rumia ni laa.

2. Gam getah pokok getah~pokok getah ada laa sepokok dua....jarang guna gam pesen ni....pasai bila dia kering jadi hitam buku dan kurang melekat...kalau kering boleh tanggal macam skrap....

3. Gam nasi sejuk~ yg ni pon kerap jugak guna....selalunya bila buat kerja pagi2 sebelom ke sekolah. Ni kira emergency laa ni. Ambek sebutir nasi sejuk tu...tenyeh2...lekat. Dok esok tengok semut penoh beg..hahahahaha.

Kalau buat wau selalunya gam batang remia tu laa....yg ada duit depa bancuh tepong ubi....

Kawan baik Pak....



Dulu......pagi2 lagi kawan2 baik Pak akan sampai. Lepas suboh dah ada depan rumah. Menyerok kopi O dgn Pak di pelenggaq bawah rumah. Sembang2 pasai hal2 bendang sampai matari naik.  Aku masih ingat lagi depa ni. Dulu dia kawan dgn Pak. Bila aku dah besaq ni, aku pon dah joint dgn depa sesekali. Ada jugak crita yg nak di kongsi. Hanya mereka saja yg ghajin mai menyerok pagi2. Long Mud Hok, Ngah Li Chai, Chik Nui, Wa Mad, Nyang Kasim, Lang Bu. Tapi laa ni takdak dah...depa dah pi dulu. Selang tahun saja...lepas satu, satu. Kadang2 aku teringat kat depa. Aku tanya Mak...awat depa lama tak mai? Mak bagitau,...depa dah takdak. AlFatihah.

Kerbau tak balik....


Tahun 60an - 70an. Waktu tu padi tanam sekali setahun. Musim kering tak tanam padi. Masa tu bendang dibiaqkan berehat. Pak Tani bercuti sakan...ada yg pi 'basuh miang' padi sampai ke Hatyai. Kebau Ngala jugak boleh tidoq makan saja waktu ni....Ketika ini lah kerbau ni bebas dilepas....berkeliaran meragut dan mencari kawan mengawan. Termasuklah kerbau bapak aku. Lepas pagi, maghrib nanti sendiri cari jalan pulang. Selalunya tak dak masalah. Maghrib saja dah ada depan rumah...meragut rumput dekat2 tu dgn senyum jaa..

Kadang2 si Kerbau ni kerbau jugak. Boleh tak balik kandang (Peleng, sebutan pe..spt penat...leng..spt geleng) Sebabnya bukan sesat tapi hanya satu sebab saja....terpikat dgn 'betina' idaman dan ikut balik rumah betina tu laa. Pastu kita yg susah nak turut pi cari..........Selalunya tak kemana pon kerbau tu, kalau ari ni tak balik, esok baliklah...kerbau dah diprogramkan begitu, tak perlu GPS!

Sabtu, 15 Oktober 2011

Serkap Wak-wak

klik untuk besarkan gambaq. 

Serkap ayam, serkap ikan dan serkap wak2....Yang ni aku memang tak terror, tak pernah dapat pon hasil. Dari mula mencebur diri sampai la aku pencen kerja nih. Lagi pulak aku nih penakut nak masuk hutan yg basah lembap tu. Wak2 ni dia selalu ada di belukaq2 kecil yg basah dan lembap tu..Hutan kecik tepi rumah aku pon ada burung ni..Serkap ni buat dgn buluh yg di belah2 bilah tapi tak bercerai dr batang buloh. Ni kira macam jerat jugaklaa tapi dlm bentuk serkap. Serkap di gantung kira2 2 kaki dr aras tanah dan di ikat dgn beberapa tangkai padi sebagai umpan. Serkap ni selalunya diletakkan pemberat yg dibuat dgn pokok rotan yg dililit keliling serkap (rotan kera...rotan yg tidak berduri,..org sini pengge wai ling). Bila burung wak2 tu tarik umpan padi tu...serkap tu pon jatuh laa.......

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kendur Kerbau


Pada masa tu, tahun sehingga '70an boleh kata setiap rumah ada kerbau. Guna untuk tenggala/bajak bendang..ada yg jantan dan ada yg betina. Macam2 jenis kerbau, macam2 nama dok ada. Sapa2 yg takdak kerbau masa tu kena sewa ataupon kena upah untuk tenggala bendang. Kerbau ni kena jaga, bela elok...kena bagi makan. Kena tambat, tak boleh biaq terlepas, apatah lagi musim padi. Masa musim padi nilah aktiviti kendoq kerbau ni dilakukan. Kendoq kebau ni dilakukan di batas bendang..meragut rumput saja...bukan anak padi orang noo..

Kendoq Kebau...ada jugak kendoq lembu, tapi kambing tak pernah tengok la pulak orang kendoq. Aktiviti ini dah pupus dah. Elok laa pupus pon....inilah salah satu kerja yg paling aku 'benci' waktu tu. Kampong2 lain ada ka tak dak aku tak tau sebab zaman bebudak tu pergerakan agak terbatas,..situ2 saja. Tapi setau aku kampong dekat2 tu spt Kg. Aloq China, Kg. Aloq PakNgah, Kg. Aloq Sekawan, Kg. Lubok Keriang ada buat macam ni..Kendoq kerbau ni dibuat waktu petang...pagi2 aku pi sekolah. Petang2 ramai yg turun, nampak merata2 kerbau dikendoq...aku jam 4.30 Pak aku sudah suruh turun dah...

Kategori kendoq kerbau;..ada yg dok di depan kerbau, ada yg dok di belakang kerbau, ada yg dok di atas kerbau dan ada yg nampak kerbau saja, tuan kerbau entah dok mana. Kita boleh perasan kalau kita perati betoi2. Kebau yg cukup terlatih dan betoi2 ghap- boleh kendoq biaq sendirian saja..mantau dari jauh atau kekadang tuan dia dah dok atas belakang dah. Tali hidung boleh biaq dah. Peringkat yg kedua kebau yang nampak dah jinak tapi tak berapa ghap lagi- tuan dia boleh laa mantau secara dekat dr belakang, tali hidung masih kena pegang...tujuan pegang tali ni sebab kerbau ni selalunya curi2 makan pokok padi, masa tu laa sentap tali hidung ni..ajaq! Kategori yg kena dok depan tu kira kerbau tu takdak pengalaman lagi laa. Lepa sikit saja, balas anak padi tu. Tu yg kena dok pegang tali selalu tu. Kena dok depan lagi. Kena kendoq sampai kenyang, lagi tak kenyang tak boleh balik. Nak tau kenyang ka tak..kena tengok perut kebau tu laa..ada petuanya tuh. Selalunya sebelom maghrib masing2 dah tuju jalan pulang. Masa dulu maghrib awai, jam belom diselaras seMalaysia lagi...ada jam semenanjung dan jam sabah/sarawak....Sepanjang mengendoq kebau ni....aku berangan2 saja laa. (Kendoq kerbau adalah aktiviti membawa kerbau keluar ke kawasan bendang untuk meragut rumput. Tali hidungnya dipegang dalam keadaan kendur untuk memudahkan kerbau itu meragut. Itulah asalnya nama 'kendur kerbau'.....dan perut kerbau yg kendur itu juga akan diketatkan.)

Khamis, 13 Oktober 2011

Susu Kerbau



Wan Nui Dam selalu bawak mai dr Tualang...jalan kaki. Masa ni dia selalu perah susu kebau. Dia ada bela kebau utk mengala bendang. Dia isi susu ni dlm tuke. Kadang2 dia boh dalam pelaih ayaq panas. Ada kala dia bawak yg dah masak dan adakala bawak yg mentah. Susu masak campoq sikit garam, rasa lemak2 masin. Kami makan dgn nasi, pulut dan kadang2 masuk dlm kopi. Susu kebau yg dah masak ni ada kepala...ala2 keju mozzarella gitu, sedaappp.. Tak tau laa pasai apa dia bawak mai kat kami, padahal jalan kaki mai bukan dekat...sehala 4KM lebih. Ada sekali tu dia marah aku sebab aku lari. Aku ingat keling potong kepala....maklomlaa zaman tu sangat popular dgn cerita keling potong kepala...Tok Wan aku ni warna dia ala2 keling gitu...maaflaa TokWan no. Masa tu memang takut sungguh. AlFatehah untuk roh arwah TokWan Nui Dam.

Rabu, 12 Oktober 2011

Telanjang 6~ diLahirkan semula



Hari     : Sabtu pada satu tarikh yg dah luput
Waktu :  4.30 ptg
Lokasi : Sebuah Kedai Makan di Pekan Baling

Perihal : Minum petang bersama anak bini.  Masa ni 'Bakri' masih ada. Sapa2 yg ada di Baling masa tu memang kenai dgn 'Bakri' ni...dia selalu merayau2.
Anak dan bini aku tak berapa gemar pon makan di kedai mamak ni. Tapi aku saja yg lebih. Lagipon kari dia kaw2....tu yg buat selalu singgah tu. Aku tengok 'Bakri' selalu ada makanan dan ayaq minum. Nampak macam ada orang yg bagi. Hari ni baru aku tau bahawa ada satu orang yg selalu bagi makanan kepada 'Bakri'. Orang ni drebar teksi dr Sungai Petani, seorang India agama Hindu. Bila dia singgah ke Baling dan jumpa dgn 'Bakri' dia mesti bagi makanan. Hari tu dia singgah makan dan dia juga belanja 'Bakri'.....katanya dia sangat berterima kasih kepada 'Bakri' kerana sanggup menanggung 'penyakit' dan tidak terkena kepadanya. Entahlah, itulah kepercayaannya. Mereka percaya pada kelahiran semula. Orang yg 'penyakit' tu dilahirkan semula dan kena pd 'Bakri'. (Sekurang2nya 'Bakri' dapat jugak makan free, selalunya dia hanya dapat rokok saja).( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))