Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 22 Oktober 2012

Gasing - pembuatan gasing

Aku lebih 'pandai' gasing yg ada 'jambul' tu.

Tahun 70an. Masih sekolah rendah. Masa tu bukan ada alat khas pon utk buat gasing. Yang ada cuma parang dan pisau dapur. Aku agak beruntung kerana Pak tukang rumah. Selalulah aku kena jerkah bila secara senyap2 ambek gergaji tukang tu.

Mula2 cari kayu... puntung2 kayu api pon jadi. Tapi selalunya yg dicari ialah kayu halban, kayu temusu, kayu asam jawa dan kayu jambu  (Ada jugak yg buat drp batang perdu pokok buluh-yg ni agak payah nak dibentuk). Kayu jambu dan halban memang senang dapat. 

Bentuk gasing dgn parang. Kemaskan dgn daun mempelas bagi 'nampak' licin. Cari paku 3 atau 4 inci ( aku jugak selalu kena jerkah bila ambek paku dlm 'toolbox' Pak)...paku masuk dan potong kepala paku. Potong kepala paku ni cuma tetak dgn parang tu laa jugak...yg ni pon kerap jugak kena jerkah sebab sumbing2 parang tu. Kemudian asah pd batu bagi tajam. Batu pon batu jalan saja...mana ada batu asah.

Dah siap..cuba pusing nak tengok lenggok, ligat atau gelong. Dengar dengungnya. Selalunya gasing aku buat tu taklah simetri pon. Masa pusing tu taula simetri ka tidak. Perbetoi laa mana lebih kurang. Lepas tu test pangkah pd papan atau kayu api....Bila dah siap...kalau nak dengung lebih dan hitam kilat lebih, ada kawan bagi petua kambus dlm ayaq acaq semalaman..

Tali gasing...dapat tali guni kira dah best sangat dah. Kalau tak dapat tali guni kami carik-carik kain lama dan pintal buat tali... hi hi hi. Tak sangka budak 10, 11 thn dah boleh tetak pokok buat gasing pd masa tu.. Laani jgn haraplah makpak nak bagi peluang buat tu semua...Takut kemalangan cedera.. aku pon kerap cedera, luka pisau, kena paku gasing.. tapi mana heran setakat tembus paku gasing...hahahaha..tak merasa laa kamu Yob!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan