Sepengalaman singgah beberapa tempat solat di masjid yg beraircondition ni telah menunjukkan bahawa kesan baik yg nyata adalah tidak ada lagi jemaah Jumaat yg lepak2 atas motor, duduk2 atas tembok dan berdiri2 bawah pokok teduh semasa khutbah. Semua macam ada rasa nak masuk ke dalam masjid. Kalau dulu masjid masih ada ruang kosong masa khutbah dah dibaca, tetapi sekarang kalau lewat sikit dah penoh....apa tidaknya, kena dok luar, panas.
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Ahad, 30 Disember 2012
Masjid Dingin Hawa
Sepengalaman singgah beberapa tempat solat di masjid yg beraircondition ni telah menunjukkan bahawa kesan baik yg nyata adalah tidak ada lagi jemaah Jumaat yg lepak2 atas motor, duduk2 atas tembok dan berdiri2 bawah pokok teduh semasa khutbah. Semua macam ada rasa nak masuk ke dalam masjid. Kalau dulu masjid masih ada ruang kosong masa khutbah dah dibaca, tetapi sekarang kalau lewat sikit dah penoh....apa tidaknya, kena dok luar, panas.
Jumaat, 21 Disember 2012
Haji Hadi Perdana Menteri ke 7
"PRU 13 baru selesai. Keputusan penuh diumumkan. Tengah malam tu jugak angkat sumpah dijalankan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengangkat sumpah sebagai PM ke 7 Malaysia. Beliau menang dan partinya jugak menang banyak kerusi parlimen. Sekonyong2nya lagi, beliau bukan mewakili PR tapi mewakili PAS yg bersekongkol dgn UMNO yg masing2 sepakat menolak BN dan PKR+DAP". Sekonyong2, aku terjaga waktu terdengar azan Asar. Aku tertidur rupanya. Mimpi nyata atau mimpi ngeri?
Isnin, 17 Disember 2012
Kawan Rakan
Jarang2 boleh jumpa. Masa aku balik kampong dia tak balik. Masa dia balik aku pulak tak balik. Masa aku tak balik mungkin jugak dia pon tak balik. Aku yg dekat ni kerap jugak la balik. Dia yg jauh tu sesekali saja balik dlm setahun. Nasib saja kalau nak boleh berjumpa pon. Dok tunggu aku nak sampai tempat dia, entah bila nak sampai pon tak taula walaupon niat tu tetap ada dan dah lama dah ada. Cuma masa dan keadaan masih tak izin lagi. Ni la kawan aku dok bonceng gerek tua pelantaq besaq pi terawih dan semayang malam dulu2. Aku takdak gerek, dok tumpang dia sajala. Lagipon dia lalu kot tu, dok heran apa...sampai depan rumah, dia 'phewwett' saja aku dah sedia. Keluaq sebelom maghrib balik jam dua tiga pagi. Wahab, takdak dah kot lani gerek tua tu no...kalau ada boleh aku 'carry' hang pulak!
Cerita berkaitan SINI.
Jumaat, 14 Disember 2012
Makan Perut Budak
Hehehehe...( gelak sat dulu ).. Setiap kampong tentu ada 'pengusik budak' dgn macam2 gelarannya, masa tu bunyi usikan yg terkenal ialah 'makan perut budak dan hindu potong kepala'. Waktu budak2 dulu aku memang takut sunggoh dgn dia ni. Tapi depa yg lain relax la pulak. Nampak macam bersunggoh2 nak 'makan perut' aku, tambah lagi dgn muka dan matanya yg merah seram tu. Sora pon kuat macam gergasi. Bila jelir lidah, merah macam darah ( air pinang lah tu, org dulu suka kunyah sirih pinang)....hahahahaha. Selagi tak 'teriak' selagi tu dia dok usik. AlFatihah utk arwah Mahmud (Mud Lok Plam). Seronoklah kotno usik budak2... hihihi
Khamis, 13 Disember 2012
Combat Kubang kerbau
Masa tu tv hitam putih lagi. Cerita kegemaran,... Combat. Amerika vs Jerman. Kami pon apa lagi...masa2 cuti,..berkombat la. Tepi rumah pusaka TokWan tu ada la sikit padang utk kerbau meragut (laani padang tu dah hilang, dah ada rumah dah situ..rumah mak). Di situ adalah beberapa kubang kerbau. Masa kemarau kubang tu kering. Dalam kubang tu lah kami berkubu. Satu kubang sorang. Gumpal2 tanah liat tu, kemudian tuju kat kawan dlm kubang lagi satu...konon2 bom tangan la tu. Sesekali tahi kerbau kering pon jadi bom! Seronok ka? Masa tu seronok laa...budak2.
Rabu, 12 Disember 2012
SJKC
Dengan berbekalkan 2 blok bangunan, satu kantin yg bersambung di hujung blok kayu yang dah agak usang. Semua tanahnya diturap simen dgn hanya sebatang tiang untuk gantung mulutgol bola keranjang. Kalau pon ada pokok, hanya pokok pagar sekeliling yang dijaga rapi seorang tukang kebun swasta yang waktu paginya dan tengaharinya menjaga lalulintas. Yang pasti mereka sentiasa ada DEWAN. Dari situlah mereka menjana wang!
Rabu, 5 Disember 2012
Berat Mata Memandang,.......
Tidak salah berkongsi, cuma berpada2 dan sekadarnya!
Kita selalu update status kita sedang makan apa, makan di mana, makanan pula nampak sedap belaka. Murah atau mahal, kita terlupa yang mungkin ada kawan kita yang sedang mengikat perut, dan hanya mampu tengok saja gambar makanan kita tu.
Macam tu juga, kita selalu upload status kita bercuti ke mana, berjalan ke mana, beli apa, dan upload pula gambar2nya. Kita terlupa, mungkin ada kawan2 kita yang tidak mampu pergi bercuti atau membeli apa yang mereka mahu kerana tanggungjawab dan desakan hidup yang hanya Allah dan mereka saja yang tahu.
Berpada-pada. Mungkin mereka menyembunyikan wajah sebenarnya utk tidak menghampakan kegembiraan kita....... (mungkin kotno!)
Isnin, 3 Disember 2012
Janggut bulu Jagung
Masa mak minta tolong bukakan 'selimut' jagung. Ada rambut jagung yg kunin keemasan tu. Rambut/bulu tu yg diambek dan dikepit dibibir bawah. Biar berjuntai2 macam janggut hero crita opera china tu. Hihihihi...kadang2 buat mengusik adik yg masih kecil. hehehe...hahahaha! Syok ka? Masa tu budak2 lagi, syok la kot..
Subang kulit Jering SINI
Subang kulit Jering SINI
Pengaruh panggilan nama siam/khon Thai di kalangan Melayu cakap Siam
Nama panggilan selalunya jarang sama dgn nama dalam kad pengenalan/passport. Penduduk Melayu Kg. Alor Tebuan dan kampong sekitarnya yg bercakap Siam mempunyai nama Melayu yg direkodkan pd kad pengenalan sahaja. Nama panggilan selalunya adalah singkatan pd nama tersebut yg selalunya diambil pd sebutan penghujung nama : Contoh, Halimah akan dipanggil Mah, Saripah dipanggil Pah, Muhammad akan dipanggil Mad, Yahya akan di panggil Ya...(kadang2 ada la gelaran pd hujung nama utk membezakannya dgn yg lain).
Pengaruh nama Siam kepada panggilan nama2 Melayu ini dapat dikesan pada penggunaan sebutan huruf awal pada nama, sekiranya perempuan akan dimulai dgn bunyi huruf 'I' dan sekiranya lelaki akan dimulai dgn bunyi huruf 'E'....Cth; Lelaki,..Ghozali >Li akan dipanggil Eli, Nordin >Din akan dipanggil Edin, Shaari>Ri akan dipanggil Eri, Awang akan dipanggil Ehwang.... manakala cth perempuan spt Halimah> Mah akan dipanggil Imah, Saadiah>Diah akan dipanggil Idiah, Zainab>Nab akan dipanggil Inab. ( Kami adik beradik lelaki semuanya dipanggil Edin, Eli, Echon dan Edo..hihihi). Dan masih ada penduduk tua yg bernama pengaruh Siam spt Ebau, Enui, Eting, Isau,....tertulis pd kad pengenalan/surat beranak.
(Contoh nama Khon Thai : Eh Dam, Endin Yat,.. Ehkhiau dll...)
Tapi orang sekarang mereka tiada lagi begitu... Khon Thai pon dah berubah nama jua!
Ahad, 2 Disember 2012
Jalan Pakai Mulut
Pagi tadi, tarik pintu pagar nak keluar pi beli suratkhabar.
Nampak sekor siputbabi merayap 'balik rumah' agaknya.
Siputbabi tu pelan2 jalan lenggok2 sungut ( dia merungut ka dak, taktau pulak).
Walaupun pelan jalan,..tapi perut tak pernah lapar, jarang jumpa siputbabi yg kurus.
Kalau tak sempat sampai rumah, sorok saja mana2 bawah daun ka, batang kayu burok ka..
Lama jugak aku perati siputbabi tu..
sesekali macam dia perasan aku dok perati dia....
Aku ingat lagi, ada org tua pernah cakap,"siput jalan pakai mulut, sebab tu tak sesat"..
Kita manusia, kalau "Segan bertanya, sesat jalan".
Tapi zaman sekarang makin ramai yg tak mau jawab soalantanya. Takut sesat.
Zaman laani ada mulut tapi tak mau tanya pon tak sesat dah sebab dah ada GPS!
GPS tu apa?.... Guna Pon Sesat!
Untung jadi siputbabi ni bandingkan dgn siput lain.. jarang dengar kena potong ponggong!
Kalau siput lain dah lama kena sedut.
Tapi jgn silap parking cengkerang tu, terpijak nanti penyek terus!
Disember bulan cuti
Pergi mana2 pon ramai dari biasa, kenderaan dan manusia merata2
Lebuhraya pon banyak kereta, banyak bersiar2, laju yg menggila2, pandu pelan yg gila
Jalan kampong pon banyak motor, budak2 cuti sekolah
Sungai yg keroh dan laut cemar pon penoh manusia, mandi free
Pasar basah pon dah sempit, nak jamu anak cucu balik bercuti
Pasaraya pon dah macam musim raya, cari persiapan sekolah
Kedai kopi bukan saja ada kopi malah ada macam jenis minuman tu pon penoh dgn manusia
Kenduri kahwin makin meriah, menambah bilangan ahli keluarga
Binatang nak lintas jalan pon susah hati... silap lintas 'mati katak'.
Aku yg sesekali balik kampong pon tambah sesakkan jalan walhal setiap minggu aku boleh balik!
Lebuhraya pon banyak kereta, banyak bersiar2, laju yg menggila2, pandu pelan yg gila
Jalan kampong pon banyak motor, budak2 cuti sekolah
Sungai yg keroh dan laut cemar pon penoh manusia, mandi free
Pasar basah pon dah sempit, nak jamu anak cucu balik bercuti
Pasaraya pon dah macam musim raya, cari persiapan sekolah
Kedai kopi bukan saja ada kopi malah ada macam jenis minuman tu pon penoh dgn manusia
Kenduri kahwin makin meriah, menambah bilangan ahli keluarga
Binatang nak lintas jalan pon susah hati... silap lintas 'mati katak'.
Aku yg sesekali balik kampong pon tambah sesakkan jalan walhal setiap minggu aku boleh balik!
Jumaat, 30 November 2012
Kereta Lembu Moden
Jumaat 30 Nov 2012
Jam 12.36 tengah hari
Lokasi: Sepanjang jalan sejauh 10 Km
Selesai urusan di 3 bank... bergegas pulang, kalut2 sikit kerana masa dah agak suntuk untuk bersiap ke masjid.
Kilometer pertama masih dlm pekan. Masuk kilometer kedua saja dah mula ada deretan kenderaan, bergerak pelan2... sekitar 40km/j. Ah, aku dah kalut ni...sapa pulak yg makan angin nih. Dlm kalut potong2 tu sampai la aku ke puncanya.. satu viva baru.. dr cermin sisi nampak wajah bertudung. Sebelah pemandu ada seorang kanak2 ( perempuan lah tu). Semasa melepasinya aku memandang ke arah pemandu itu. Selambanya dia, sedang mengais2 sesuatu 'gadjet' sebesar buku surat Yaasin di atas stering vivanya tu. Tudia, tengah update iPad. Ok selesai kes tu...aku melajukan Kancil tu... Tak jauh dari situ di satu selekoh lembut tu terjumpa satu lagi sederet. La...ada lagi, sapa pulak kali nih. Aku pon kalut2 lagi sekali, pantang takdak keta depan saja aku pintas. Ooo, Proton Saga thn 85, seorang lelaki dewasa bersendirian. Semasa memintasnya, aku jengok jugak nak tengok apa pasai jadi pelan sangat ni.. Wow, dua tangan di atas stereng jugak dia pon, sedang membalut rokok daun sambil kepala hanggok2 ( menyanyi ka atau mengikut lagu?). Ingat dah selesai, rupanya sebelom sampai, ada lagi... isk, ramai jugak yg bersantai pada hari Jumaat ni berkereta pelan2... Yg terakhir deretan ni aku tak dan tau sapa la pulak pemandunya dan apa pulak sebab jadi pelan tu,.. aku dah sampai simpang ke rumah terlebih dulu. Memang teringin jugak nak tau! Kalau backhoe ka, traktor ka, kereta jenazah ka... boleh maaf la.
Sabtu, 24 November 2012
Tangkul Besar Muka Tandop Sungai.
depan tandop air nilah 'tangkoi' tu..
macam tulah tangkoi tu dibuat dan digantung pd 2 batang buluh.
tarik pakai tali nylon... kalau budak2 kena 3 org baru jalan..
masa gambaq ni diambek... air tengah surut!
Waktu musim hujan... selalunya hujung2 tahun. Air sungai penuh dan keruh. Ikan ruan, keli, sepat, puyu dan belida ( kami penggey ikan selat) bermain air. Boleh kata semua muka tandop akan ada tangkul yg didirikan. Kebanyakan besar2 dan hampir memenuhi muka sungai. Yang selalu buat tangkul ni ialah Nyang Li ( Ali bin Taib). Dia dah macam booking dah muka tandop tu. Kami yg tak dak kerja ni hanya pi dok 'melangut' saja lah situ...sembang2. Rezeki memang selalu ada. Bang Cik ( Harun Ahmad) pon rajin buat jugak tapi di sungai Alor Setol (park baang) jauh lagi dr Aji Nekayu sana!
Khamis, 15 November 2012
Telefon buruk
Tertera satu nombor baru di skrin telefon bimbit.
Penerima : Hello..
Pemanggil : Hello... ( suara macam tak pasti..)
Penerima : Hello...
Pemanggil : Hello... ni sapa?
Penerima : ( saya selalunya tidak akan memperkenalkan diri kpd panggilan yg tak dikenali... berjaga2 dan berhati2...)
Pemanggil : Boleh saya tau ini sapa?
Penerima : Maaf,. Encik yg panggil tentu encik tau dgn sapa encik nak bercakap.
Pemanggil : Ya la, tapi ni sapa ?
Dah dua tiga kali dok ya la, ya la.... akhirnya,
Pemanggil : Ya la, tapi ni sapa ?
Dah dua tiga kali dok ya la, ya la.... akhirnya,
Penerima : Encik nak bercakap dgn sapa?
Pemanggil : Saya nak bercakap dgn Encik Abcdef. Yang bercakap ni sapa?
..... La,...tanya lagi! Dia yg nak bercakap, dia boleh tanya aku....
Penerima : Ini bukan Encik Abcdef.....
....... tiba2 talian diputuskan dan terdengar gagang telefon diletak keras, ... takdak nak minta maaf ka, terima kasih ka. Aku pon sama jugak la dok layan lama2... hehehe.
..... La,...tanya lagi! Dia yg nak bercakap, dia boleh tanya aku....
Penerima : Ini bukan Encik Abcdef.....
....... tiba2 talian diputuskan dan terdengar gagang telefon diletak keras, ... takdak nak minta maaf ka, terima kasih ka. Aku pon sama jugak la dok layan lama2... hehehe.
Kalau orang kata orang barat lebih beradab dengan Thank you, Yes Love, I am so sorry , Excuse me.. ramai orang orang kita tak percaya. Ajaib?
Jumaat, 9 November 2012
Main Batu Tujuh (Batu Seremban, Batu Selambut...)
Biasanya ia menggunakan ketui batu yang kecil yg dikutip ditepi2 jalan. Batu yg bersegi2 ni akan jadi bulat kerana terlalu lama dimain. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak tujuh bijik, sebab tu dikenali sebagai batu 7.. Tiada gelanggang diperlukan cuma permukaan rata. Biasanya dimain di bawah rumah atau beranda rumah. Pemain akan dikira menang bila telah cukup bilangan spt 100 (biasanya) atau ikut persetujuan pemain lain.
Permainan ada 2 jenis. Satu timbang sampai had yg dipersetujui dan kemudian satu lagi 'pakok' sebanyak separuh bilangan timbang. Timbang adalah menimbang anak batu menggunakan belakang tangan dan menyambut kembali dgn tapak tangan ke atas (bilangan anak batu yg dapat disambut akan dikira) manakala pakok pulak menimbang dgn belakang tangan dan dan menyambut dgn tangan secara menggenggam ke bawah. ( tak paham pon kot no...hahahahaha!)
Sabtu, 3 November 2012
BASUH KAKI
Suatu ketika...sehinggalah suatu waktu. Masa tu keadaan kampong masih 'dara'. Jalan dan lorongnya masih bertanah dan berumput. Kalau musim hujan akan lecah (becak). Walaupon berkasut, selut masih memercik sampai ke punggung. Apatah lagi kaki dan betis. Tambah2 lagi anak kampong selalu berkubang dgn bendang, gagau ikan, sauk ikan karin, mengai dan tahan taut, main gelongsor di ban sungai. Belemoih dan lokoih.
Zaman tu, baru mula saja era pakai kasut jipun. Sebelom tu... setiap rumah ada guri tempat takung air basuh kaki sebelom melangkah naik tangga rumah. Ada jugak yg letak tempayan. Angkut air sungai atau air telaga atau senang sikit kalau musim hujan, tadah air hujan. Nak basuh kaki kena cebok air dgn bekas cebok. Tempurung kelapa. Semua rumah ada. Wajib.
Aku, selalu bila balik jalan2 bila sampai rumah, mata melilau tengok Pak dgn Mak, ada ka tak dak dekat2 tu. Walaupon kadang2 aku kantoi jugak. Tak tau macam mana boleh kantoi. Aku selalu celop kaki terus saja dlm guri tu. Kocak2 kaki dan terus naik. Malas nak cebok! Takut air cepat habis...bila dah habis kena angkut.. letih! Kerapkali kena jerkah dgn Pak. "Hoi!".... .
Isnin, 22 Oktober 2012
Gasing - pembuatan gasing
Aku lebih 'pandai' gasing yg ada 'jambul' tu.
Tahun 70an. Masih sekolah rendah. Masa tu bukan ada alat khas pon utk buat gasing. Yang ada cuma parang dan pisau dapur. Aku agak beruntung kerana Pak tukang rumah. Selalulah aku kena jerkah bila secara senyap2 ambek gergaji tukang tu.
Mula2 cari kayu... puntung2 kayu api pon jadi. Tapi selalunya yg dicari ialah kayu halban, kayu temusu, kayu asam jawa dan kayu jambu (Ada jugak yg buat drp batang perdu pokok buluh-yg ni agak payah nak dibentuk). Kayu jambu dan halban memang senang dapat.
Bentuk gasing dgn parang. Kemaskan dgn daun mempelas bagi 'nampak' licin. Cari paku 3 atau 4 inci ( aku jugak selalu kena jerkah bila ambek paku dlm 'toolbox' Pak)...paku masuk dan potong kepala paku. Potong kepala paku ni cuma tetak dgn parang tu laa jugak...yg ni pon kerap jugak kena jerkah sebab sumbing2 parang tu. Kemudian asah pd batu bagi tajam. Batu pon batu jalan saja...mana ada batu asah.
Dah siap..cuba pusing nak tengok lenggok, ligat atau gelong. Dengar dengungnya. Selalunya gasing aku buat tu taklah simetri pon. Masa pusing tu taula simetri ka tidak. Perbetoi laa mana lebih kurang. Lepas tu test pangkah pd papan atau kayu api....Bila dah siap...kalau nak dengung lebih dan hitam kilat lebih, ada kawan bagi petua kambus dlm ayaq acaq semalaman..
Tali gasing...dapat tali guni kira dah best sangat dah. Kalau tak dapat tali guni kami carik-carik kain lama dan pintal buat tali... hi hi hi. Tak sangka budak 10, 11 thn dah boleh tetak pokok buat gasing pd masa tu.. Laani jgn haraplah makpak nak bagi peluang buat tu semua...Takut kemalangan cedera.. aku pon kerap cedera, luka pisau, kena paku gasing.. tapi mana heran setakat tembus paku gasing...hahahaha..tak merasa laa kamu Yob!
Khamis, 18 Oktober 2012
Gasing.
Satu permainan dulu2. Kira tradisi kampong Alor Tebuan dan kampong2 sekitar jugak laa. Masa dulu rumah pusaka tu ada laman yg lapang dan selalu ditarah rumput. Yg tinggal tanah kontang, situlah tempat permainan orang muda dan aku adik beradik. Satunya adalah main gasing.
Gasing kami dok main ni bukan macam hat depa dok main laani. Main pusing ligat sapa lama. Takdak sapa nak main gasing pusing tu...tak larat nak tunggu sampai sejam dua dok tengok pusing saja. Apa syok? Kami main gasing pangkah/pakok. Pangkah/pakok sampai tercabut paku, sampai terbelah dua. Kalah.
Jenis gasing taktau apa nama. Kami sini pangge gasing saja. Asasnya bentuk macam jantung pisang tu. Ada dua reka bentuk; 1. Ada kepala ( macam tangkai durian tu). 2. Takdak kepala ( takdak tangkai)- lupa dah!..Yg ada kepala tu belit tali dari kepala...yg takdak kepala tu belit tali dari paku. Tu laa bezanya.
Nak mulakan permainan kena ada gelanggang. Nak buat gelanggang kena cari tempat lapang. Masa tu depan rumah pusaka Tok Leman ada laman lapang. Di situ jadi tumpuan. Buat bulatan dgn menggaris tanah. Luas gelanggang ikut persetujuan ramai...selalunya kalau ramai pemain gelanggang agak luas laa jugak...lebih kurang sedepa garispusat.
Gasing C akan ditahan dlm gelanggang.
Nak mula kena pukoi garis dulu iaitu satu garisan pangkah atas tanah. Kami giliaq2 memangkah garisan tu. Sapa yg paling hampir akan pangkah dulu nanti dan sapa yg paling jauh akan jadi orang pertama letak gasing utk dipangkah/pakok dlm gelanggang. Mulalah memangkah sehingga pecah atau terkeluar dr gelanggang.
Sebab2 lain yg membolehkan gasing ditahan dlm gelanggang adalah gasingnya terlekat/berhenti dlm gelanggang dan 'tonyoh' (= gasing berpusing terbalik kepala ke bawah paku ke atas). Selepas semua gasing terkeluar dr gelanggang, utk memulakan kembali permainan, pemain2 akan 'jib' gasing iaitu memusing gasing masing2 serentak dan akan menangkap gasing dgn memaut tali pd gasing dan menyebut 'jib' bila dapat menangkap gasing tersebut. Sapa yg terakhir 'jib' akan di tahan dlm gelanggang utk dipangkah/pakok.
Seringkali jugak berlaku kemalangan. Terpangkah kaki sendiri pon ada..... tapi masa tu mana nak heran setakat kena paku gasing!
Label:
main dulu
Lokasi:Baling
K133, 06500 Langgar, Kedah, Malaysia
Isnin, 15 Oktober 2012
Buah Ketapang
Kami sedaerah sini memanggil sebagai Buah Payong. Masa tu takdak sapa tau bahawa pokok ini jugak membawa nama Pokok Ketapang.
Teringat masa2 sekolah rendah dulu. Ada sebatang pokok dekat padang. Sapa yg mula bagitau kata boleh makan, aku pon tak tau.Yg dimakan bukan buahnya tapi biji benihnya (di Pahang terkenal dgn minyak biji Ketapang nih). Buah payong ni masa muda warna hijau. Yg aku dgn kawan2 makan ni buah yg dah masak dan kering luroh di tanah. Kutip dan cari parang. Belah dua dan cungkil biji. Bijinya adalah sebesar biji buah badam, rupa pon seakan2 badam. Rasanya macam rasa kuaci biji labu..lemak2.., tapi tak boleh makan banyak nanti pening. Masa tu selalu pinjam parang drp Pak Chin ( Tukang Kebon )..atau kalau masa angin dia baik, dia akan belahkan kpd aku dan kawan2.....Arwah Pak Chin ni garang dan menakutkan budak2 sekolah. Sejak lepas sekolah rendah tu sampai ke laani tak pernah dah makan.
Kerabu Daging Mentah
Dr kiri: Kerabu Beka, Kerabu Daging Mentah
Kalau Jepun dgn ikan mentah/sushi. Kami, puak Melayu cakap siam ni pon ada makanan mentah, bukan ikan tapi daging. Kalau kaum puak lain ada menu spesial, maka kaum puak kami, Melayu cakap siam ini menu spesialnya adalah 'Kerabu Daging Mentah' (Jamdip). (Bukan seperti kerabu daging atau kerabu perut yg ada di kedai makan tu, atau kedai Tomyam tu. Yg tu dah direbus dulu).
Ini resepi turun temurun yg diwarisi dr Istana Kesultanan Siam (?). Setakat ni belom ada diketahui dimana-mana tempat lain di Tanah Melayu ini yg menyediakan resepi ini kecuali ditempat2 yg ada penduduk Melayu bercakap siam. Bagi orang baru yg menjadi 'keluarga' di sini...selalunya perkataan yg terkeluar bila diminta jamah,"Isk, tak lalulah!"."Oh, tak pernah makan!"..tapi ada jugak yg berani mencuba dan terus meminatinya. Menu ini akan dihidangkan pd waktu2 tertentu spt majlis kenduri dan pd bulan puasa ketika berbuka.
Resepinya sangat mudah. Rempah utk kerabu spt serai, lengkuas, lada hitam, kelapa parut/kerisik, cabai melaka, asam limau, dan daging tanpa urat dan lemak. Daging dicincang-cincang ( ada yg suka kasar dan ada yg suka halus). Basuh. Gaulkan dgn rempah2 kerabu yg ditumbuk halus. Perahkan asam limau dan sedia utk dinikmati. Tak perlu dimasak.
Sabtu, 13 Oktober 2012
Ubi Gadong
Ubi Gadong...orang kampong kami pangge kloi...masa budak2 dulu selalu dpt makan. Tok rajin buat. Sedap. Cuma benda ni nak buatnya sangat susah dan rumit. Silap2 boleh mabok. Khabarnya ada jugak yg mati sebab mabok kloi. Nak buat kena rujuk pakar, tapi zaman sekarang pakar dah habis meninggal...yg mewarisinya pon tak pernah laa pulak dengar ada yg aktif lagi.
Kena kupas dan hiris/sagat elok2..jgn ada sedikit pon kulit. Isi kekuningan tu kena rendam dan basuh betul2 bersih. Kena rendam dlm air mengalir sekurang2nya dua malam (paling baik dlm sungai mengalir dan jernih), ada yg rendam sampai seminggu. Tujuan utk menghilangkan getahnya yg mabok tu. Cuci dan bilas. Kukus sehingga menjadi puteh dan lembut. Rasa kenyal tawar...nak sedap, Makan dgn nyoq muda parut + garam...rasanya lemak2 masin. Pekena dgn kopi O.
Hari tu dapat sepinggan dr jiran... makan. Tak sedap macam dulupon. Deria rasa dah hilang kot!
Selasa, 9 Oktober 2012
Aci Ligan bendul Jelapang
Pelik. Macam kucing dgn tikus. Berlari atas bendul jelapang adalah sesuatu yg sangat aneh dan pelik untuk dilakukan sekarang. Tidak mungkin dapat dibayangkan budak2 generasi sekarang. Bermain aci ligan selalunya hanya dimainkan di tanah lapang. Kekadang ada yg bermain di air sungai. Tetapi ini lain sikit. Dgn berpaut pada dinding jelapang dan berpijak pada bendul...di situlah kami bermain aci ligan. Ibu dan pemain2 semua akan berada di bendul jelapang... masa diligan ibu tu...berebut2 berlari sambil berpaut tu... kadang2 jatuh berlonggok ke tanah bila tiba di penjuru jelapang atau bila ada kawan yg lambat bergerak...yg lebih seronok bila ada dua jelapang bersebelahan..boleh lompat sebelah menyebelah. Lelaki perempuan semua ligan bersama.. Yg dapat disentuh atau jatuh jelapang akan jadi ibu...masing2 macam terzen laa pulak.
Sabtu, 6 Oktober 2012
Ikan Pelaga.
Aku dan satu kampong pangge ikan karghin. Ada yg hitam dan ada yg sikit2 merah.. bila marah kembang dia punya sirip dan insang. Bila kalah berperang warna pon jadi pucat dan kecut. Itu tanda dia mengaku kalah.
Sebut saja tang mana 'lubok' ikan karin ni... semua pi redah. Tepi2 batas bendang, tepi2 ban sungai, bekas2 paya nibung ka, rumbia ka, bemban ka. Jengok sana jengok sini. Intip2 celah2 pelepah nibung, pelepah rumbia. Tak berapa nak ingat bab2 bahaya dah...ada ular ka, kaca botol ka, paku karat ka... Yg dok ada diingatan hanyalah buih karat. (ikan karin ni dia bersarang, atas sarang dia tu ada terbentuk kumpulan buih2..) kalau yg putih tu tandanya masih baru dan yg dah merah karat tu..kira sarang lama dah tu, ada bapak ikan karin garang lagi. Yg macam ni dok cari.
Sauk pakai tapak tangan saja...ikan ni pon jinak, ala2 jinak merpati gitu. Dapat. Masuk botol kaca. Selalunya botol cuka yg jernih tu. Zaman tu payah nak dpt balang! (kadang2 tersauk jugak benda2 lain..hehehehe).
Botol ikan karin susun atas bendul jelapang tempat pameran. Susun rapat2 dan sendal dgn kertas keras tak bagi dia nampak kawan dlm botol sebelah, nanti dia berlawan.
Balik sekolah, sebelum apa2 jengok botoi ikan dulu. Tarik kertas sendal tu, apa lagi bergaya sakan laa...kena yg garang tu, habis botoi pon disondol2...Yg garang ni selalunya buat bertarung dgn ikan karin kawan.. Cari botoi atau balang yg besar sikit sebagai gelanggang... lepas masuk dlm tu dua-dua. Apalagi, bila bertemu saja mulalah bertarung..macam silat jugaklaa.. mula2 dok buka buah tu lama jugaklaa..pakat2 tayang badan... lepas tu kalau takdak yg mengalah mula laa kelahi sakan..gigit menggigit..sampaikan putus barai sirip. Pertarungan berlangsung sehingga salah satu mengalah...takdak seri. Yg kalah akan bertukar warna pucat dan berhenti bertarung... Ikan yg kalah jarang disimpan..selalunya akan dibuang ke lopak air semula.. ada yg bagi kat ayam! Kesian.
Bela dia senang... cuma bagi makan jentik2 atau anak anai2 yg putih tu...kadang2 sebutir dua nasik sejuk pon jadi. Kadang2 yg rajin cari laa ulat2 pokok jeliti ka, anak2 temingat yg dok gantung2 di atap rumah tu. Satu lagi, kena tutup...takut cicak mengail dgn ekornya...adaka?
Ada depa yg lebih 'dewasa' masa tu berjudi laga ikan karin ni... buka gelanggang dlm hutan.
Jumaat, 5 Oktober 2012
Budak Sekolah
Jumaat : 5 Oktober 2012
Pagi
Kedai Makan
Situasi : Pertemuan 'murahan' antara seorang bekas murid dgn guru yg dah tidak lagi mengenali namanya walaupon rupanya masih ada gambaran. (Perbualan yg dah diringkaskan)
Sedang aku meratah capati lauk sardin + kopi O panas...
"Cikgu, pahabaq?" sambil menghuloq tangan.. Aku sambut tangan tu, kasaq, macam tangan cikgu dia jugak.
"Baik, mai minum." Pelawa aku. Dia duduk depan aku.
"Sapa nih...tak cam dah, tahun bila keluaq?" Sambil aku perati dia, Badan agak sasa. Rambut kasar2..pakaian boleh tahan jugak kemasnya. Tapi tengok pada jam tangan dan telefon bimbitnya yg diletakkan depan aku tu...isk, ada harga jugak anak murid aku nih.
" Alaaaa, WXYZ...budak kelas corot tu, kelas yg semua cikgu tak suka tu?"
"Kelas mana, ada 2 kelas tu?" Tanya aku nak pasti kerana saban tahun aku memang kontrak kelas corot.
"Kelas 3Z tu laa....kelas yg cikgu selalu dok basuh kami tu, yg cikgu dok crita pasai vokasional la, Giat MARA la, masuk bengkel moto la. Cikgu nak makan apa lagi, oda laa."
"Ha ha ha... takpa, ini saja pon dah cukop, Kamu buat apa, di mana? tanya aku nak tahu.
"Terima kasih laa cikgu pasai selalu dok ulang2 ttg Giat Mara tu... lepas SPM saya masuk Giat Mara.. Lepas tu saya pi keja dgn orang, 10 tahun jugaklaa, kumpoi duit .. Laa ni saya buka syarikat sendiri, Pendawaian Domestik. Pejabat di Penang." Sambil dia hulurkan kad bisness dia. Aku belek2. Dia berulangkali ucapkan terima kasih kerana sedarkan dia walaupon dia kelas corot. Baru teringat akan dia dulu. Diam dan tak banyak kerenah masa dlm kelas.
"Cikgu, bila senang...singgahlah rumah saya. Kita makan2...."
Saya cuba risik2 pendapatannya..bila aku congak2....pendapatan sebulan dia bersamaan dengan sepuloh bulan gaji aku. Berbahagialah kamu wahai anak muridku.
Ahad, 30 September 2012
Miskin yang senang.
Masa bekerja di sekolah. 2 buah sekolah yg kedua2nya kawasan luar bandar. Bila ada sesuatu majlis yg melibatkan waris, sudah tentu waris akan dijemput. Waris terdiri drp pelbagai kedudukan ekonomi dan sosial tetapi kebanyakannya lebih terlibat dlm bidang pertanian khususnya penoreh getah. Dihujung majlis akan ada jamuan makan. Waktu inilah akan kelihatan seolah2 'miskin yg senang dan kaya yg susah' apabila golongan pertengahan yg agak berada dan golongan 'kaya' sangat tergesa2 menuju ke hidangan manakala simiskin( kelihatan) sering terlepas ke belakang. Terpaksa dijemput berulang kali ttp simiskin yg senang ini tetap dgn jawapan, "tak apa, bagi depa makan dulu, sat lagi saya pi"
Sabtu, 22 September 2012
Miskin yang kaya, miskin yang kenyang.
Selasa 11 September 2012
Jam : 9.55am
Tempat : Khemah Tetamu Jamuan Raya satu Badan Korporat.
Perihal : Kisah si Kurang yg kaya, si Kurang yg kenyang.
Aku antara tetamu majlis. Masa aku sampai, depan aku dah ada KP IPD dan 2 DSP., sedang bersalaman mesra dgn Pengurus Cawangan dan Pengurus Region. Aku jugak disambut tangan dan ditepuk mesra dibahu. Diajak duduk khemah tetamu. Siap sampai situ, boss PTG, Boss MARA, boss KPDNKK, dan PostMaster serta beberapa Boss Bank dah sampai. Menjamu diri sendiri. Aku pon duduk dan kebetulan meja paling tepi dgn lalulalang umum. Semua tuturbicara jelas didengari. Sedang asyik makan sambil cakap2 tu....Lalu seorang perempuan berumur yg kelihatan pd pandangan mata orang agak 'tidak teratur'......tiba2 terdengar di telinga,
"Makcik singgah makan dulu, singgah," sapa pengacara majlis. Makcik tu macam tak dengar dan terus berlalu utk menunaikan hajatnya. Anaknya bersuara sambil menarik2 tangan perempuan berumur itu,
"Jom la, jomla."
"Isk, tak boleh."
"Awat pulak?"
"Tu bukan hak kita, kita tak dijemputpon, jgn makan hak orang. Tak boleh."
Anak tu masih menarik tangan perempuan itu tetapi perempuan tu terus mengheretnya berlalu. Berbeza dgn ramai lagi yg lalulalang yg nampak berada dan kemas, yg disapa pengacara tu terus saja singgah dan makan2 dgn 'lapar'nya. Lalu aku berkira2 dlm hati dan fikiran.
"Rupanya siKurang ini kaya dan siKurang jugak kenyang tidak seperti mereka yg kelihatan kaya dan kemas yg sentiasa lapar"... Jadi akupon makanlah jugak walaupon anak tu tak makan. Seolah2 makan utknya. Mereka berdua tak kaya wang ringgit dan tak kenyang perut tapi mereka tetap kaya!
Aku antara tetamu majlis. Masa aku sampai, depan aku dah ada KP IPD dan 2 DSP., sedang bersalaman mesra dgn Pengurus Cawangan dan Pengurus Region. Aku jugak disambut tangan dan ditepuk mesra dibahu. Diajak duduk khemah tetamu. Siap sampai situ, boss PTG, Boss MARA, boss KPDNKK, dan PostMaster serta beberapa Boss Bank dah sampai. Menjamu diri sendiri. Aku pon duduk dan kebetulan meja paling tepi dgn lalulalang umum. Semua tuturbicara jelas didengari. Sedang asyik makan sambil cakap2 tu....Lalu seorang perempuan berumur yg kelihatan pd pandangan mata orang agak 'tidak teratur'......tiba2 terdengar di telinga,
"Jom la, jomla."
"Isk, tak boleh."
"Awat pulak?"
"Tu bukan hak kita, kita tak dijemputpon, jgn makan hak orang. Tak boleh."
Anak tu masih menarik tangan perempuan itu tetapi perempuan tu terus mengheretnya berlalu. Berbeza dgn ramai lagi yg lalulalang yg nampak berada dan kemas, yg disapa pengacara tu terus saja singgah dan makan2 dgn 'lapar'nya. Lalu aku berkira2 dlm hati dan fikiran.
"Rupanya siKurang ini kaya dan siKurang jugak kenyang tidak seperti mereka yg kelihatan kaya dan kemas yg sentiasa lapar"... Jadi akupon makanlah jugak walaupon anak tu tak makan. Seolah2 makan utknya. Mereka berdua tak kaya wang ringgit dan tak kenyang perut tapi mereka tetap kaya!
Jumaat, 14 September 2012
Halal atau haram
Hari : Hari ni Jumaat 14 Sept. 2012 tapi hari tu Selasa 4 Sept. 2012
Jam : Sekitar 6.00 ke 6.14 petang
Lokasi : Persekitaran siarkaki Pendang Lake Resort.
Perihal : 3 sahabat, seorangnya aku kenali dan 2 orang tersebut mungkin sahabat kepada sahabatku itu. Kelihatan mereka bertiga meninjau2 bawah pokok kelapa sambil di mulut terselit sesuatu yg berasap, walaupon ada 'signboard' besar melarangnya. Banyak pokok kelapa rendah yg berbuah lebat sepanjang siarkaki tersebut. Aku berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Rupanya salah seorang drp sahabat ini telah memetik sebiji kelapa yg capai tangan itu dan mengorek dan memotong menggunakan pisau lipat kecil. Dapat. Menghirup air kelapa. "Manis ka....mai nak rasa," pinta salah sorang kawan. Kemudian kawan tu sua pada aku...aku teragak2...tapi akhirnya aku terkeluar perkataan, "aku tak boleh..." sambil aku beredar menjauh. Mereka faham atau tidak apa yg aku maksudkan, aku pon tak tau sebab aku tak gamak nak habiskan perkataan aku. Harap2 mereka faham. Aku teringat nak tulis cerita ni selepas aku dengar tazkirah drp Ustaz Amir pagi tadi berkaitan dgn berjaya dan gagalnya seorang anak dan antaranya tips yg disebut adalah tentang makanan yg dimakan...... Aku gagal lagi!
Selasa, 11 September 2012
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pentadbiran: OK cikgu semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun ni.
Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam mod sederhana.
Pentadbiran: Baik! Kami ada satu pengumuman: sekarang kita ada satu acara xxx untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir.
Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran forward skit la ye. Takpe-takpe.
Pentadbiran: Ha, bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar XYZ yang kita akan buat nanti. Semua pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati sikit kepada yang hadir.
Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk 'rapat balik' dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju sikit agak ni.
Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada JNJK yang nak melawat kita. Dia nak tengok progress kita macammana.
JNJK datang.
JNJK: Hmm…belum menepati standard.
JNJK balik.
Pentadbiran: Selepas lawatan JNJK, dia tekankan kepada kita supaya kita up kita punya performance. Kita ketinggalan sikit dengan silibus kita. Keja rumah pun tak cukup.
Cikgu: Baiklah. Kami akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyak homework. Kami akan ajar lagi laju.
Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan anda, sekarang ni dah bulan September, jadi harap-harap silibus kita akan dapat dihabiskan hujung September. Apa progress kita sekarang?
Cikgu: Umm...kami baru cover separuh silibus.
Pentadbiran: Apa?! Belum cukup bagus ni. Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi lagi.
Cikgu angguk sahaja.
Cikgu: Kalau macam tu, kami akan caj turbo. Kami akan banyakkan keja umah dan kelas tambahan.
Dalam kelas…
Cikgu: Tolong buat latihan daripada bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.
Pelajar: Cikgu, banyaknya keja! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni.
Dalam bilik guru…
Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keja rumah ni?! Kesian anak saya.
Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan silibus. Sudah kesuntukan masa.
Ibu Bapa: Macam mana boleh tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran kot?
Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami, kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh tu.
Final exam menghampiri.
Pentadbiran: Cikgu semua, kita ada acara besar coming up. Semua pelajar wajib hadir ye. Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk habiskan silibus ek?
Cikgu: .......?
Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil, luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang sebenar.
Langgan:
Catatan (Atom)