Hari : Hari ni Jumaat 14 Sept. 2012 tapi hari tu Selasa 4 Sept. 2012
Jam : Sekitar 6.00 ke 6.14 petang
Lokasi : Persekitaran siarkaki Pendang Lake Resort.
Perihal : 3 sahabat, seorangnya aku kenali dan 2 orang tersebut mungkin sahabat kepada sahabatku itu. Kelihatan mereka bertiga meninjau2 bawah pokok kelapa sambil di mulut terselit sesuatu yg berasap, walaupon ada 'signboard' besar melarangnya. Banyak pokok kelapa rendah yg berbuah lebat sepanjang siarkaki tersebut. Aku berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Rupanya salah seorang drp sahabat ini telah memetik sebiji kelapa yg capai tangan itu dan mengorek dan memotong menggunakan pisau lipat kecil. Dapat. Menghirup air kelapa. "Manis ka....mai nak rasa," pinta salah sorang kawan. Kemudian kawan tu sua pada aku...aku teragak2...tapi akhirnya aku terkeluar perkataan, "aku tak boleh..." sambil aku beredar menjauh. Mereka faham atau tidak apa yg aku maksudkan, aku pon tak tau sebab aku tak gamak nak habiskan perkataan aku. Harap2 mereka faham. Aku teringat nak tulis cerita ni selepas aku dengar tazkirah drp Ustaz Amir pagi tadi berkaitan dgn berjaya dan gagalnya seorang anak dan antaranya tips yg disebut adalah tentang makanan yg dimakan...... Aku gagal lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan