Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 11 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Pentadbiran: OK cikgu semua, sekarang bulan Januari. Anda diberi masa sehingga September untuk habiskan silibus kita. Tolong bentangkan pelan pengajaran anda untuk tahun ni.

Cikgu: Ini dia pelan kami. Dengan pelan ini, kami dapat habiskan silibus tu dalam masa yang diberikan. Kami jugak boleh ajar dalam mod sederhana.  

Pentadbiran: Baik! Kami ada satu pengumuman: sekarang kita ada satu acara xxx untuk disambut tidak lama lagi. Semua pelajar wajib hadir. 

Cikgu: Oh, kalau macam tu kami kena push pelan pengajaran forward skit la ye. Takpe-takpe.

Pentadbiran: Ha, bagus-bagus! Jangan lupa jugak, ada majlis besar XYZ yang kita akan buat nanti. Semua  pelajar wajib hadir. Kita bagi cenderahati sikit kepada yang hadir. 

Cikgu: Oh ye ke? Kena buat kelas tambahan la camni untuk 'rapat balik' dengan pelan kami. Hmm...nak kena ajar laju sikit agak ni. 

Pentadbiran: Awesome! Aha, tak lama lagi ada JNJK yang nak melawat kita. Dia nak tengok progress kita macammana.

JNJK  datang.

JNJK: Hmm…belum menepati standard.

JNJK balik.

Pentadbiran: Selepas lawatan JNJK, dia tekankan kepada kita supaya kita up kita punya performance. Kita ketinggalan sikit dengan silibus kita. Keja rumah pun tak cukup.

Cikgu: Baiklah. Kami akan buat lebih banyak kelas tambahan dan bagi lebih banyak homework. Kami akan ajar lagi laju. 

Pentadbiran: Hebat! Untuk pengetahuan anda, sekarang ni dah bulan September, jadi harap-harap silibus kita akan dapat dihabiskan hujung September. Apa progress kita sekarang?

Cikgu: Umm...kami baru cover separuh silibus.

Pentadbiran: Apa?! Belum cukup bagus ni. Final exam dah hampir. Lepas silibus tamat, kita kena buat latih tubi lagi. 

Cikgu angguk sahaja. 

Cikgu: Kalau macam tu, kami akan caj turbo. Kami akan banyakkan keja umah dan kelas tambahan. 

Dalam kelas…

Cikgu: Tolong buat latihan daripada bab 3 sampai 10. Hantar kat saya minggu depan.

Pelajar: Cikgu, banyaknya keja! Ni belum masuk subjek-subjek lain lagi ni. 

Dalam bilik  guru…

Ibu Bapa: Kenapa cikgu bagi banyak sangat keja rumah ni?! Kesian anak saya.

Cikgu: Maaf. Kami kena habiskan silibus. Sudah kesuntukan masa.

Ibu Bapa: Macam mana boleh tergesa-gesa time last minute ni? Takkan takda pelan pengajaran kot?

Cikgu: Ada. Tapi atas beberapa sebab di luar kawalan kami, kami kena tangguh banyak benda dan kena cover balik apa yang tertangguh tu. 

Final exam menghampiri.

Pentadbiran: Cikgu semua, kita ada acara besar coming up. Semua pelajar wajib hadir ye. Tolong push ke depan skit pelan pengajaran anda. Oh ye, jangan lupa untuk habiskan silibus ek?

Cikgu: .......?

Nilai kembali sistem dengan pemikiran yang adil, luas, fresh, dan fleksibel. Ketahui prioriti kita yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan